| MENGAPA ANDA MESTI HADIRI PROGRAM INI? |
| 1 |
Untuk mendapat pengalaman memproses dan mencetak gambar foto di dalam bilik gelap. Satu proses yang amat jarang dipraktikkan sekarang dan bukan senang untuk mendapat peluang merasainya. Proses inilah yang telah mematangkan fotografi sehingga ke tahap sekarang dan ianya telah dipraktikkan selama lebih dari 100 tahun! |
| 2 |
Memproses filem dan mencetak gambar foto di dalam bilik gelap mengajar kita kepada disiplin dan ketelitian di dalam menghasilkan karya fotografi. Ianya juga akan menjadikan kita lebih faham mengenai bidang fotografi itu sendiri dimana, di dalam bilik gelap, kita akan pelajari asas cahaya, tempoh dedahan, aperture dan sebagainya. Oleh sebab itulah pelajar jurusan fotografi di kolej masih diajar menggunakan bilik gelap sehingga ke hari ini. |
| 3 |
Fotografi analog menggunakan filem masih diamalkan sehingga kini oleh golongan tertentu kerana kepuasan yang didapati darinya. Di dalam bilik gelap, anda akan melakukan sendiri semua proses penghasilan gambar foto secara manual menggunakan kemahiran anda sendiri. Ini akan menjadikan anda lebih menghargai gambar yang anda hasilkan. |
| 4 |
Jumlah penyertaan adalah amat terhad. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terawal mendaftar dan membuat bayaran sahaja. |
| SOALAN LAZIM |
| 1 |
Perlukah saya membawa kamera DSLR?
Tidak perlu. Tetapi anda boleh bawa kamera jika anda mahu. Sekadar untuk merakam gambar kenangan |
| 2 |
Perlukah saya membawa kamera analog yang menggunakan filem untuk menyertai program ini?
Tidak perlu. Pihak kami akan menyediakan kamera dan filem. Jurulatih akan menunjukkan demo merakam gambar menggunakan filem. Peserta tidak perlu membuat praktikal untuk sesi merakam gambar kerana masa yang terhad. Tetapi, jika anda ada kamera filem, anda boleh bawanya bersama; cuma ianya tidak akan digunakan di dalam program ini. |
| 3 |
Bolehkah saya membawa negatif saya sendiri untuk dicetak ketika program ini?
Anda boleh bawa negatif hitam putih format 135 atau format 120 untuk dicetak semasa program ini. Tetapi, setiap orang peserta cuma boleh mencetak sekeping gambar sahaja ketika program ini kerana masa adalah terhad. Jika anda ingin mencetak lebih banyak gambar, anda boleh sewa bilik gelap ini pada masa yang akan datang. Bayaran sewa hanyalah RM50 sejam. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. |
| 4 |
Adakah cara memproses dan mencetak filem warna berbeza dengan filem hitam putih?
Ya, cara memproses dan mecetak filem/negatif warna adalah berbeza dengan filem/negatif hitam putih. Filem warna adalah lebih sukar diproses dan dicetak. Teknik, bahan kimia dan beberapa peralatan yang digunakan adalah berbeza. Program ini hanya akan menunjukkan cara memproses dan mencetak filem/negatif hitam putih sahaja. |
| 5 |
Adakah pihak penganjur menyediakan jurulatih perempuan untuk peserta perempuan?
Ketika sesi mencetak gambar di dalam bilik gelap, pihak kami akan pastikan setiap peserta wanita ditemani oleh seorang wanita lain. |
| 6 |
Gambar apakah yang akan dicetak semasa sesi mencetak gambar nanti?
Setiap peserta akan mencetak gambar potret dirinya sendiri. Jurulatih akan merakam gambar potret setiap orang peserta semasa awal program |
| 7 |
Bolehkah saya membawa balik gambar yang saya cetak?
Ya, gambar yang anda cetak adalah milik anda untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan |
| 8 |
Adakah nota disediakan untuk program ini?
Nota tidak disediakan. Program ini lebih kepada sesi demo dan praktikal. Anda boleh bawa buku nota sendiri untuk mencatit nota jika perlu. |
| 9 |
Adakah bahan kimia yang digunakan selamat untuk kesihatan?
Bahan kimia yang digunakan adalah selamat digunakan secara umumnya. Semua bahan kimia yang digunakan adalah dari jenama Ilford buatan United Kingdom yang direka khusus untuk kegunaan fotografi dan bilik gelap. Cuma, anda perlu elakkan bahan kimia dari terkena mata atau kulit yang sensitif. Anda tidak perlu menyentuh bahan kimia kerana penyepit khas dan sarung tangan getah disediakan. Pihak kami juga akan memastikan pengedaran udara yang baik semasa sesi mencetak gambar dijalankan. Sebaiknya anda membawa apron sendiri untuk digunakan ketika di dalam bilik gelap kerana bahan kimia mungkin terpercik dan boleh mengotorkan pakaian anda. |
| 10 |
Saya tidak mempunyai pengetahuan asas di dalam bidang fotografi. Bolehkah saya sertai program ini?
Program ini boleh disertai oleh sesiapa saja. Tiada syarat kelayakan minima. |
| 11 |
Bolehkah saya membuat bayaran semasa hari program diadakan?
Tidak. Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum menghadiri program yang dijalankan. Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pembayaran, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah laman ini. |
| 12 |
Bagaimana jika saya tidak dapat hadir pada hari program dijalankan? Adakah wang saya akan dipulangkan?
Sekiranya anda membuat pembatalan dalam masa kurang dari 7 hari, wang yang telah dibayar tidak akan dipulangkan. Tetapi, anda boleh menggantikan tempat anda dengan orang lain yang anda kenali |
| 13 |
Adakah sijil penyertaan diberikan untuk menyertai program ini?
Tidak. Sijil penyertaan tidak diberikan. |
| 14 |
Bolehkah saya mempraktikkan apa yang dipelajari di dalam program ini?
Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan awal atau pengenalan tentang cara memproses filem dan mencetak gambar hitam putih secara tradisional. Anda boleh mempraktikkan terus beberapa perkara asas yang dipelajari di dalam program ini. Untuk mendapat kefahaman dan kemahiran yang lebih baik, anda boleh hadiri program Basic Darkroom Workshop yang lebih terperinci yang akan dianjurkan oleh pihak kami. |
| 15 |
Adakah mudah untuk saya mendapatkan peralatan memproses filem, mencetak gambar dan lain-lain peralatan bilik gelap sekiranya saya ingin memiliki bahan dan peralatan saya sendiri?
Ya, kesemua peralatan yang diperlukan untuk memproses filem dan peralatan untuk bilik gelap masih dikilangkan sehingga ke hari ini oleh syarikat-syarikat dari berbagai jenama seperti Ilford, Kodak, Jobo, A-P, Paterson, LPL dan sebagainya. Pihak kami boleh memberikan khidmat nasihat dan membekalkan peralatan yang anda inginkan. Kami juga adalah penjual sah untuk kebanyakan peralatan berkaitan filem dan bilik gelap. |
| 16 |
Mengapa perlu guna cara lama, sedangkan dunia fotografi telah maju dalam teknologi digital?
Proses fotografi tradisional tidak menolak kemajuan teknologi digital. Ianya adalah satu proses alternatif ketika ini yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Fotografi adalah berkenaan melukis dengan cahaya. Digital atau analog hanyalah sekadar media untuk kita merealisasikan karya foto kita. Di negara maju, fotografi tradisional masih terus diamalkan secara meluas oleh golongan tertentu. Di Malaysia pula, kaedah fotografi secara tradisional kini semakin berkembang semula. |
| Sekiranya persoalan anda masih belum terjawab, sila hantarkan pertanyaan anda kepada sales@fototeacher.com atau hubungi kami di 03-91017155 / 012-6020770 |
PERBEZAAN DIP DENGAN BDW |
DIP
(Darkroom Introduction Program) |
BDW
(Basic Darkroom Workshop) |
Harga RM80.00 seorang |
Harga RM450.00 per sesi
(1 atau 2 orang) |
Peserta maksima 6 orang |
Peserta maksima 2 orang |
Pelajaran ringkas |
Pelajaran lebih terperinci |
Peserta mencetak sekeping gambar sahaja |
Peserta boleh mencetak sehingga 10 keping gambar |
20% praktikal |
100% praktikal |
Durasi 4 jam |
Durasi 6 jam |
Tarikh ditetapkan oleh kami |
Peserta pilih tarikh sendiri |
UNTUK MENYERTAI DIP, SILA DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DAN BUAT PENDAFTARAN ONLINE -
SILA KLIK DI SINI |
UNTUK MENYERTAI BDW, SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MENYATAKAN TARIKH YANG ANDA INGINKAN.
HUBUNGI KAMI DI 03-91017155 (WAKTU PEJABAT) ATAU
E-MEL KEPADA sales@fototeacher.com
KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT |