June 20, 2009 Categorized under: Tips - No Comment

Komposisi Gambar

croppingtips

Komposisi Gambar
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Jurugambar perkahwinan bertanggungjawab untuk hasilkan gambar perkahwinan yang cantik, walaupun pada hakikatnya, majlis perkahwinan yang kita rakam itu tidak berapa cantik. Dengan kemahiran komposisi, kita boleh jadikan sesuatu subjek itu lebih menarik.

Lihat pada gambar A.
Gambar A menunjukkan keadaan sebenar pelamin yang dipasang di hadapan rumah pengantin. Tembok dan meja kosong di sebelah kiri gambar tersebut tidak perlu berada di dalam gambar kita. Begitu juga dengan kipas angin yang terletak di sebelah kanan gambar. Jadi, keluarkan objek-objek yang tidak dikehendaki tersebut dari komposisi gambar kita.

Lihat pada gambar B
Beri perhatian kepada subjek yang lebih cantik dan menarik. Dengan komposisi yang padat ini, subjek penting akan lebih menyerlah di dalam gambar. Tanpa gangguan dari objek lain yang tidak penting, gambar ini telah jadi lebih cantik, kemas dan menarik.

Walaupun gambar B lebih menarik, anda perlu juga merakam gambar seperti gambar A yang menunjukkan keseluruhan pemandangan pelamin. Ini kerana, kadangkala, pelanggan ingin lihat gambar keseluruhan pelamin. Anda perlu cadangkan supaya pelanggan pilih gambar B. Namun begitu, pelanggan berhak memilih gambar mana yang beliau suka.

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

HAKCIPTA TERPELIHARA FOTOTEACHER.COM! DILARANG MENGGUNAKAN SEMULA ARTIKEL INI TANPA KEBENARAN BERTULIS DARI FOTOTEACHER.COM

SERTAI GROUP FOTOTEACHER.COM DALAM FACEBOOK!

Leave a Reply