TANYA HASNUDDIN – TELECONVERTER

Sumber gambar asal – http://www.nikon.com.my
SOALAN:
1) Boleh tak kamera digital SLR guna teleconverter?
2) Apa perbezaan di antara teleconverter dari segi zoom. Berapa jauh zoom boleh pergi kalau guna 70-200mm?
3) Bagaimana dari segi perubahan aperture?
KhairulNizam Omarudin
Yon Image Photography
http://yon-kn.fotopages.com
JAWAPAN:
Sebelum saya jawab soalan, saya nak cerita sikit kat anda semua, Yon ni tinggal di Johor tapi dah 2 kali datang kursus fototeacher di KL. Saya salute semangat Yon yang kuat untuk belajar. Satu lagi… maaf Yon, saya lambat jawab soalan ni. Soalan anda ‘terhilang’ dalam ‘timbunan’ e-mel
Ok, untuk menjawab soalan anda:
- Ya, kamera digital SLR BOLEH menggunakan teleconverter (TC)
- Sila lihat dalam gambar di atas – teleconverter merupakan tube yang ada kanta di dalamnya. Teleconverter dipasang di antara lensa dan kamera dan berfungsi untuk meningkatkan kuasa focal length sesuatu lensa. Maksudnya, kalau lensa 200mm dipasang dengan teleconverter 2 X, maka, lensa 200mm tadi akan jadi lensa 400mm!
- Ada berbagai jenis ‘kuasa’ teleconverter, contohnya 1.4 X, 1.7 X dan 2 X. Teleconverter 1.4 X meningkatkan kuasa focal length kepada 1.4X dan seterusnya. Saya berikan contoh:
- Lensa 70mm dipasang dgn. TC 1.4 X akan menjadi lensa 98mm
- Lensa 70mm dipasang dgn. TC 1.7 X akan menjadi lensa 119mm
- Lensa 70mm dipasang dgn. TC 2 X akan menjadi lensa 140mm
- Dalam masa teleconverter menambahkan ‘kuasa’ focal length, malangnya, ia juga mengurangkan ‘kuasa’ aperture. Jika lensa anda ada aperture maksimum f/2.8, dengan menggunakan TC 2 X, aperture anda akan gelap 2 stop. Maknanya, anda tak akan dapat kecerahan f/2.8 lagi, tapi hanya dapat maksimum aperture f/5.6 sahaja. Jadi, inilah kelemahan utama teleconverter. Saya berikan contoh:
- Jika guna TC 1.4 X, aperture f/2.8 akan jadi f/4 (Lebih gelap 1 stop)
- Jika guna TC 1.7 X, aperture f/2.8 akan jadi f/4.8 (Lebih gelap 1.5 stop)
- Jika guna TC 2 X, aperture f/2.8 akan jadi f/5.6 (Lebih gelap 2 stop)
P.S. – Kepada sesiapa yang masih tak faham apa yang saya terangkan mengenai teleconverter, focal length dan aperture stop, kena hadir kursus AFD… http://www.fototeacher.com/basicphotography.htm
Jika anda ada soalan yang ingin ditanya kepada saya, harap jangan tulis soalan pada ruangan komen di bawah. Sila hantar soalan dengan mengikut format yang betul seperti yang telah ditetapkan. Untuk melihat cara menghantar soalan, sila klik di sini.
Hasnuddin


salam! Pertama sekali terima kasih kerana mewujudkan blog ini sebagai reference.
Soalan saya….. Apakah cara yg digunakan untuk menangkap gambar orang ketika di luar dengan menngunakan f22, bagi mendapatkan keseluruhan pemandanfan termasuk subjek, dengan mempunyai kaler yg cantik dan menarik. Guna filter atau….?
salam,saya inin bertanya satu soalan
bagiamanakah hendak menangkap gambar yang menarik & gambar tidak menjadi noise ketika waktu malam.Boleh tak memberi tip-tip