Autofokus Makro
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Boleh kata kesemua gambar makro saya diambil menggunakan auto focus. Namun ada beberapa jurugambar yang lebih cenderung kepada penggunaan manual focus, mungkin kerana masalah “lens hunting.” Masalah bila menggunakan manual focus ialah kita perlukan cahaya yang secukupnya untuk membuat pertimbangan yang tepat dan perlu menggunakan dua tangan. Ada juga yang lock focus pada nisbah pembesaran yang tertentu dan merapatkan kamera perlahan-lahan ke arah subjek.
Bagi lens yang mempunyai focus limiter seperti Sigma EX 70mm f2.8, masalah hunting dapat dikurangkan. Ini kerana lensa sebegini memberi had fokus misalan antara 1:1 ke 1:5 atau 1:5 ke infinity. Masalah juga timbul bila titik AF tidak dapat dikenal pasti oleh kamera, oleh itu lebih mudah menggunakan cuma 1 titik AF. Biasanya saya cuma menggunakan titik AF tengah yang mempunyai cross sensor paling peka.
Becakap tentang sensor AF, ada 2 jenis: 1-dimensi (vertikal atau horizontal) dan cross (gabungan vertikal dan horizontal). Cross sensor adalah yang paling peka dan biasanya cuma ada satu dalam kebanyakan model peringkat bawahan. Lebih peka ialah twin cross sensor yang mana ada 2 cross sensor untuk satu titik AF. Kamera seperti ini boleh membaca autofocus dalam cahaya malap hingga ke tahap -2EV.
Oleh kerana sifat titik AF lebih peka apabila ditujukan pada garis vertikal atau horizontal, maka lebih mudah jika titik tersebut ditalakan pada permukaan yang ada kontras texture. Ini akan memberi autofocus yang lebih laju dan tepat serta kurang risiko hunting. Penggunaan aperture yang luas juga turut membantu untuk mendapatkan cahaya yang lebih. Di sini penggunaan lens fly-by-wire (tanpa bergantung sepenuhnya pada aperture ring) akan memberikan kelebihan.
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Untuk mendapatkan artikel percuma dari kami, sila langgan newsletter fototeacher di – http://fototeacher.com/subscribe.htm (Artikel akan dihantar terus ke e-mel anda!)

