January 2, 2008 Categorized under: TANYA HASNUDDIN - No Comment

TANYA HASNUDDIN – TEORI RULE OF THIRD

SOALAN:
Harap Saudara Hasnuddin dapat jelaskan apakah maksud teori ‘Rule of Third’.
- Mohd. Firdaus

JAWAPAN:
Rule of third adalah teori berkenaan komposisi gambar. Biasanya, bila rakam gambar, kita akan compose supaya subjek kita berada di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak salah, tetapi kurang menarik kerana straight forward.

Untuk lebih kreatif, kita boleh compose gambar kita supaya subjek berada di bahagian lain selain dari bahagian tengah gambar kita. Tetapi, bagaimanakah komposisi subjek yang paling sesuai dalam sesuatu gambar? Teori rule of third ini memberikan panduan kepada kita dimana harus kita letakkan subjek kita di dalam gambar yang dirakam.

blank-line.jpg
Untuk menggunakan teori rule of third, anda perlu bayangkan 2 garis menegak dan 2 garis melintang dalam viewfinder anda. Garisan-garisan ini perlu menghasilkan 9 bahagian yang sama besar. Ingat, anda perlu bayangkan sahaja garisan ini, garisan ini tidak terdapat dalam viewfinder anda. Untuk menepati teori rule of third, subjek anda perlu berada pada mana-mana titik pertemuan garisan-garisan ini. Ada 4 titik pertemuan kesemuanya. Jika anda tidak dapat letakkan subjek anda pada salah satu titik pertemuan ini, sekurang-kurangnya, subjek anda mesti berada hampir dengan titik pertemuan ini. Menurut kajian, jika subjek anda berada pada salah satu titik pertemuan garisan menegak dan melintang ini, subjek akan jadi lebih ‘outstanding’ atau menyerlah di dalam gambar.

centre-subject.jpg
Biasanya, tanpa menggunakan teori rule of third, jurugambar akan meletakkan subjek di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak mengikuti panduan rule of third. Hasilnya, gambar akan nampak kurang menarik dari segi komposisi.

wrong-rule-of-third.jpg
Apabila seseorang jurugambar ingin meletakkan subjek selain dari di bahagian tengah gambar, tetapi tidak mengikuti teori rule of third, hasil gambarnya juga akan jadi kurang menarik dari segi komposisi. Gambar dengan komposisi seperti gambar di atas ini tidak mengikuti panduan rule of third kerana subjek tidak berada di titik pertemuan garisan menegak dan garisan melintang.

correct-rule-of-third.jpg
Gambar di atas dirakam dengan komposisi yang betul menepati teori rule of third kerana subjek (badan burung) diletakkan pada titik pertemuan garisan tegak dan melintang. Komposisi gambar ini kelihatan lebih menarik. Nota: Selain dari rule of third, anda juga perlu pertimbangkan mengenai looking room. Looking room atau ruang pandangan adalah ruang kosong di hadapan subjek anda sekiranya subjek anda memandang ke kanan atau memandang ke kiri (Dikecualikan jika subjek memandang kamera atau membelakangkan kamera). Seperti burung helang di atas, dengan guna teknik looking room, kita membiarkan ruang kosong di hadapan burung helang. Adalah menyalahi panduan looking room jika kita letakkan burung helang pada titik atas sebelah kanan atau titik bawah sebelah kanan.

breaking-the-rule.jpg
Teori rule of third hanyalah sebagai panduan untuk komposisi yang baik. Disebabkan fotografi adalah seni dan seni adalah subjektif, adakalanya, kita boleh ‘melanggar’ peraturan dengan tidak mengikuti panduan yang ditetapkan oleh rule of third. Gambar di atas tidak mengikuti teori rule of third kerana badan burung tidak berada pada titik pertemuan garisan menegak dan melintang. Namun, dengan komposisi ini, gambar juga kelihatan menarik kerana kita dapat lihat percikan air di belakang burung yang sedang terbang.

Nota: Gambar yang ditunjukkan di atas, dirakam oleh saya di Pulau Langkawi.

Harap, penerangan saya dapat membantu.

Hasnuddin

 

 

No Responses to “TANYA HASNUDDIN – TEORI RULE OF THIRD”

  1. ike says:

    pada pendapat saya gambar di atas yang menjadi tarikan serta merta adalah percikan air yang membentuk s curve terbalik. ia akan menjadi lebih menarik jika helang tersebut terletak ke kiri sedikit dengan tidak terlalu ke tepi border kanan.

    interesting and nice discussion.

  2. red says:

    bagaimanakah caranya untuk kita membayangkan garisan lintang dn tegak untuk rule of third ini. apakah caranya yg tepat untuk memastikan objek berada pada titik pertemuan (intersection) garis lintang dn tegak?
    tq.

  3. yatie says:

    ooooOooo…gtu ye…mkc ats info trsebut…ni nk exam tp note tntg rule of third x de….

  4. sam rais says:

    ilmu yg sngat manfaat..terima kasih bro

  5. imekin@1 Photography says:

    hmm…dari apa yg aku paham….makna nyer Rule Of Third ni kira lam View Finder ni bayangkan 9 bhgn kotak.And subject berada di salah satu titik pertemuan atau pun berhampiran dgn titik tersebut.O.Syukran Habibi….Satu penerangan yang mudah difahami.Jazakallah…

Leave a Reply