AKAN TERBIT - BUKU FOTOGRAFI

Buku panduan fotografi ini akan memuatkan banyak gambar-gambar contoh hasil rakaman penulis dan beberapa jurufoto tanahair yang lain. Selain dari memberi tunjuk ajar, buku ini juga diharap dapat memberikan motivasi kepada peminat fotografi untuk terus mendalami bidang ini.
Saya bersama PTS NetMedia sedang mengusahakan projek menerbitkan buku (bukan E-book) mengenai panduan fotografi lengkap dalam Bahasa Melayu. Buku ini didedikasikan khas untuk peminat fotografi di Malaysia - ianya ditulis oleh penulis Malaysia, dalam Bahasa Malaysia dan dihiasi dengan gambar-gambar yang dirakam di seluruh Malaysia. Diharap buku ini dapat menepati keperluan peminat fotografi di negara ini.
Buat masa ini, buku ini masih dalam peringkat penulisan dan dijangka akan berada di pasaran pada bulan April 2012.
Sempena pelancarannya nanti, saya akan memberikan tawaran istimewa kepada 100 pembeli pertama yang membeli buku ini secara online. Saya juga akan memberikan beberapa bab percuma dari buku ini (secara online) kepada anda sebelum buku ini diterbitkan. Untuk merebut peluang ini, sila isikan borang di sebelah kiri laman ini. |