November 17, 2008 Categorized under: Tips - 12 Comments

Tips Saya Untuk Jurugambar Yang Ingin Berniaga

Bukan senang nak berniaga. Lebih susah lagi bila nak buat keputusan dari kerja makan gaji, nak berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri. Keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan bisnes adalah salah satu keputusan yang paling besar yang mungkin anda lakukan dalam hidup anda.

Selalu orang tanya saya, apa tips yang saya boleh bagi untuk berjaya dalam perniagaan. Kalau ikutkan, memang banyak tips yang ada. Terlalu banyak. Lain orang, lain tips yang saya bagi.

Tapi, tips yang paling umum dan paling mudah bila anda dah mula berniaga ialah – NEVER QUIT.  Selagi anda tak berhenti atau tidak putus asa dari perniagaan anda, selagi itulah anda dikira belum ‘gagal’ dalam berniaga. Kegagalan adalah satu proses biasa dalam berniaga, tapi, teruskan berniaga walau anda sedang gagal kerana kegagalan itu cuma bersifat sementara. Anda dikira gagal berniaga bila anda tutup perniagaan dan sambung kerja makan gaji.

Saya mula berniaga secara sepenuh masa sejak dari tahun 2001. Sepanjang perniagaan saya, saya telah mengalami sekurang-kurangnya 3 kali kegagalan besar. Pokai teruk, mengalahkan orang menganggur. Tapi, setakat ini, saya belum pernah QUIT. Insyaallah, saya akan teruskan berniaga.

Sebagai manusia biasa, saya pernah putus asa. Saya rasa, kita dibolehkan untuk ‘putus asa’. Tetapi, putus asa secara sementara. Putus asa ibarat berehat, mencari kekuatan dan jalan baru. Bukan putus asa secara total dan merosakkan.

Kalau anda berniaga 2 tahun, tapi masih gagal, berniagalah lagi hingga 5 tahun. Kalau anda masih gagal, berniagalah lagi hingga 10 tahun. Makin lama anda berniaga, anda akan menjadi makin bijak dan makin berpengalaman. Makin banyak anda gagal, makan banyak anda belajar. Jika anda telah miliki pengalaman yang cukup, KEGAGALAN sudak tidak ada ruang dalam perniagaan anda.

Tapi, kuncinya, NEVER QUIT.

p/s: Bidang perniagaan bukan untuk semua orang. Ada orang yang tak minat berniaga. Bagi sesetengah orang, ada perkara lain yang lebih baik dari berniaga. Kerja makan gaji pun boleh jadi kaya raya. Jangan salah tafsir artikel saya. Tips saya ditujukan khas untuk orang yang ingin berniaga…

- Hasnuddin

Fotografi Perkahwinan – http://www.adan.biz

Kursus Fotografi – http://www.fototeacher.com
Album Gambar – http://www.impressivealbums.com

12 Responses to “Tips Saya Untuk Jurugambar Yang Ingin Berniaga”

  1. Rashidi says:

    Bila terbaca artikel ni teringat saya kepada pengarang buku Jutawan Senyap bernama Chef Li… :)

  2. shahkasahias says:

    Terimakasih atas tips nih.. saya setuju kerana family saya di kalangan orang² berniaga… walau x sehebat mana…

  3. rinz says:

    btul tu bro.. neverrr quit.. tp, bekalan dari segi financial pun penting juga, lebih2 lagi yg dah berkeluarga.. kalo tak.. haruuu…

  4. hasnuddin says:

    Terima kasih atas feedback dari anda. Saya amat menghargainya.

  5. MiziHamir says:

    sy pun br nk mulakan perniagaan..mmg tepat pd ms utk sy amik iktibar dan panduan..i will never quit..tq bro adan..

  6. mzaidi.com says:

    TQ saudara hasnuddin.. saya insyaAllah akan berhenti seketika dari makan gaji iaitu cuti tanpa gaji selama 3 tahun utk melanjutkan pelajaran… dalam masa cuti tanpa gaji ni saya tertekad memajukan perniagan saya walaupun secara kecil-kecilan biarlah ia berkekalan….

  7. bariqannur says:

    Terima kasih atas tips-tips yg diberikan. Insyallah,ianya sbg perangsang utk sy lebih bersemangat utk beniaga. Dgn berniaga lah sy sekarang full time menjadi fotographer. sanggup tinggalkan kerja makan gaji..dgn sokongan isteri dan rakan-rakan sy teruskn. Sifat smula jadi ‘putus asa’ sering menghantui tapi berkat drpd berniaga, sy tidak akan mengalah. sy berharap abg din dan rakan-rakan tidak loket ilmu utk bkongsi bersama utk memberi semangat terus berniaga.

  8. iYda Juhar says:

    hermm.betollah tuh.kalu nak diikotkan famili saye memang dikalangan yang berniaga even tak jutawan.tapi nape la tak jangkit kat saye.minat tu ade.saye biase nolong kawan niaga mase belaja dulu dan saye pon penah niaga mase di university dulu.tapi tak ada kekuatan utk mulakan.saye berharap sgt utk ade bisnes sendiri.even kecilan pon.
    yup.. NEVER QUIT.. !!
    InsyaAllah.
    Terima Kaseh saudara.

  9. Is Haans says:

    Ya….apa yg Hasnudin memang benar belaka kerana saya sedang mengalami process yg serupa…NEVER Give Up.

    Jatuh, harus bangun dan bangun terus.

  10. Han JB says:

    Nak mintak tlg……mcm mana nak buat pagelayout utk photos yg dah di tgkp. ( Storyboard)

    Berikan cth software yang boleh saya pakai. Utk pengatahuan saya krg mahir dgn Photoshop.

    Perlu bantuaan segera..,,,kwang….kwang….kwang……

  11. hasnuddin says:

    Untuk software buat layout album kahwin, sila ke- http://www.pxlsoft.com/ Lebih baik kalau buat pakai Photoshop. fototeacher pun ada anjurkan Kursus Photoshop kalau minat nak belajar.

  12. norlida says:

    nikon plg murah utk org yang baru baru bjinak dgn nikon ne mcm mne ek?

Leave a Reply