Titik Pandangan
Titik Pandangan
Oleh: Aminorazmi untuk fototeacher.com
Titik pandangan ialah kedudukan dari mana kita merakamkan gambar subjek. Ini adalah antara perkara penting dalam komposisi. Tetapi, tidak ramai diantara kita yang benar-benar mengambil kira sepenuhnya mengenai perkara ini.
Sebagai contoh, apabila kita mengambil gambar sesuatu subjek, kita harus tanya diri kita, berapa banyak kita perlu bergerak di sekitar subjek tersebut untuk mencari sudut yang paling baik ?
Kita perlu
1) Latarbelakang
Kita akan mendapat latarbelakang yang berbeza setiap kali kita merakam gambar dari titik pandangan yang berbeza seperti eye-level, low angle dan high angle.

Gambar dengan titik pandangan rendah

Gambar dengan titik pandangan tinggi
2) Kesan pencahayaan
Bila kita merakam gambar dari titik pandangan yang berbeza, kita juga akan dapat kesan pencahayaan yang berbeza. Dengan mengubah titik pandangan, kita akan dapat pelbagai kesan pencahayaan berbeza seperti side lighting, rim lighting, back lighting dan sebagainya.

Contoh gambar dengan kesan cahaya rim light

Contoh gambar dengan kesan cahaya rim light dan side light



tumpang tanya, apa beza rim lighting dan back lighting? rim lighting ni istilah yg saya baru jumpa dalam artikel ni tapi bila tengok, kesannya cam apa yg selama ni saya ingat back lighting. konpius.
Boleh terangkan sedikit tenang rim light,side light dan juga back light ni….
Memang agak mengelirukan – beza rim light dan back light. Azminorazmi akan terangkan dalam bentuk rajah dan gambar tidak lama lagi.
gambar low angle tuh berapa seting aperture,ISO dll.setakat yg saya tau ianya rendah dan xde flash.