Wayar berserabut, otak berserabut
Bila guna kamera digital ni, kita banyak menggunakan equipment yang berwayar – wayar charger bateri kamera, wayar charger bateri rechargeable AA, wayar USB, wayar video output dan sebagainya. Kalau wayar ni tak diuruskan dengan betul, kadang2 tu berserabut kepala kita nak meleraikan wayar yang berserabut tu. Kerja pun boleh jadi lambat.

Ni baru satu wayar. Bayangkan kalau ada 2-3 wayar lain yang bergumpal sekali…
Untuk memastikan equipment berwayar ni semua sentiasa kemas dalam beg kamera saya, saya gunakan velcro strap untuk ikat wayar-wayar ni. Velcro wire strap ni boleh dibeli di ACE HARDWARE. Saya beli ni di ACE HARDWARE Midvalley Megamall.

Velcro wire strap
Bila dah ikat wayar ni elok2 dengan velcro wire strap ni, nampak hensem la sikit… Saya jenis tak boleh tengok barang bersepah dan berserabut. Saya suka semuanya dalam keadaan yang kemas. Disiplin macam ni rasanya penting untuk bekerja dengan lebih efisyen dan lebih profesional.

Nampak lebih kemas?
Apa pendapat anda?
p/s: Semua gambar di atas dirakam menggunakan spot light 20Watt (IKEA) dengan lens Nikkor 50mm f/1.4
Hasnuddin


bagus idea tu sangat bertepatan kelihatan kemas dan permudah atur kerja
esok kene pie carik ar mende alah ini… hehe
terima kasih kerana memberi panduan tentang penyimpanan wayar wayar bagi kamera dan boleh juga digunakan untuk peralatan video.
Memang betul…kalau nak maju dan kerja smart…barang2 pun kena smart, jaga baik2. Salam untuk semua…Aku baru nak belajar2 guna camera digital.
Black…
In few years we will see a result…
good site arghto