TANYA HASNUDDIN
SOALAN:
Saya berminat untuk tahu, selalunya bagi seorang wedding photographer untuk setiap sesi shooting berapa banyakkah selalunya gambar akhir yg akan dihantar kepada client? Bagaimana pula dgn saiz gambar tersebut?
Terima kasih.
Syakir Zainol
http://www.flickr.com/syakirzainol
JAWAPAN:
Berapa banyak gambar dan saiz apa yang perlu diberi kepada pelanggan bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh jurugambar. Namun, antara pakej (jumlah dan saiz gambar) yang boleh ditawarkan ialah:
- 1 album storyboard 20 mukasurat yang mengandungi sekitar 80 keping gambar. Kesemua imej dalam format JPEG diberikan kepada pelanggan dalam CD/DVD
- 1 album poket yang mengandungi 300 keping gambar bersaiz 4R. Kesemua imej dalam format JPEG diberikan kepada pelanggan dalam CD/DVD
Anda boleh tentukan sendiri berapa banyak gambar dan saiz apa yang ingin anda berikan kepada pelanggan. Ini bergantung kepada harga yang ditawarkan. Pastikan pakej anda menarik (bergantung kepada jenis pelanggan) dan harga yang ditawarkan adalah berpatutan.
- Hasnuddin
Sekiranya anda ada soalan yang ingin anda tanya, sila ke ruangan TANYA HASNUDDIN di – http://fototeacher.com/blog/?page_id=4

