1 |
Hanya
peserta yang berdaftar dan telah menjelaskan bayaran sahaja
akan disahkan penyertaannya. Pendaftaran tanpa bayaran, tidak
boleh dianggap sebagai tempahan muktamad. |
2 |
Segala
langkah yang sewajarnya akan diambil bagi memastikan program
yang dianjurkan adalah seperti yang diiklankan. Namun, pihak
fototeacher berhak menangguhkan, mengubahsuai atau membatalkan
program yang diiklankan. Sekiranya program dibatalkan, tanggungjawab kami hanya terhad kepada
memulangkan kembali bayaran yang telah dibuat oleh peserta. |
3 |
Bagi
peserta yang tidak dapat hadir ke program pada tarikh yang ditetapkan,
wang pendaftaran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
Wang pendaftaran juga tidak akan dikembalikan sekiranya peserta
ingin membatalkan penyertaannya. |
4 |
Diskaun early bird atau bayaran awal (sekiranya ditawarkan) hanya sah untuk bayaran
yang telah dijelaskan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
Pihak kami juga berhak menuntut bukti pembayaran dan dokumen
lain yang diperlukan bagi membuktikan sesuatu tuntutan. Tanpa
bukti yang sah, sebarang tuntutan tidak akan dilayan. |
5 |
Sekiranya
terdapat kekeliruan atau perkara yang tidak disentuh di dalam
senarai syarat dan peraturan ini, pihak fototeacher.com berhak
membuat keputusan muktamad ke atas sebarang isu yang timbul. |