Aksi Jurugambar Dengan Kamera ‘Medium Format Digital Back’
Kamera medium format ialah kamera yang mempunyai saiz sensor yang lebih besar dari saiz sensor kamera full frame 35mm. Kamera medium format mampu memberikan kualiti imej yang jauh lebih baik dari kamera format 35mm. Jenama PHASE ONE adalah di antara beberapa pengeluar digital back untuk kamera medium format.
Video ini memaparkan aksi jurugambar menggunakan digital back PHASE ONE P25 di lokasi luar dan di dalam studio.

