kursus fotografi perkahwinan

KURSUS FOTOGRAFI PERKAHWINAN (KFP)
MODUL TELAH DIPERBAHARUI DENGAN BERBAGAI NILAI TAMBAH!


MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM
Program Kursus Fotografi Perkahwinan
Kod program KFP
Tenaga Pengajar

Hasnuddin Abu Samah
Diantara penglibatan beliau di dalam fotografi perkahwinan:

1 Mula merakam foto perkahwinan sejak tahun 1993 dan telah mengasaskan perniagaan Adan Cameraworks pada tahun 2001
2 Tenaga pengajar untuk subjek Fotografi Perkahwinan untuk program Diploma in Executive Photography and Creative Imaging, UTM SPACE
3 Speaker untuk Seminar Fotografi Perkahwinan di KLPF 2011 (Kuala Lumpur Photography Festival)

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT BIODATA JURULATIH

Durasi 1 hari (9.00 pagi - 6.00 petang)
Bahasa perantara Bahasa Melayu
Jumlah peserta Eksklusif untuk 25 orang sahaja
Objektif Memberikan pendedahan umum mengenai semua aspek penting fotografi perkahwinan dan prospek perniagaan dalam bidang ini.
Siapa patut hadir Jurufoto yang berminat untuk mempelajari teknik merakam foto perkahwinan yang terdiri dari:
1) Jurufoto sambilan
2) Jurufoto sepenuh masa yang ingin menjana wang dari fotografi perkahwinan
3) Pelajar IPTA/IPTS yang ingin mendalami bidang fotografi perkahwinan
4) Usahawan/pekerja butik perkahwinan yang ingin menjadi jurufoto perkahwinan
Syarat penyertaan Peserta mestilah telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas teknikal fotografi seperti kawalan aperture, shutter, ISO, exposure dan sebagainya. Peserta juga mestilah telah berpengalaman merakam foto perkahwinan sekurang-kurangnya sekali atau tidak lebih dari 20 kali.
Perkara yang perlu dibawa ke kursus ini
1) Bawa 5 foto perkahwinan (soft copy) yang anda telah rakam untuk dibincangkan (jika ada)
2) Senaraikan 10 masalah atau soalan yang ingin anda tanya di dalam kursus ini nanti
Perhatian: Anda tidak perlu membawa kamera kerana tiada sesi praktikal di dalam kursus ini. Jurulatih hanya akan menunjukkan demo untuk beberapa sesi

ANTARA SUBJEK DI DALAM PROGRAM INI:
(SUBJEK TELAH DIKEMASKINI DAN DIPERBAHARUI PADA 19 OKTOBER 2011)
1 Mengapa kita merakam foto perkahwinan
2 Peralatan fotografi untuk jurufoto perkahwinan
3 Kawalan teknikal asas untuk fotografi perkahwinan
4 Teknik rakaman potret
5 Teknik rakaman dekorasi dan hantaran
6 Teknik rakaman perincian
7 Teknik rakaman acara majlis
8 Teknik rakaman kandid
9 Teknik rakaman gambar berkumpulan
10 7 Tips untuk dapatkan gambar menarik
11 Peranan pembantu jurufoto
12 Kecekapan kerja
13 Mengenai sikap dan cara berfikir
14 Penampilan dan komunikasi profesional
15 Kesilapan meletak harga perkhidmatan
16 Syarat bayaran bagi mengurangkan risiko
17 Panduan pemasaran dan penjenamaan
18 Teknik jualan yang berjaya
19 Rancangan kewangan dan aliran wang tunai
20 Menghadapi persaingan
21 Teknik ringkas post production dan membuat album
22 Kajian foto perkahwinan – kesilapan yang biasa dilakukan dan cara untuk memperbaikinya
23 Sesi soal jawab
Dengan peserta berjumlah kecil dan konsep kursus yang semi formal, interaksi dan soal jawab yang aktif akan membolehkan lebih banyak subjek lain yang berkaitan yang akan disentuh dalam kursus ini. Jadi, subjek yang akan dibincangkan tidak hanya terhad kepada perkara yang disenaraikan seperti di atas semata-mata.

PENAFIAN

Kami tidak janjikan anda akan menjadi jurufoto yang hebat atau menjadi kaya hanya dengan menghadiri kursus padat satu hari ini.

Tetapi, apa yang pasti, anda akan diberi kefahaman ringkas secara menyeluruh mengenai bidang fotografi perkahwinan. Anda juga boleh tanya sebarang soalan agar masalah anda dapat diselesaikan.

Dengan menghadiri kursus ini juga, anda akan mendapat panduan agar perjalanan anda di dalam bidang ini menjadi lebih lancar tanpa perlu melakukan banyak kesilapan yang merugikan masa dan wang anda.


Portfolio fotografi perkahwinan oleh Hasnuddin
Antara hasil foto perkahwinan oleh Hasnuddin

Publisiti Hasnuddin Adan di dalam majalah, akhbar dan TV
Antara beberapa liputan mengenai fotografi perkahwinan oleh
Hasnuddin dari Adan Cameraworks yang tersiar di majalah, akhbar dan
siaran TV tempatan dan luar negara.

PROGRAM LEPAS

Antara testimoni dari peserta:

"Penyampaian kursus yang mudah difahami dengan contoh-contoh asas yang terjadi dalam setiap majlis" (Affendi Alias)

"Proses pembelajaran yang informal sangat menarik dan tidak membosankan" (Fazrol Bin Sapuan)    

"Kursus yang sangat baik dan penuh dengan tips-tips yang berguna" (Mohd. Zaki Bin Ilyas)

"Saya dapat belajar teknik merakam gambar portrait dan penggunaan flash" (Sharizam Bin Kamaruzzaman)

"Program yang membina semangat untuk begginer photographer yang baru berjinak-jinak dalam fotografi perkahwinan. Segala yang saya perlu tahu telah dirungkaikan dan diharap kursus seperti ini diteruskan" (Hairul Izwan Bin Ahmad)

"Kursus yang baik, persediaan untuk jurugambar yang ingin berjinak-jinak dalam bidang fotografi perkahwinan" (Nurul Aini Binti Mohd. Tawi)

"Saya suka program ini dan saya akan hadir untuk program yang lain anjuran fototeacher.com" (Mohamad Hafizi Bin Abdul Aziz)

Untuk melihat lebih banyak foto dan testimoni mengenai program yang telah diadakan, SILA KLIK DI SINI

KFP ADALAH SALAH SATU PROGRAM FOTOTEACHER YANG PALING MENDAPAT SAMBUTAN. SETAKAT INI, LEBIH DARI 150 ORANG TELAH MENYERTAI PROGRAM INI.

NILAI UNTUK WANG ANDA
1 Jurulatih mempunyai pengalaman selama lebih dari 15 tahun di dalam fotografi perkahwinan dan 5 tahun pengalaman sebagai jurulatih fotografi.
2 Jumlah peserta yang kecil, membolehkan jurulatih memberikan tumpuan yang lebih kepada setiap peserta, mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menggalakkan serta interaksi yang lebih berkesan
3 Anda berpeluang bertanya soalan terus kepada pakar dalam bidang ini pada setiap bahagian pelajaran
4 Alat bantuan mengajar seperti projektor dan TV digunakan
5 Demo akan diadakan apabila perlu, untuk kefahaman yang lebih baik
6 Nota kursus akan diberikan kepada setiap peserta
9 Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta
10 Jamuan ringan setiap 2 jam. Makan tengahari juga disediakan
10 Jaminan pasti faham atau anda boleh hadir semula ke program yang sama secara PERCUMA!

BONUS 1
BONUS UNTUK SETIAP PESERTA
1 Contoh 'POSING GUIDE' untuk memudahkan kerja merakam potret akan diberikan kepada setiap peserta
2 Contoh 'BORANG TEMPAHAN PELANGGAN' akan diberikan kepada setiap peserta
3 Contoh 'CHECKLIST GAMBAR YANG PERLU DIRAKAM' akan diberikan kepada setiap peserta
4 Laporan mengenai pemasaran secara mengiklan di dalam majalah dan promosi di Bridal Fair. Ketahui kebaikan dan keburukan promosi menggunakan kaedah ini serta strategi untuk memaksimakan keuntungan. Laporan ini akan diberikan secara percuma kepada setiap peserta
5 Nota ringkas Asas Potret Perkahwinan

BONUS 2
BONUS TAMBAHAN (Untuk peserta yang membuat bayaran sebelum 24 Oktober 2011 sahaja!)
1 Kupon diskaun 20% dari harga RSP (recommended selling price) untuk pembelian aksesori fotografi jenama Lastolite. Tawaran sah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kursus. Lihat produk-produk jenama Lastolite di sini
2 Kupon diskaun 35% (dari harga normal) untuk mengikuti Bengkel Portable Flash (BPF) atau Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) anjuran FOTOTEACHER.COM. Tawaran sah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kursus KFP ini
Jangan lepaskan peluang ini. Buat bayaran segera (bayar sebelum 24 Oktober 2011) dan dapatkan tawaran 'BONUS 2' yang dinyatakan di atas!

JAMINAN 100% WANG DIKEMBALIKAN
JIKA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KURSUS INI
Hasil dari maklum balas dari peserta lepas, kami telah memperbaiki banyak subjek di dalam kursus ini. Dengan kandungan kursus yang telah diperbaharui, kami yakin kursus ini akan memberikan manfaat kepada anda. Namun, jika anda dapati ianya tidak bermanfaat untuk anda, kami akan memulangkan kesemua wang yang anda telah bayar, tanpa sebarang soalan. Tawaran ini tertakluk kepada syarat dan peraturan berikut:
1 Anda mestilah hadir tepat pada masa pada hari kursus dijalankan. Tawaran ini tidak sah jika anda hadir lewat atau tidak hadir langsung pada tarikh kursus diadakan. Jika anda tidak hadir, wang anda tidak akan dikembalikan. Sekiranya anda tidak dapat hadir, anda boleh gantikan tempat anda dengan rakan lain.
2 Anda mestilah berada di dalam bilik kursus sekurang-kurangnya selama 4 jam pertama kursus. Sekiranya anda rasakan kursus ini tidak bermanfaat untuk anda, anda mestilah menarik diri sebelum jam 2 petang.
3 Sila berjumpa dengan urusetia sebelum jam 2 petang untuk mendapatkan kembali wang anda jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti kursus ini. Bayaran akan dibuat kepada anda melalui cek dengan tarikh ianya dikeluarkan.
3 Anda tidak perlu memulangkan nota kursus yang telah diberikan kepada anda. Ianya adalah pemberian dari kami sebagai menghargai usaha anda untuk hadir ke kursus ini. Namun, sijil penyertaan, perkara-perkara pada Bonus 1 dan Bonus 2 hanya diberikan kepada peserta yang tamat kursus sahaja.

YURAN PENYERTAAN
HARGA BIASA
HARGA PENYERTAAN DARI JABATAN KERAJAAN ATAU SYARIKAT SWASTA
Buat bayaran penuh dalam tempoh 14 hari SELEPAS menghadiri kursus. P.O./L.O. diperlukan untuk tempahan tempat
RM1,000.00
seorang
HARGA BIASA INDIVIDU
Anda boleh buat bayaran tempahan sebanyak 30% dari nilai yuran (tidak dikembalikan) dan baki bayaran penuh hendaklah dibuat 10 hari sebelum program bermula
RM600.00
seorang
HARGA DISKAUN
Anda layak mendapat diskaun seperti yang dinyatakan sekiranya anda tergolong dalam salah satu dari kategori yang dinyatakan di bawah. Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum hadir bagi mendapat diskaun.
BEKAS PESERTA PROGRAM FOTOTEACHER
Sekiranya anda pernah menghadiri sekurang-kurangnya satu program FOTOTEACHER sebelum ini yang bernilai sekurang-kurangnya RM500. Tidak sah untuk pembayaran dengan cek melalui L.O. atau P.O.
RM500.00
seorang
PESERTA DARI LUAR KUALA LUMPUR
Sekiranya anda datang dari kawasan dengan jarak sekurang-kurangnya 300 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Sila sertakan bukti seperti tiket kapal terbang, resit tol, tiket bas dan sebagainya
PELAJAR, ORANG KURANG UPAYA, IBU TUNGGAL & PESARA
Sila sertakan bukti sah status anda bagi mendapat diskaun istimewa ini

DISKAUN ISTIMEWA PENYERTAAN BERKUMPULAN
Sekiranya anda mendaftar dalam kumpulan seramai 2 orang atau lebih dalam satu kumpulan. Bayaran penuh untuk seluruh ahli kumpulan hendaklah dibuat dalam satu transaksi sebelum menghadiri program
CUMA RM460.00 SEORANG
(Harga ini hanya sah untuk penyertaan lebih dari seorang)

kami menerima visa dan mastercard
  • KAMI MENERIMA BAYARAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT VISA DAN MASTERCARD SECARA ONLINE! UNTUK MAKLMUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI 03-91017155 / 012-3937155 ATAU E-MEL SALES@FOTOTEACHER.COM
  • Semua harga tertakluk kepada kekosongan tempat. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terawal membuat bayaran.


MESEJ DARI JURULATIH

Rakan-rakan yang dihormati,

Di dalam kursus ini, saya akan berkongsi pengalaman saya selama 15 tahun di dalam merakam foto perkahwinan. Saya telah mencuba berbagai teknik dan peralatan dalam tempoh tersebut. Saya akan kongsikan dengan anda beberapa teknik yang mudah dan berkesan supaya anda tidak perlu melakukan 'trial and error' seperti saya.

Saya juga akan mendedahkan kepada anda cara untuk bekerja secara profesional. Bagaimana untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan meyakinkan mereka tentang tugas kita. Kemahiran ini akan memudahkan kita menjalankan tugas lalu dapat menghasilkan foto yang baik.

Tapi, apa yang lebih penting yang akan saya dedahkan ialah, bagaimana menjana keuntungan dari bidang ini melalui berbagai teknik dalam ilmu perniagaan.

Tidak ramai orang yang akan mengajar anda tentang ilmu ini kerana ianya hanya boleh didapati melalui bertahun-tahun pengalaman di dalam perniagaan fotografi perkahwinan. Saya akan tunjukkan kepada anda caranya bila anda hadir ke program ini nanti.

Jumpa anda nanti!

Hasnuddin Abu Samah,
Jurulatih Kursus Fotografi Perkahwinan,
FOTOTEACHER.COM



PENTING
Bayaran tidak perlu dibuat serta merta. Daftar dahulu, kami akan hubungi anda kemudian untuk cara membuat bayaran jika anda masih berminat.
Kami juga boleh mengadakan kursus khas di tempat anda atau mengadakan latihan fotografi khusus berdasarkan keperluan anda. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

Sila cetak halaman ini dan simpan sebagai rujukan anda. Ini bagi memastikan anda tidak tersilap, terlupa atau terkeliru dengan fakta yang telah dinyatakan di atas.

Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com