PHOTO IMPROVEMENT CLASS (PIC)


Jurugambar profesional akan membincangkan gambar yang ditunjukkan oleh setiap peserta serta memberi bimbingan untuk memperbaiki gambar tersebut. Sesi soal jawab yang diadakan pula akan menguraikan segala masalah anda dalam fotografi.


MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM

Program Photo Improvement Class
Durasi 2 jam
Tempat No. 1-1, Blok C, Phoenix Business Centre,
Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Bahasa perantara Bahasa Melayu
Jumlah peserta Maksimum 15 orang sahaja untuk setiap sesi
Syarat penyertaan Untuk peserta yang telah mempunyai asas fotografi
Perkara yang perlu dibawa Bawa gambar yang anda ingin kongsi untuk dibincangkan. Bawa 10 gambar format jpeg dalam CD. Jurugambar profesional akan memberikan komen kepada gambar anda dan bimbingan untuk memperbaiki kemahiran fotografi anda
Objektif Untuk membincangkan setiap gambar yang ditunjukkan. Program ini bertujuan untuk menambah pengetahuan dan memperbaiki kualiti gambar setiap peserta.


TESTIMONI

"Photo analysis by the trainer has enlightened a lot of the queries I have especially on bringing out the perfect portrait snapshots. Thanks to fototeacher.com for making this happen"
AMIR RIDHWAN
"Program ini banyak membantu dan meningkatkan lagi pengetahuan saya tentang fotografi. Kalau boleh adakan banyak lagi program seperti ini."
RAMLI BIN ISMAIL
"Masa yang saya luangkan tidak sia-sia. Banyak perkara baru yang saya pelajari."
KAMAL
"Terima kasih untuk info yang diberikan. Terutama dalam cara untuk berkomunikasi dengan client."
KHAIRIL MAFIZAM BIN DOLAH
"Jurulatih luas pengalaman dalam fotografi. Saya rasa pengalaman beliau amat berharga untuk dikongsi bersama."
CHE MAZLAN BIN HASHIM
"Sangat berinformasi terutama bagi yang baru menceburi dalam bidang fotografi seperti saya. Pengalaman jurulatih yang sanggup dikongsi bersama sangat saya hargai."
NOR HISHAM BIN AMAT


NILAI UNTUK WANG ANDA

1 Jumlah peserta yang kecil, membolehkan penceramah memberikan tumpuan yang lebih kepada setiap peserta, mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menggalakkan serta interaksi yang lebih berkesan
2 Anda berpeluang bertanya soalan terus kepada pakar dalam bidang ini mengenai masalah anda yang berkaitan dengan fotografi
3 Alat bantuan mengajar seperti projektor akan digunakan
4 Demo akan diadakan apabila perlu, untuk kefahaman yang lebih baik
5 Disamping mendapatkan komen penceramah terhadap gambar anda sendiri, anda juga boleh belajar dari komen penceramah terhadap gambar peserta-peserta lain.
6 Anda juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru yang mempunyai minat yang sama dengan anda


YURAN PENYERTAAN

Harga

RM 50.00 seorang
PENYERTAAN PERCUMA - Peserta yang pernah menghadiri program AFD atau KPFP layak menghadiri 1 sesi program ini secara percuma!


TARIKH PROGRAM

Tarikh akan diumumkan
PRA-DAFTAR SEKARANG!


MESEJ DARI PENGANJUR

Anda mungkin sudah memiliki pengetahuan asas fotografi. Tetapi, anda mungkin belum berpuas hati dengan gambar-gambar yang anda rakamkan dan anda ingin jadi lebih maju.

Cara yang paling berkesan adalah dengan membincangkan gambar anda bersama dengan jurugambar yang lebih berpengalaman. Anda akan dapat tahu di mana kesilapan gambar anda dan anda juga akan dapat tips yang berguna ke arah memantapkan lagi kemahiran fotografi anda.

Ingat, kehebatan gambar anda bukan dinilai oleh diri sendiri, tetapi pengiktirafan oleh orang yang lebih arif. Bukankah itu lebih bermakna?

Jumpa anda nanti!

fototeacher.com


PRA-DAFTAR SEKARANG!


Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com