PHOTO TALK - FASHION PHOTOGRAPHY

Ketahui bagaimana untuk merakam gambar manusia dan kecantikannya. Belajar dari jurugambar profesional yang mengkhusus dalam bidang ini.


MAKLUMAT TERPERINCI KURSUS

Program Photo Talk - Fashion Photography
Penceramah Bustamam Mokhtar
Durasi 4 jam
Tarikh 2 Jun 2007 (Sabtu)
Masa 2.00 ptg - 6.30 ptg
Tempat C-1-1, Megan Phoenix,
Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Bahasa perantara Bahasa Melayu
Jumlah peserta Eksklusif untuk 15 orang sahaja
Syarat penyertaan Mesti mempunyai pengetahuan asas fotografi
Objektif Pensyarah akan berkongsi pengalaman sebagai professional fashion photographer. Memberikan panduan kepada peserta mengenai teknik dan perkara yang berkaitan dengan bidang fotografi fesyen
Siapa patut hadir Jurugambar majalah fesyen, jurugambar perkahwinan, jurugambar potret, jurugambar pengiklanan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk merakam gambar manusia dan keindahannya



LATARBELAKANG BUSTAMAM

Kelulusan Diploma In Photography, UiTM
Certificate In Photography, Tokyo Photographic College, Japan
Pengalaman Kerja Utusan Malaysia dan beberapa syarikat penerbitan dan pengiklanan
Client & portfolio Magazine Cover - GLAM, Eh!, In Trend dan lain-lain
Album Cover - Siti Nurhaliza, Anita Sarawak, Camelia, Ziana Zain, Erra Fazira, Anuar Zain dan lain-lain
Commercial - Olay, Jusco, Astro, Maxis, TMNet, Sendayu Tinggi dan lain-lain
Pencapaian Salah seorang jurugambar fesyen yang terbaik di Malaysia. Buat masa ini, beliau mempunyai 2 buah studio profesional. Salah satu darinya merupakan studio fashion photography milik bumiputra yang terbesar di Malaysia


Lihat gambar oleh Bustamam di sini


ANTARA SUBJEK DALAM PROGRAM INI

1 Pengenalan kepada fotografi fesyen
2 Peralatan untuk fotografi fesyen
3 Teknik-teknik fashion photography
4 Kerjaya dalam fotografi fesyen
5 Penceramah menunjukkan gambar-gambar terbaik beliau dan menceritakan bagaimana gambar-gambar tersebut dirakam
6 Sesi soal jawab
Dengan peserta berjumlah kecil dan konsep kursus yang semi formal, interaksi dan soal jawab yang aktif akan membolehkan lebih banyak subjek lain akan disentuh dalam kursus ini. Jadi, subjek yang akan dibincangkan tidak hanya terhad kepada perkara yang disenaraikan seperti di atas semata-mata.


TESTIMONI

Berikut adalah di antara beberapa testimoni dari para peserta yang telah mengikuti program Photo Talk yang lalu:

"Fashion Photo Talk Encik Bustamam amat berguna kepada amatur mahupun profesional yang ingin mendalami dan mengenali dunia fotografi fesyen. Highly recommended!"
Ted Adnan
http://www.flickr.com/photos/tedadnan

"Alhamdulillah, rasanya terbuka minda dan bertambah ilmu setelah mengikuti photo talk ini."
Khairulnizam
http://yon-kn.fotopages.com

"Pendedahan yang amat berguna"
Mat Rusdi Yusof
http://rusdi3713.fotopages.com

"Pendedahan yang baik berkaitan fashion photography."
Mohd. Junaidi Othman
http://mymjo.blogspot.com

"Overall sangat informative dan berguna. Banyak ilmu didapati, selesa dan open. Great job!! Looking forward for more classes in the future."
Nadia Bahari

http://www.flickr.com/photos/funny_eye


Gambar-gambar semasa photo talk pada 1 April 2007


NILAI UNTUK WANG ANDA

1 Jumlah peserta yang kecil, membolehkan penceramah memberikan tumpuan yang lebih kepada setiap peserta, mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menggalakkan serta interaksi yang lebih berkesan
2 Anda berpeluang bertanya soalan terus kepada pakar dalam bidang ini pada setiap bahagian pelajaran
3 Alat bantuan mengajar seperti projektor digunakan
4 Demo ringkas akan diadakan apabila perlu, untuk kefahaman yang lebih baik
5 Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta
6 Jamuan ringan disediakan


YURAN PENYERTAAN

Harga biasa
RM 200.00 seorang
Harga diskaun kumpulan
(Sekiranya anda mendaftar dalam kumpulan - 2 orang atau lebih dalam satu kumpulan)
RM 170.00 seorang
Harga diskaun untuk bayaran awal
(Sekiranya bayaran dibuat sebelum 7 Mei 2007)
RM 150.00 seorang

DAFTAR SEKARANG!



MESEJ DARI PENGANJUR

Bukannya mudah untuk dapat peluang berjumpa dan belajar dari orang yang sentiasa sibuk seperti Bustamam. Tambahan pula, sebagai jurugambar profesional yang sentiasa bermain dengan projek-projek besar, nilai masa dan kemahiran beliau amatlah tinggi.

Kita bertuah kerana Bustamam sudi meluangkan masa untuk berkongsi pengalamanya yang berharga. Dengan kepakaran Bustamam, saya rasa, harga yuran penyertaan yang dikenakan amat-amatlah berbaloi dan saya harap, anda akan mendapat banyak pengetahuan baru dari beliau.

Daftar segera, tempat terhad!

fototeacher.com

DAFTAR SEKARANG!




All Rights Reserved - Fototeacher.com 2006