July 11, 2008 Categorized under: Tips - No Comment

Perbezaan Back Light & Rim Light

Perbezaan Back Light & Rim Light
Oleh Aminorazmi untuk fototeacher.com

Konsep pergerakan cahaya adalah lurus. Ini bermakna cahaya bergerak dalam ruang secara lurus

Back Lighting

Back Lighting bermaksud apabila sumber cahaya ialah dari belakang subjek/belakang sisi subjek dan menghala ke arah kamera/jurukamera, dan sekiranya cahaya tersebut terlepas boleh menerjah masuk ke dalam lensa. Apabila terdapat unsur keadaan sekeliling seperti kabus, asap, atau debu, back lighting ini mampu menimbulkan kesan cahaya yang dramatic.

Rim Lighting

Bila cahaya datang daripada sudut tertentu (terutamanya dari belakang/backlight), ia akan mencetuskan highlight nipis (outline) pada bahagian tepi sekeliling tanpa jatuh ke permukaan hadapan subjek.

Side Lighting

Side lighting bermaksud cahaya datang daripada bahagian tepi subjek yang berhadapan dengan jurukamera. Kebiasaannya side lighting akan memberikan kita imej yang mempunyai kontras yang ketara, boleh juga menghasilkan kesan bayang subjek yang panjang.

Di satu topik lain kita boleh membincangkan dengan lebih lanjut sumber cahaya yang boleh dimanipulasikan menjadi back lighting, rim lighting dan side lighting.
Peringatan: Sekiranya cahaya daripada back lighting tadi melepasi subjek dan menerjah memasuki lensa, maka akan terhasil kesan flare. Kesan flare ini adakalanya mencantikkan lagi imej, namun selalunya boleh menjejaskan imej.

_dsc0220_sketch.jpg

_dsc0306-copy.jpg

sketch_backlighting.jpg

side-lighting.jpg

Oleh Aminorazmi untuk fototeacher.com

No Responses to “Perbezaan Back Light & Rim Light”

  1. Hafidz says:

    Tq bro… info yg berguna…
    p/s: bleh tak upload gambar BPF 28-29 jun hari tu…

  2. atim says:

    salam…terlebih dahulu terimakasih pd saudara aminorazmi kerana berkongsi tips dan juga kpd bro hasnuddin kerana menyediakan fototeacher utk membantu photog amatur spt sy..terimakasih

    disini sy ingin bertanya..
    1) setelah dpt mngenalpasti sumber2 cahaya spt backlignt/sidelight…(refer pd gmba no.2)..bagaimanakah
    saudara metering exposure agar tidak terjadi siloutte pd wajah pengiring pengantin (yg memegang lilin)

    2) adakah penggunaan direct flash perlu utk mndapat gambar sperti gmba no.1 (penyanyi) dan no.2(pengantin) itu?

    Terima kasih

Leave a Reply