August 4, 2008 Categorized under: Tips - 4 Comments

Fotografi Labah-labah

Fotografi Labah-labah
Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Antara hobi yang saya minati ialah mengambil gambar makro, terutamanya yang berkaitan dengan alam sekitar. Setelah memiliki DSLR, saya lebih menjurus pada menghasilkan gambar makro dan sejak 2 tahun lepas saya mula menjuruskan fokus saya pada gambar labah-labah. Ada beberapa tips yang saya ingin kongsikan jika anda ingin merakam aksi haiwan sebegini.

Semua labah-labah menghasilkan benang sutera. Walaupun ada yang tidak mengait sawang, anda boleh mengesan mereka dengan meneliti benang sutera yang ditinggalkan ketika labah-labah tersebut melompat ke sana-sini.

Apabila anda nampak seekor labah-labah, hampiri ia dengan perlahan. Sesetengah jenis mempunyai penglihatan yang tajam dan akan segera lari jika ia mengesan bahaya.

Beberapa jenis labah-labah sangat cekap bersembunyi. Jenis seperti ini mempunyai corak dan warna seakan-akan latar belakangnya. Anda harus meneliti dari beberapa sudut sambil bergerak untuk mengesannya melalui perubahan sudut bayang-bayang.

2a.jpg

Antara cara paling senang mengesannya ialah dengan mencari sawangnya. Biasanya sawang mudah dicari di kawasan pokok renek dan berumput. Ada juga yang lebih gemar bersawang di siling bangunan, terutamanya jenis yang berkaki panjang.

Kebanyakan labah-labah suka pada tempat yang dekat dengan sumber air. Ini kerana antara makanan utamanya ialah serangga terbang yang mudah didapati di habitat berair.

Hormati labah-labah tersebut dengan mengelakkan diri anda daripada mengganggunya. Apabila haiwan tersebut dalam keadaan tertekan akibat ancaman (seperti kehadiran jurugambar), akan menjadi sukar untuk kita merakam aksi yang natural. Pastikan kehadiran anda tidak disedari olehnya.

2b.jpg

Gambar nature yang cantik ialah yang menunjukkan kisah sebenar. Jika anda mengalihkan labah-labah tersebut ke habitat lain untuk tujuan penggambaran, background baru ini akan memberi unsur palsu pada gambar anda. Contohnya, gambar seekor labah-labah jenis sawang tetapi merangkak atas batu akan kelihatan pelik. Ini fake.

Dengan 7 tips ini, saya harap anda dapat mencari dan merakam aksi labah-labah di taman berdekatan dengan anda.

Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Disunting oleh Hasnuddin

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI fototeacher.com! Anda akan diberitahu secara otomatik melalui e-mel sekiranya ada sebarang artikel baru, promosi, program baru, berita terkini dan sebagainya. Untuk melanggan newsletter percuma ini, sila ke – http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

 

4 Responses to “Fotografi Labah-labah”

  1. shikin says:

    salam,bila boleh adakan kursus asas photography?? saya amat berminat untuk menjadi seorang photographer tetapi tidak tahu untuk menggunakan manual.

  2. nadianatasha says:

    salam…sy sgt suke sume yg berkaitan dgn photography…tp x taw nak blaja teknik2 asas 2 kt ne..

  3. ain syuhada says:

    labah-labah makan ape?? dan labah-labah ni minum air ke???

  4. ain syuhada says:

    harap dpt dibalas

Leave a Reply