| ANTARA SUBJEK DI DALAM PROGRAM INI: |
| 1 |
PENGENALAN
Contoh-contoh foto menarik yang boleh dihasilkan oleh Lens Baby akan ditunjukkan kepada anda. Anda akan diberi kefahaman bagaimana Lens Baby boleh meluaskan skop kreativiti anda.
|
| 2 |
PERALATAN ASAS LENS BABY
Anda akan diterangkan mengenai prinsip asas Lens Baby dan bagaimana ianya berfungsi. 3 jenis Lens Baby akan ditunjukkan ciri-cirinya, perbezaan di antara setiap model, cara menggunakannya dan model yang manakah yang paling sesuai untuk anda. Anda juga akan diberi peluang untuk mencuba sendiri produk ini
|
| 3 |
PILIHAN OPTIK LENS BABY
Anda akan ditunjukkan beberapa contoh optik tambahan yang ditawarkan oleh Lens Baby seperti Double Glass, Single Glass, Plastic, Pinhole dan Zone Plate. Setiap satunya memberikan kesan yang berlainan |
| 4 |
AKSESORI TAMBAHAN LENS BABY
Bagi menyokong keperluan imaginasi anda, Lens Baby menawarkan berbagai aksesori tambahan seperti Macro, Telephoto, Wide Angle dan Super Wide Angle Lens. Pelajari bagaimana cara menggunakannya dan kesan yang boleh dihasilkan |
| 5 |
LENS BABY - ALTERNATIF KEPADA LENSA KONVENSIONAL
Ketahui bagaimana cara Lens Baby boleh menjimatkan wang anda jika dibandingkan dengan pembelian lensa konvensional yang lain. Ketahui kebaikan dan kekurangan diantara Lens Baby dan lensa jenama lain |
| 6 |
LENS BABY DENGAN GABUNGAN TEKNIK LAIN
Selain kesan unik yang dihasilkan oleh Lens Baby sendiri, anda juga akan ditunjukkan cara menggabungkan teknik lain dengan penggunaan Lens Baby agar foto yang dihasilkan lebih menarik |
| 7 |
SESI PRAKTIKAL
Setiap peserta akan diberi peluang untuk mencuba sendiri Lens Baby untuk merakam beberapa subjek still-life yang disediakan. Peserta juga akan dibantu untuk memilih model Lens Baby yang sesuai bagi keperluan masing-masing. |
| 8 |
SESI SOAL JAWAB
Tanya apa sahaja soalan mengenai Lens Baby dalam sesi soal jawab ini! |

DISKAUN 15% UNTUK PESERTA LBP!
Peserta boleh membeli produk Lens Baby yang kami tawarkan semasa program ini dengan harga diskaun sehingga 15%. Tetapi, anda tidak perlu risau, pembelian tidak diwajibkan. Kepada peserta yang berminat untuk membeli, jangan lupa bawa wang tunai atau kad kredit Visa atau Mastercard |