Aperture Terbaik Untuk Makro
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Ketika dalam satu aktiviti perkhemahan fotografi tidak lama dahulu, saya dijemput untuk memberikan taklimat tentang fotografi makro. Kerana agak sibuk pada minggu sebelumnya, saya tidak membuat persiapan yang lengkap untuk taklimat tersebut dan hasilnya ialah penyampaian saya kurang baik. Ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan, tetapi terlepas dan antaranya ialah berkenaan aperture dalam makro.
Ini adalah antara soalan yang paling kerap saya terima. Bagi jurugambar amatur yang baru menceburkan diri dalam makro, mungkin ini adalah persoalan yang paling mengelirukan kerana terdapat banyak jawapan yang berbeza-beza. Mungkin juga kerana sukar untuk mengambil makro menggunakan mode selain Manual, maka jurugambar yang tidak biasa menjadi agak keliru.
Apa yang perlu kita teliti ialah depth of field (DoF) yang kita inginkan. Perkara ini subjektif kerana ia bergantung kepada bentuk subjek dan fokus yang kita ingin tekankan pada gambar. Untuk mengambil gambar belalang kunyit dari arah depan pada makro 1:1 memang takkan dapat DoF yang merangkumi seluruh tubuh belalang, oleh itu lebih sesuai untuk fokus hanya pada bahagian badannya yang tertentu sahaja.
DoF secara umumnya dipengaruhi oleh 3 faktor:
1. Keluasan aperture.
2. Saiz sensor.
3. Jarak fokus.
Oleh kerana biasanya kita bertanya apakah aperture yang sesuai, jawaban tersebut bergantung kepada saiz sensor yang anda pakai dan apa julat DoF yang anda inginkan. DoF sensor APS-C adalah kira-kira 1 stop lebih luas berbanding full frame. Sensor Four-Thirds mempunyai DoF 2 stop lebih luas daripada full frame. Oleh itu, kamera Olympus E500 saya pada f/16 mempunyai DoF sama dengan kamera Nikon D3 pada f/32.
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Untuk mendapatkan artikel percuma dari kami, sila langgan newsletter fototeacher di – http://fototeacher.com/subscribe.htm (Artikel akan dihantar terus ke e-mel anda!)



Salam kenal, saya punya hobby fotografi walaupun hanya baru punya handycam sederhana, mungkin pixelnya masih di bawah 1 Mega. Tapi sudah banyak foto yang saya buat.
Saya berterimakasih telah mendapat pengetahuan dari fototeacher.com. Berkarya terus, dan bagilah ilmu anda kepada saya yang masih harus banyak belajar.
Sukses untuk anda sebagai admin blog ini.
Semoga sehat selalu, baik anda maupun keluarga dan teman-teman.
Sekali lagi, salam dari saya,
smskalit
Terima kasih saudara Sopar Maruli di atas doa yang dipanjatkan.