July 14, 2007 Categorized under: Tips - No Comment

JANGAN LUPA…

Dulu, saya pernah tertinggal charger dan bateri di sebuah restoran tempat saya shooting. Saya tengah cas bateri kat satu ceruk restoran tu, tapi bila nak balik, saya terlupa nak bawak balik charger dan bateri tu. Jadi satu hal pulak, kena pergi semula ke tempat tu dan ambik barang yang tertinggal… buang masa… nasib baik tak ada shooting urgent selepas tu.

So, mulai dari hari tu, saya dapat satu cara untuk memastikan tak ada barang yang tertinggal. Untuk mengingatkan saya pada sesuatu perkara, saya akan tulis nota pada masking tape dan tampal pada beg kamera. Dengan cara ini, pasti tak lupa. Bila saya nak angkat beg kamera tu, saya mesti akan ternampak nota yang tertulis. Contoh peringatan yang anda boleh tulis:

1) 2 unit bateri sedang dicas (jangan lupa bawa balik charger dan bateri)
2) Beli bateri alkaline AA 8 unit (on the way nanti, singgah beli kat 7 eleven)
3) CF card belum format (tak sempat nak format)
4) Bawak peta dan alamat untuk ke tempat shooting (map tu ada kat fax machine)
5) Bagi call card kepada Mr. X sebelum balik (mamat tu beria-ria kata nak bagi job…)
- Kat atas ni contoh aje, tulislah ayat yang ringkas asal anda faham…

Kadang-kadang, memang kita rasa kita boleh ingat, tapi kita tak tau, bila ada sesuatu berlaku dan kita kelam kabut, kita biasanya akan terlupa. Jadi, tulis, jangan tak tulis!

Hasnuddin
cambattcharging1.jpg
Saya akan tulis reminder pada masking tape dan tampal pada beg kamera – gerenti tak lupa

No Responses to “JANGAN LUPA…”

Leave a Reply