Kit Lens Sahaja
Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Lensa yang biasanya dijual bersama dengan DSLR kelas rendah digelar kit lens. Secara umum, kit lens adalah lensa yang bernilai rendah, mempunyai aperture maksima yang agak kecil dan kualiti optiknya di bawah par. Ada sesetengah jenama kamera memberikan kit lens yang agak canggih seperti Zuiko 12-60mm SWD dan Nikkor AF-S 18-85mm VR namun kebanyakan kit lens tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan kurang nilai terpakainya.
Ini tidak bermakna anda harus mengeluh dengan kit lens kerana ia tetap mempunyai beberapa kelebihan lain. Kit lens adalah lens yang ringan dan mempunyai julat zoom yang sesuai untuk kebanyakan aplikasi. Jika digunakan dengan berkesan, kit lens berupaya menghasilkan gambar yang menakjubkan. Mungkin dari segi kualiti imej ia kurang memberangsangkan namun disebabkan ia ringan dan mudah digunakan, anda mungkin lebih senang merakam gambar aksi tanpa memerlukan bantuan tripod. Ingat, lensa yang laju (Fast lens, high performance lens) bukan sahaja lebih mahal tetapi juga lebih berat.
Selain lensa makro, saya paling kerap menggunakan kit lens sahaja. Ketika saya merakam gambar perhimpunan HINDRAF tahun lalu, ketiga-tiga gambar saya yang disiarkan di Reuters Youwitness diambil menggunakan kit lens. Dengan lensa yang ringan, saya tidak mempunyai banyak masalah untuk bergerak dalam keadaan kacau-bilau tersebut berbanding jika saya menggunakan lensa yang berat.

Dalam merakam aksi sukan juga, saya lebih gemar menggunakan kit lens. Ini kerana saya tidak perlu bergantung kepada tripod untuk menampung lensa yang berat. Kebebasan ini memberikan saya lebih ruang untuk mendapatkan moment yang tepat dan dari sudut yang dikehendaki.

Jika anda hanya mempunyai kit lens sahaja, tidak perlu untuk tergesa-gesa membeli lensa baru hanya kerana segan dengan jurugambar lain. Melainkan anda perlu lensa kegunaan khas seperti lensa makro atau super telephoto, penggunaan kit lens adalah memadai untuk kebanyakan situasi.
Kedua-dua gambar di atas dirakam menggunakan Zuiko Digital 40-150mm f3.5-4.5 yang merupakan kit lens kepada Olympus E500.
Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Disunting oleh Hasnuddin
sy juga menggunakan kit lens sahaja.. untuk semua shoot, wedding, event, portrait, macro dan lain-lain.. kit lens adalah lens yg bagus.. tapi kalo ada bajet di lain hari, akan menyambar juga perfomance lens..
thanks bro
Utk mendapat gamba candid di event wedding cthnya,penggunaa kit lense mungkin kurang sesuai..kerana jarak zoom yg agk terhad menyebabkan subjek akn menyedari kehadiran kita dan candid moment tidak dpt lagi diperolehi…adakah situasi ini berlaku??…tetapi utk lain2 keadaan kit lens adlh baik..adakah situasi ini berlaku??
btol..kit lens mmg sudah memadai utk semua situasi..performance lens hanya utk merakam aksi pantas dalam jarak yg jauh seperti perlumbaan formula 1..
Pada pandangan saya, kit len perlu tapi kalau ada len50mm dan telefoto 75-300 lagi bagus kerana harganya murah dan gambar yg bagus.Harga canon 50mmf1.8 & 75-300 ii usm yg saya beli kat j-one amcorp mall berharga rm295 & rm750.