January 17, 2008 Categorized under: TANYA HASNUDDIN - 5 Comments

TANYA HASNUDDIN – PERSEDIAAN UNTUK JADI ‘FULL TIME WEDDING PHOTOGRAPHER’

Soalan dari Ijam, Penang:
Saya nak mintak pendapat Abg. Din pasal persediaan yang perlu dibuat untuk jadi full time wedding photographer.

Jawapan saya:

Nak buat wedding photography secara full time ni merupakan satu langkah yang besar dan memerlukan pertimbangan yang mendalam. Ini memang satu keputusan yang berat. Berikut adalah tips yang boleh saya berikan:

  1. Perlu ada job yang mencukupi, sekurang-kurangnya boleh menampung kos sara hidup kita. Job yang ada mestilah konsisten jumlahnya. Kena ingat, buat bisnes dapat RM 2,000 sebulan tak sama macam kerja bergaji RM 2,000 sebulan. Kalau gaji sekarang RM 2,000, bila start bisnes kena dapat sekurang-kurangnya RM 6,000 sebulan. Ini kerana, bila buat bisnes, kita kena keluar kos permulaan, kena ada modal pusingan, kena selalu invest kepada equipment dan kita kena ingat, bukan semua customer kita akan bayar ontime dan ada jugak yang tak bayar langsung!

  2. Pastikan cash flow yang baik sepanjang masa. Disamping ada job yang mencukupi, pastikan juga kita boleh dapat wang tunai dari job yang dibuat secara konsisten. Tak guna kalau job banyak, tapi duit tak dapat. Untuk dapat cashflow yang konsisten, anda perlu buat job-job kecil yang dapat duit cepat disamping job besar yang belum tentu bila dapat duitnya. Wedding photography ni seasonal, bukan setiap bulan ada banyak job. Jadi, anda kena pastikan anda ada job setiap bulan, setiap minggu dan kalau boleh setiap hari! Waktu tak ada job wedding, kena cari job potret, buat design album dan sebagainya untuk isi masa dan untuk pastikan cash flow yang cantik. Banyak bisnes lingkup sebab cashflow yang tidak baik, bukan sebab tak ada job.

  3. Seeloknya telah mempunyai peralatan asas yang lengkap seperti set kamera DSLR dan komputer untuk buat editing. Untuk permulaan, kalau ada duit lebih, jangan beli equipment baru, simpan duit untuk bulan yang tak ada job. Jangan guna wang hanya untuk beli equipment, kena belanjakan wang untuk tujuan lain juga seperti pemasaran dan sebagainya.

  4. Seeloknya ada wang simpanan 3 kali ganda dari kos sara hidup bulanan anda. Andainya anda memerlukan RM 2,000 untuk kos sara hidup bulanan (bayar sewa rumah, bayar ansuran kereta dan sebagainya), anda memerlukan RM 6,000 sebagai wang simpanan sebagai persediaan jika anda tak dapat bayaran atau kalau tak ada job pada masa akan datang. Lagi banyak wang simpanan, lagi bagus.

Selain dari itu, mesti ada semangat yang kuat, minat yang mendalam dalam bisnes, sentiasa belajar mengenai fotografi dan teknik perniagaan. Semasa saya mula bisnes dulu, saya tak ada wang simpanan langsung, equipment tak cukup dan job yang tak secure. Saya buat kesilapan besar waktu itu dan perjalanan bisnes saya sangat susah. Tapi, kesusahan itu adalah guru dan pendorong kuat saya. Yang penting, kita mesti ada azam yang kuat untuk mencapai matlamat kita.

Hasnuddin

5 Responses to “TANYA HASNUDDIN – PERSEDIAAN UNTUK JADI ‘FULL TIME WEDDING PHOTOGRAPHER’”

  1. UFO says:

    Terima kasih Abg Din sb luangkn masa untuk menjawab soalan yg diajukan. Nasihat ni mmg berguna untuk saya dan boleh di jadikan panduan kepada sesiapa sahaja yg ingin membuat fotogafi sbg kerja sepenuh masa.
    Bg saya nasihat dr org yg berpengalaman amat perlu untuk di jadikan panduan. Terima kasih sekali lagi sb berkongsi ilmu dan pengetahuan.

  2. Terima kasih pendapat yang diberikan oleh abg din.

    Saya nak tanya berkaitan cashflow yang dititikberatkan untuk menejah ke dunia (bidang) photografer.

    Boleh kah abg din terang secara detail,bagaimana cara yang terbaik perjalanan cashflow dan terang langkah-langkah yang sepatutnya yang perlu diambil atau cadangan yang dapat menbantu saya dan rakan-rakan pembaca untuk meneruskan semangat menjadi full time wedding photografer

  3. Ahmad says:

    Sungguh berguna nasihat bro Adan, setidak2nya ia amat mambantu dalam seseorang untuk memceburkan diri secara serius dalam bidang photography. Wah Ijam… dah nak bukak bisnes sendiri nampak… Alhamdulillah… mudah2an berjaya..

  4. rinz says:

    Sy dpt rasakan ape yg a.din rasakan masa mula2 buat bisnes… good tips a.din.. tq.

  5. shamzihan says:

    saya baru sahaja nak berjinak jinak menjadi ” wedding photografher” boleh ahli forum dan abg din memberi tip tip pengunaan kamera “slr” , kamera slr bagi permulaan dalam kerier ini , ataupun jenis kamera yang perlu dibeli dahulu bagi permulaan , alatan asas yang perlu ada dan sebagainya ..

Leave a Reply