April 22, 2007 Categorized under: Tips - No Comment

Bounce Card Oleh Pakcik Mat Salleh

Untuk jadikan cahaya flash lebih soft, biasanya kita akan bounce cahaya flash tu. Tapi, adakalanya, muka subjek akan jadi agak flat (tak ada kontras dengan background).

Jadi, bermacam-macam jenis gadget dikeluarkan oleh berbagai manufacturer seperti Lumiquest, Gary Fong, DDF dan Sto-Fen untuk mengatasi masalah ini. Gadget ini berharga dalam lingkungan RM 100 ke atas. Saya tak recommend, tapi, anda boleh cuba produk di atas – mungkin sesuai untuk anda…

Saya ada mencuba 2 dari produk di atas (saya tak mahu sebut jenis apa), tapi tak memuaskan hati saya sebab ada beberapa kelemahan. Saya perlukan produk yang fleksibel dan boleh dikendalikan dengan cepat. Jadi, saya berbalik kepada alat asal yang biasa saya gunakan – bounce card yang saya buat sendiri. (Saya akan tunjukkan bounce card saya pada posting akan datang)

Baru-baru ini, saya terjumpa satu laman web yang mengajar anda untuk buat bounce card sendiri. Ianya simple, murah dan yang penting – BERKESAN!

Sila lihat di sini – A Better Bounce Card


Ni pakcik yang tunjuk demo macamana nak buat bounce card sendiri…

Hasnuddin

No Responses to “Bounce Card Oleh Pakcik Mat Salleh”

  1. Ijam says:

    Waaah… blh dpt free tips kat sini. Betul tu bang, baik kite buat sendiri. Nk beli agak mahal tp tak effective sgt, baik buat je sendiri.

    Saya pn buat je pkai kad putih…settle…Hidup D.I.Y!

    Yg ada duit lebih tu lain la…hehe..

  2. rusdi says:

    betul tu..dah try pun..tapi bila nak bawa merata..renyuk dibuatnya..bila semua orang pakai..jadi biasa nanti..sementara tu mesti org kata tak de stail la…ada duit ada stail n ada stail ada duit..itu persepsi orang kita..nak buat macam mana dong…

  3. ija says:

    yap ija setuju… sebabnya tak cukup duit.. penatlah dunia photoghraphy ni.. semuanya mahal….. dah minat apa nak buat . co cara terbaik.. buat macam mana cikgu ajar laa.. alhamdulillah berkesan.. seronok

    thank u En. Hasnuddin 4 all the tips u have given to us in class.

  4. hanif says:

    aku pun dah try dfd diffuser tu yang dijual dengan harga RM180 tu tapi tak sama dgn pak cik mat saleh ni rasa lebih syok pakai yang kos murah ni ikat aje dengan tiub motosikal yg di gunting habis cerita .gerenti tak de bayang punya !!

  5. Parchie says:

    hahaha…macam2..tapi aku baru nak cuba macamana rasa….hehehe

Leave a Reply