KURSUS ASAS VIDEOGRAFI DIGITAL
(Merangkumi Pelajaran Teknikal dan Artistik)
KOD KURSUS - AVD

KURSUS
ASAS VIDEOGRAFI DIGITAL (AVD)
Kuasai pengetahuan teknikal dan artistik dalam videografi digital.
Jadikan rakaman video anda kelihatan seperti rakaman seorang jurukamera profesional!
MAKLUMAT
TERPERINCI KURSUS
| Program |
Kursus
Asas Videografi Digital (AVD) |
| Durasi |
2
hari |
| Tempat |
Pusat Latihan fototeacher.com,
No.
1-9, Megan Phoenix,
Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur |
| Bahasa
perantara |
Bahasa
Melayu |
| Jumlah
peserta |
Eksklusif
untuk 20 orang sahaja |
| Syarat
penyertaan |
Untuk
peserta yang belum mempunyai asas videografi sahaja |
| Peralatan
yang perlu dibawa |
Set
kamera video digital sendiri (jika ada). Pihak fototeacher akan menyediakan 3 set kamera video bagi tujuan mengajar dan untuk tujuan praktikal. |
| Objektif |
Untuk
memberikan kefahaman teknikal dan artistik yang kukuh kepada setiap peserta mengenai
asas videografi digital agar video yang dirakam mencapai standard yang sewajarnya dalam ertikata videografi yang sebenarnya. |
| Siapa patut hadir |
Individu yang berminat untuk menjadi jurukamera video untuk majlis perkahwinan, majlis rasmi (event videography) dan seumpamanya. |
Kami juga
boleh mengadakan kursus di tempat anda. Hubungi Encik Zaly 03-91017155 atau e-mel fototeacher@gmail.com untuk maklumat lanjut.
BIODATA JURULATIH UTAMA

Encik Shahirman (memegang kamera) sewaktu penggambaran di luar negara untuk TV3 |
| Nama Penuh |
Shahirman Sahalan |
| Pendidikan Formal |
Diploma In Photography ITM
Degree In Photography & Creative Imaging, UiTM
Masters In Visual Communications, UiTM |
| Pengalaman Kerja |
Juruteknik Fotografi di Universiti Islam Antarabangsa (1988)
Jurukamera Eksekutif TV3 (1989-1996)
Pensyarah di Akademi TV3 (1997)
Jurukamera Eksekutif ntv7 (1998-1999)
Pensyarah Fotografi dan Videografi di Akademi TV3 (2000-2003)
Jurukamera stringer untuk TV3 News (2004-2005)
Pensyarah di Jabatan Fotografi & Pengimejan Kreatif, UiTM (2006-kini) |
| Pencapaian Tertinggi |
Anugerah Siri Dokumentari Islam Terbaik (Jejak Rasul 1) |
| Pengalaman Dalam Videografi |
21 Tahun |
| Bidang Kepakaran |
Single Camera Production (SCP), Multi Camera Production (MCP) dan dokumentari video (Penyiaran TV) |
| Tugasan Menarik |
Penggambaran Jejak Rasul, Penggambaran siri Majalah 3 dan Penggambaran berbagai siri Drama TV |
| Mesej dari Tojo: |
"Untuk menjadi yang terbaik, bakat dan kepakaran yang dimiliki perlu dibajai dengan hormat menghormati, rasa rendah diri dan redha serta bersyukur kepada pemberian Allah." |
| Sekiranya Encik Tojo tidak dapat hadir di atas sebab kecemasan, kursus ini akan dikendalikan oleh jurulatih lain yang bersesuaian. |
ANTARA
SUBJEK PENTING DALAM KURSUS
| ASAS TEKNIKAL VIDEOGRAFI |
| 1 |
IRIS
Ketahui cara pengawalan iris yang betul dan kesannya kepada exposure, shutter speed dan depth-of-field. |
| 2 |
SHUTTER
Belajar fungsi sebenar shutter dan pengaruhnya terhadap kecerahan, iris dan movement effect. |
| 3 |
FOCUS
Ketahui bila dan bagaimana untuk menggunakan Auto Focus atau Manual Focus. Pelajari juga kaitan focus dengan depth- of-field yang juga berkaitan dengan focal length, aperture dan subject distance. Dalam pelajaran ini, anda akan menguasai kemahiran memfokus dengan cepat dan tepat. |
| 4 |
WHITE BALANCE
Ketahui warna cahaya yang disukat dalam unit Kelvin untuk mendapatkan warna yang sesuai dengan penyampaian visual anda. Ketahui juga tanggapan salah mengenai white balance. Anda akan ditunjukkan cara membuat kawalan white balance pada kamera anda. |
| 5 |
LENS (FOCAL LENGTH)
Fahami mengenai focal length dan kesannya kepada angle of view, perspective, camera vibration dan depth-of-field. Ketahui cara untuk memaksimumkan fungsi zoom lens bagi menghasilkan video yang berkualiti |
| 6 |
PENCAHAYAAN
Pelajari cara yang betul menggunakan lampu video. Juga pelajari mengenai color gel bagi mengimbangkan warna cahaya. Lain-lain topik yang berkaitan juga akan turut diajar seperti penggunaan bounce light, neutral density, diffuser dan sebagainya. Fahami mengapa pencahayaan yang baik banyak menyumbang kepada kualiti dan mood sesuatu video |
| 7 |
AUDIO
Pelajari mengenai jenis microphone, kawalan audio dan teknik rakaman audio yang betul. Audio yang baik hampir sama penting dengan kualiti video yang anda rakam. |
| 8 |
TRIPOD
Ketahui cara untuk mengoptimumkan penggunaan tripod dengan memahami Friction Adjustment, Head balancing dan sebagainya. |
| TEKNIK DAN SENI DALAM VIDEOGRAFI |
| 9 |
FRAMING
Pelajari teknik framing yang asas dengan singkatan untuk komunikasi seperti - MCU, CU, BCU, LS, MLS, MS, Two Shot, Three Shot dan sebagainya. Ketahui asas framing dan composition yang lain seperti looking room, head room dan rule-of-third. Sesi praktikal akan diadakan dalam bahagian ini. |
| 10 |
CAMERA MOVEMENT
Pelajari teknik, ketahui mengapa dan bila untuk melakukan panning, tilting, crabbing, tracking, elevating, zooming dan developing shot. Anda akan ditunjukkan teknik yang betul untuk melakukan teknik-teknik ini bagi mendapatkan hasil video yang lebih dinamik. Setiap peserta akan diberi bimbingan untuk menguasai setiap teknik dengan cara yang betul. |
| 11 |
ANGLE
Pelajari cara untuk mendapatkan sudut yang betul dan menarik, samada eye level, low angle, high angle dan sebagainya. Ketahui kaitan camera angle dengan kesan kepada komunikasi visual. |
| 12 |
TEKNIK LANJUTAN
Pelajari teknik-teknik video yang lain seperti - subject entering frame, defocus, movement speed, slanting, insert shot, jump shot, hand held, 5 second pause, in camera editing, variety shot for footages dan sebagainya. |
| Dengan
peserta berjumlah kecil dan konsep kursus yang semi formal, interaksi
dan soal jawab yang aktif akan membolehkan lebih banyak subjek lain
yang berkaitan yang akan disentuh dalam kursus ini. Jadi, subjek
yang akan dibincangkan tidak hanya terhad kepada perkara yang disenaraikan
seperti di atas sahaja. Selain dari itu, sesi praktikal dan tugasan berkumpulan yang diberikan akan memastikan setiap peserta memperolehi kefahaman dan kemahiran yang jitu. |
NILAI UNTUK WANG ANDA
| 1 |
Jumlah
peserta yang kecil, membolehkan penceramah memberikan tumpuan yang
lebih kepada setiap peserta, mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih menggalakkan serta interaksi yang lebih berkesan |
| 2 |
Anda
berpeluang bertanya soalan terus kepada pakar dalam bidang ini pada
setiap bahagian pelajaran |
| 3 |
Alat
bantuan mengajar seperti projektor dan TV digunakan |
| 4 |
Demo
akan diadakan apabila perlu, untuk kefahaman yang lebih baik |
| 5 |
Nota
kursus akan diberikan kepada setiap peserta |
| 6 |
Latihan praktikal akan diadakan untuk memastikan peserta benar-benar dapat menguasai pelajaran yang disampaikan |
| 7 |
Sijil
penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta |
| 8 |
Jamuan
ringan setiap 2 jam (Makan tengahari disediakan) |
|
PERCUMA
DENGAN SETIAP PENDAFTARAN: |
|
PERCUMA
- SEHELAI T-SHIRT fototeacher.com |
YURAN PENYERTAAN
Harga
pendaftaran melalui syarikat atau jabatan kerajaan
(Buat bayaran penuh dalam tempoh 14 hari selepas menghadiri kursus. P.O./L.O. diperlukan untuk tempahan tempat)
|
RM1,500.00 seorang |
Harga
biasa individu
(Buat bayaran penuh sebelum hadir kursus) |
RM1,000.00 seorang |
Harga
diskaun kumpulan
(Sekiranya anda mendaftar dalam kumpulan - 2 orang atau lebih dalam
satu kumpulan)
ATAU
Bekas peserta Kursus Asas Fotografi Digital (anjuran fototeacher.com)
ATAU
Pelajar (Sila sertakan salinan kad pelajar) |
RM800.00 seorang |

|