Tips Mencari Subjek Makro.
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Sebelum memulakan macro safari, saya akan memilih apakah subjek yang ingin saya buru. Ini akan membantu saya untuk meneliti kawasan habitat subjek tersebut dan gerak-laku tabiinya. Sebagai contoh, jika saya ingin mencari pepatung, saya akan ke kawasan kolam yang ada banyak rumput tinggi. Jika ingin mencari lebah, saya akan ke kawasan yang ada banyak bunga.
Waktu yang sesuai untuk mencari serangga atau labah-labah ialah di awal pagi atau petang. Ini kerana di kala hari masih sejuk, makhluk sebegini akan memburu di kawasan lapang dan memudahkan kita mencarinya. Kalau hari sudah panas, dia akan berteduh di bawah daun atau tempat yang redup. Tempat yang dilindungi oleh kanopi pokok besar biasanya turut menarik banyak serangga.
Cari kawasan yang tidak jauh dari sumber air. Di sini akan ada banyak serangga terbang seperti pepatung dan rama-rama. Labah-labah juga banyak kerana terdapat makanan yang mencukupi seperti nyamuk dan lalat. Pokok bunga juga menarik serangga penghisap nectar dan pemangsanya seperti mentadak. Rumpun yang berdaun adalah habitat bagi pebagai perayap seperti kumbang dan jumping spider.
Jika anda ke taman bunga, ada kemungkinan kawasan tersebut pernah disembur dengan racun serangga. Lakukan tinjauan untuk mengetahui jika tempat tersebut terlalu sukar untuk menjumpai subjek. Biasanya tanda yang kawasan tersebut “subur” ialah dengan adanya seranga penghisap nektar di bunga-bungaan dan tinggalan benang labah-labah di antara ranting pokok.
Kawasan ekosistem yang terpecil seperti taman bunga di tengah bandar kemungkinan tidak mempunyai banyak subjek. Ini kerana aktiviti fogging akan membunuh banyak serangga dan jaraknya yang jauh daripada ekosistem utama akan menyukarkan kemasukan populasi baru. Biasanya saya akan ke kawasan yang tidak jauh daripada hutan dengan harapan dapat menjumpai species yang baru.




Semua gambar adalah hakcipta Amir Ridhwan
Untuk mendapatkan artikel percuma dari kami, sila langgan newsletter fototeacher di – http://fototeacher.com/subscribe.htm (Artikel akan dihantar terus ke e-mel anda!)



good info…
perghh!! i just love macro pics..they r just… ermm.. cute and dunno la.. hehe..