Photo Talk - Introduction To Photojournalism
By Shamshahrin Shamsudin
12 August 2006


TESTIMONY
" Photo Talk ini sangat menarik dan membantu peserta bukan sahaja setakat apa yang diajar, tetapi peserta juga berpeluang untuk berbincang dan bertukar-tukar pengalaman."
- Danial Kastin

" Saya rasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama berkongsi ilmu dengan Encik Shamshahrin dan juga dengan jurufoto-jurufoto yang lain. Satu pengalaman yang baru bagi saya."
- Aedy Dzoelkarnaen Bajuri

" Saya amat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. Pengalaman jurugambar profesional memang bermanfaat kepada jurufoto baru seperti saya. Saya melihat photojournalism sebagai satu cabang fotografi yang mencabar dan menarik."
- Amru Zainal Abidin

"Pengalaman Encik Shamshahrin sedikit sebanyak telah memberi informasi yang bernas dan membantu dalam penambahan ilmu fotografi yang sedia ada."
- Shamsul Isnin Tumin

" Terima kasih untuk semua yang terlibat untuk Photo Talk ini dan mendedahkan saya kepada photojournalism. Saya dapat banyak tips yang bagus dari penceramah. Harap dianjurkan lagi program sebegini."
- Mohd. Junaidi Othman

" Photo Talk ini sangat baik untuk diikuti oleh sesiapa sahaja yang ingin mempelajari photojournalism. Encik Shamshahrin telah memberikan banyak maklumat berguna. Disamping itu, kehadiran Encik Bazuki telah meberi nilai tambah kepada Photo Talk ini."
- Nublee @ Ali Shamsul Bahar

" Shamshahrin, thank you for sharing your invaluable knowledge & experience! We appreciate it!"
- Zuraisham Salleh

" Shamshahrin & Bazuki telah berkongsi pengalaman mereka sebagai jurufoto profesional selama belasan tahun dalam bidang ini. Bagi kami yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi, ia sesuatu yang amat bernilai."
- Afifi Hussain

"Encik Shamshahrin telah menjelaskan dengan amat baik mengenai isu-isu hakcipta yang ramai peminat fotografi tidak tahu. Beliau juga telah berkongsi pengalamannya sebagai photojournalist dan saya dapat belajar sedikit sebanyak pengetahuan tentang kerjaya sebagai jurugambar profesional. Saya harap fototeacher.com akan meneruskan usaha ini."
- Noor Shahriman Abdul Aziz
 


All Rights Reserved - Fototeacher.com 2006