Sweet Spot: Di Mana Letaknya Ketajaman Gambar
July 20th, 2009
Sweet Spot: Di Mana Letaknya Ketajaman Gambar
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Sweet spot adalah julat di mana imej adalah paling tajam. Terdapat 3 jenis sweet spot:
1. Aperture yang memberikan imej paling tajam.
2. Focal length (pada zoom).
3. Zon tajam dalam frame.
Jika anda mengambil foto dengan ketiga-tiga faktor di atas berada dalam zon sweet spot, peluang untuk menghasilkan gambar yang tajam adalah lebih cerah. Mungkin anda pernah tertanya-tanya kenapa ada perbezaan dari segi ketajaman di antara foto yang diambil menggunakan peralatan yang sama. Mungkin ini adalah sebabnya.
Sweet spot untuk aperture banyak bergantung kepada rekabentuk sesuatu lensa. Namun, secara umumnya ia terletak 2 stop daripada bukaan aperture terbesar dan terkecil. Contohnya jika lensa anda mempunyai julat aperture f/2.8-f/32, kemungkinan besar sweet spot berada antara f/5.6 dan f/16. Anda boleh membuat eksperimen sendiri untuk mengetahui julat sweet spot aperture bagi setiap lensa anda dengan mengambil foto contoh pada aperture yang berbeza kemudian membandingkan hasilnya. Pastikan faktor lain dikawal rapi dan hanya mengubah aperture dan shutter speed (tanpa gegaran) sambil mengekalkan nilai dedahan pada tahap yang sama. Subjek yang ideal untuk eksperimen ini ialah struktur yang mempunyai tekstur rapi agar perbezaan dapat dilihat lebih jelas.
Untuk zoom pula, sweet spot biasanya berada di zon tengah hingga ke hujung tele. Kebiasaannya zoom menghasilkan imej yang lembut pada hujung wide dan semakin tajam ke arah tele. Contohnya bagi lensa 70-200mm, foto akan lebih tajam pada 200mm berbanding 70mm.
Ada kalanya kita melihat hasil foto yang mana bahagian berdekatan tepi gambar agak lembut (Soft). Ini kerana frame imej tersebut adalah lebih luas daripada zon tajam. Fenomena ini biasanya dilihat pada kamera bersensor besar seperti full frame dan medium format. Kamera dengan sensor yang kecil jarang menampakkan kesan ini kerana sensor hanya meliputi bahagian tengah image circle yang terletak dalam zon tajam.
Jika ketajaman adalah sesuatu yang penting untuk anda, teknik mengawal sweet spot boleh membantu anda tanpa memerlukan peralatan tambahan. Tetapi tidak semua jenis foto yang perlu begitu mengambil kira mengenai sweet spot. Contohnya jurufoto pemandangan biasa menggunakan focal length paling wide dan aperture yang paling sempit. Ini kerana bagi foto sebegini, depth of field yang sesuai adalah lebih penting daripada ketajaman.
Jika anda ada lain-lain tips atau pendapat mengenai sweet spot, sila tuliskan di ruangan komen di bawah. Terima kasih.
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Hakcipta terpelihara FOTOTEACHER.COM 2009. Dilarang mengeluarkan semula mana-mana bahagian di dalam artikel ini tanpa kebenaran bertulis dari pihak FOTOTEACHER.COM
Untuk membaca artikel lain berkaitan lensa, SILA KLIK DI SINI
Pelajari asas teknikal fotografi dengan lebih terperinci di FOTOTEACHER.COM. Sertai Kursus Asas Fotografi Digital. Untuk maklumat lanjut, SILA KLIK DI SINI.
FOTOTEACHER.COM
Photography Learning Centre,
C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel: 03-91017155 Fax: 03-91015116
E-mail: fototeacher@gmail.com
Website: http://www.fototeacher.com






ada tak cth2 gambar..?
Comment by Man — 21/07/2009 @ 12:31 am
Owhh itu maknenye nikon (king brand yang diagung2kan oleh kebanyak photograper) x berguna eik? Mujurla i x beli nikon. ye la klu ada nikon pun x ade skill x guna jugak ye…
Comment by Meena — 21/07/2009 @ 3:06 am
bukan nikon je la..pakai la kemera ape pun..yang penting skill tp ayat ko ni cik meena merbahaya laa..tak baik la cakap camtu. saya penguna nikon tp x penah pun nak kate kamera lain x berguna..fikir2kan laa..
kepada En. Din, saya suka semua gambar yang En. Din ambil dgn kamera compak Canon G1 tu..mmg penuh dgn kesenian..syabas.1 hari nnt saya mesti jd mcm En. Din.Doakan kejayaan saya..tq
Comment by zenn — 21/07/2009 @ 1:53 pm
Jangan gaduh2 lagi. Gaduh sikit2 takpe
Comment by hasnuddin — 21/07/2009 @ 5:18 pm
Lens Leica mempunyai sweet spot yang merangkumi hampir keseluruhan nilai aperture. Tu pasal dia mahal walaupun dari segi features lain nampak macam tah apa2.
Cuba2 la ambik gambar dgn lens sendiri guna aperture paling luas dan lihat sweet spot tu timbul bila aperture dikecilkan sedikit demi sedikit.
Comment by Amir Ridhwan — 22/07/2009 @ 12:59 pm
wauuu… satu penerangan yang baik.. terime kasih…
Comment by ajim — 22/10/2009 @ 10:14 am