TANYA HASNUDDIN – PANDUAN TENTANG LENSA
Berikut adalah 2 soalan dari Saudara Mohamad Rahfidi Yusoff dan dijawab oleh saya:
SOALAN 1
JAWAPAN: Boleh, asalkan anda perlu pastikan lensa dari jenama tersebut dibuat untuk jenama Nikon. Sila lihat pada kotak lensa tersebut atau tanya kepada penjual lensa. Jenama seperti Tamron, Sigma, Tokina dan sebagainya dikenali sebagai ‘third party lens maker’. Mereka membuat lensa untuk kegunaan kamera dari jenama lain seperti Nikon, Canon dan sebagainya.
SOALAN 2:
JAWAPAN: IF bermaksud ‘Internal Focusing’ dimana, ketika memfokus, bahagian luar dan hadapan lensa tidak berpusing. Lensa IF ini memudahkan bila kita menggunakan filter polarizer (screw in type) atau ketika merakam gambar close-up supaya lensa tidak ‘terlanggar’ subjek ketika sedang memfokus. ED pula bermaksud Extra-low Dispersion yang merujuk kepada jenis kanta yang digunakan dalam penghasilan lensa telephoto. Fungsi kanta ED ini ialah untuk mengurangkan ‘chromatic aberration’ (Satu kecacatan dimana cahaya berbeza tidak bertemu pada satu titik yang sama). Pendek kata, IF dan ED ini ialah ciri yang menunjukkan ketinggian kualiti sesuatu lensa dan tentunya harganya juga mahal sedikit dari lensa tanpa ciri ini.
Gambar atas – tanpa chromatic aberration. Manakala gambar bawah menggunakan lensa tanpa ED yang menghasilkan kecacatan chromatic aberration.
Hasnuddin



Salam;
Hmmm, info yg menarik ni.
Sblm ni sy pon tak bape paham dgn maksud & aplikasi IF & ED.
Thanx Bro Din.
ALLY | 019.266.7271 | 017.712.7271
allyfotografi@yahoo.com
http://allyphotography.fotopages.com
http://www.romantis-studio.com/lightbox/ally.html
Thanks so much Sifu Din
[...] Untuk membaca artikel lain berkaitan lensa, SILA KLIK DI SINI [...]
askm.. saya memakai 550D dan lens sigma 18-250mm. ketika saya mengambil gambar kipas berpusing. saya berjaya mendapatkan gambar kipas dlm keadaan statik. tetapi apabila saya mengambil gambar orang ramai yang sedang berjalan, saya dapati kesan gerakan kaki dan tangan pada gambar saya. saya telah cuba mengubah2 speed dan aperture tetapi masih tidak berjaya. so, please how?….