January 12, 2009 Categorized under: Tips - No Comment

Penjagaan Peralatan

Penjagaan Peralatan
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Ketika saya mengambil gambar di satu majlis kecil di pejabat, tiba-tiba flash saya tidak menyala. Memang panik sekejap kerana ini tidak pernah lagi berlaku kepada saya sebelum ini. Setelah beberapa frame yang saya lepaskan akhirnya flash tersebut menyala juga tapi tidak konsisten. Saya telah periksa semua setting seperti shutter release priority namun masalah sama masih berulang. Memandangkan saya akan pergi bercuti, saya agak keberatan untuk menghantarnya ke pusat servis takut tak sempat siap.

Setelah berfikir sejenak, saya rasa mungkin puncanya ialah lekapan (contact) antara flash dan hotshoe yang mungkin tidak bersih. Maklum lah selama ini sudah bertahun-tahun saya menggunakannya tanpa peduli untuk mencuci bahagian yang melibatkan contact. Lagipun saya lebih banyak mengambil gambar di kawasan hutan yang mana sistem kamera saya banyak terdedah kepada debu dan kotoran.

Apa yang saya lakukan ialah menyental logam contact pada hotshoe kamera (tempat bubuh flash) menggunakan getah pemadam. Ini adalah kaedah paling mudah untuk mencuci contact point untuk kebanyakan alat elektronik malah digunakan juga untuk menyelenggara mesin elektronik yang kompleks. Setelah daki pada hotshoe dibuang, gunakan mengepam angin untuk membuang sisa getah pemadam atau lap dengan kain yang biasa digunakan untuk mengelap lensa. Apa yang bagus tentang kain sebegini ialah ia tidak meninggalkan sisa benang pada permukaan yang dilap.

Kaedah penjagaan umum yang lain termasuklah menyimpan sistem kamera anda dalam drybox. Walaupun drybox agak mahal namun kelebihannya ialah ia boleh mengawal kadar kelembapan di dalam drybox. Ini penting kerana kelembapan yang tinggi menggalakkan pertumbuhan fungus manakala coating pada lens boleh merekah jika kelembapan terlalu rendah. Jika anda tidak mampu, gunakan tong plastik kedap udara yang diisi dengan silikon penyerap air. Buka tudung tong tersebut setiap 2-3 minggu untuk pastikan udara di dalamnya tidak terlalu kering.

8a.jpg
Drybox jenama AIPO yang boleh didapati di Malaysia.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa penjagaan peralatan adalah perkara yang leceh. Anda perlu melabur sedikit masa dan wang untuk memastikan peralatan fotografi anda yang bernilai ribuan ringgit selamat daripada dimakan fungus. Apa yang lebih penting ialah kamera anda sentiasa dalam keadaan elok dan bukannya meragam tiba-tiba di waktu kritikal.

Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

No Responses to “Penjagaan Peralatan”

  1. kr says:

    Silikon penyerap air tu mcm mana ye?

Leave a Reply