TANYA HASNUDDIN – TIPS MERAKAM GAMBAR EVENT
SOALAN:
“Saya selalu ditugaskan merakam gambar event oleh jabatan tempat saya bertugas. Masalah saya ialah saya sukar mendapatkan angle yang menarik untuk menggambarkan event tersebut. Harap saudara Hasnuddin boleh berikan tips untuk merakam gambar event.”
- Mohd. Firdaus
Mohd. Firdaus,
Untuk mendapatkan rakaman gambar event yang baik, terlebih dahulu, anda mesti berfikir dan melihat event tersebut dari sudut pandangan penganjur acara. Bayangkan diri anda sebagai penganjur yang telah mengeluarkan sejumlah wang dan masa bagi menjayakan event tersebut. Gambar yang bagaimanakah yang ingin anda lihat? Apa yang penting untuk dirakam pada sesuatu event ialah:
- Perkara material yang berharga seperti gambar dekorasi meja, gambar hiasan pentas, pintu gerbang, goodie bags, backdrop dan sebagainya. Ini kerana, penganjur telah mengeluarkan sejumlah wang untuk perkara-perkara ini dan mereka ingin melihat gambarnya sebagai rekod.
- Rakam semua gambar tetamu penting, lebih-lebih lagi gambar VIP yang hadir. Bukan mudah untuk dapatkan kehadiran VIP. Kehadiran mereka amat bermakna kepada penganjur.
- Rakam semua upacara penting seperti ucapan VIP, majlis perasmian, gimmick pembukaan, persembahan dan sebagainya.

Gambar dekorasi juga penting sebagai pelengkap rakaman gambar sesuatu acara
Dari segi teknik, untuk merakam gambar event, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:
- Untuk gambar event, biasanya, kreativiti bukanlah perkara paling utama. Apa yang penting, gambar mestilah tajam, cukup terang dan semuanya perlu straight forward. Ini kerana, gambar event biasanya dijadikan sebagai rekod sebagai rujukan pada masa depan.
- Pastikan anda mendapatkan ekspresi wajah yang baik. Elakkan merakam gambar orang yang tertutup mata, mulut ternganga dan sebagainya. Rakam wajah orang lain sebagaimana anda ingin orang lain rakam wajah anda.
- Tunjukkan suasana dengan background yang bersesuaian. Sebaiknya rakamlah gambar orang dengan background yang boleh menceritakan event tersebut. Contohnya, rakam gambar orang dengan latarbelakang pentas utama, ini lebih baik dari merakam gambar orang dengan background dinding kosong.
- Gunakan komposisi dan sudut yang betul. ‘Buang’ perkara yang tidak membantu menceritakan event tersebut. Contohnya, dalam gambar anda, tidak perlu ada gambar kerusi kosong di belakang VIP. Juga ‘masukkan’ perkara yang boleh membantu menceritakan mengenai event. Contohnya, dapatkan gambar backdrop atau banner event tersebut sebagai latarbelakang.

Salah satu teknik untuk merakam gambar event yang baik ialah dengan meminta tetamu VIP bergambar sambil memandang kamera. Ini bagi mendapatkan gambar formal dengan ekspresi wajah yang baik.

Apabila merakam gambar secara kandid, pastikan semua wajah subjek utama anda dalam posisi dimana muka mereka boleh dilihat dengan jelas. Ekspresi wajah subjek utama dalam gambar juga mestilah dalam keadaan yang baik.
Untuk mendapatkan gambar event yang baik, anda juga perlu memahami dan menguasai kemahiran komposisi, teori rule of third, cropping, angle, looking room, head room, mood dan sebagainya. Dengan latihan dan usaha yang bersungguh-sungguh, saya yakin gambar anda akan lebih baik lagi dalam sedikit masa.
Hasnuddin
P.S. – fototeacher akan menganjurkan kursus lanjutan fotografi tidak lama lagi yang akan menekankan aspek artistik dan pelbagai teknik fotografi secara praktikal. Untuk diberitahu mengenai kursus ini sebaik dilancarkan, sila langgan newsletter dari fototeacher.com di http://www.fototeacher.com/subscribe.htm


very inspiring tips. usually i always go blur when shooting events and now i got a few directions to rely on.
terima kasih atas tips yang saudara hasanuddin berikan. saya kini lebih yakin untuk mengambil gambar event.
terima kasih krn memberi tips yg berguna ini…
satu tips fotografi event yang amat berguna. terima kasih hasanuddin
Taking your advice into account, I hope I’ll manage not only taking decent event photographs – but fabulous ones as well!. I certainly look forward toward receiving more interesting and wonderful tips!Thank you.
Pricelss !!! Thanx for da tips. Sgt berguna bg sy utk merakam gambar2 event. Thanx again Cifu Din.
Terima kasih kerana berkongsi ilmu dan pengalaman. Insyaallah saya akan manfaatkannya apabila terpaksa jadi “bidan terjun” apabila juru gambar pakej perkahwinan yang disediakan oleh isteri tak dapat memenuhi permintaan.
Sebelum ini saya kurang berminat tetapi setelah melayari laman web Sdr, minat dan semangat telah diadunkan terutama apabila buku kumpulan puisi saya akan dipersembahkan dengan sokongan ilustrasi.
Sebagai langkah awal , saya perlu mendapatkan satu set peralatan @ kamera digital bajet yang sederhana.
Saya juga akan mengikuti kursus AFD di tahun 2008 kerana untuk sesi Disember saya ada aktiviti lain.
Terima kasih di atas tips yg dikongsi. Ianya amat berguna……
assalamualaikum. bagaimana nak set aperture dan speed bagi mengelakkan kesan ‘blur’ akibat pergerakan spt menari, menepuk tangan dan berjalan jika menggunakan external flash