October 2, 2007 Categorized under: TANYA HASNUDDIN - 1 Comment

TANYA HASNUDDIN – OUTSTATION CHARGE

Encik Hasnuddin,
Saya diminta untuk merakam gambar perkahwinan berjauhan dari tempat tinggal saya. Bagaimana saya nak letakkan harga untuk perkhidmatan di luar kawasan?
Dari: Anas

Jawapan saya:
Bila kita memberi khidmat di luar kawasan kita, kita memang perlu kenakan harga lebih. Ini disebabkan oleh:

1) Kos petrol

2) Kos tol

3) Kos penyelenggaraan kenderaan (makin jauh kereta kita bergerak, makin cepatlah kita kena hantar servis kereta). Atau anggap sajalah macam kita sewa kereta dari diri kita sendiri dan kos itu perlu dibayar oleh pelanggan

4) Kos tempat penginapan (jika perlu bermalam)

Selain dari kos material di atas, kos yang paling penting dan selalu orang lupa ialah kos masa! Katakan kita tinggal di Kuala Lumpur dan majlis kahwin tu dibuat di Kuala Terengganu. Berapa jam masa yang kita perlu ambil untuk sampai ke destinasi kita? Mungkin dalam 5 jam. Pergi balik dah 10 jam. Kalau 10 jam tu kita duduk kat depan computer buat editing gambar, mungkin dah boleh siap satu album! Jadi, kita kena charge juga masa yang kita ambil dalam perjalanan tu.

Sebenarnya, kalau nak pergi lebih mendalam, ada beberapa perkara lain yang perlu diambil kira dan kena masuk dalam outstation charge kita seperti:

1) Location research. Ni kita charge sebab kita perlu spend 2-3 jam untuk prepare untuk job tu seperti nak pack barang, nak mencari hotel, nak biasakan jalan di lokasi baru dan sebagainya. Biasanya kos ni lebih ketara kalau buat job oversea

2) Kerugian slot. Kalau saya buat job di Kelantan pada hari Sabtu petang, saya dah tak boleh buat job di KL pada sebelah malamnya sebab tak sempat nak balik. So, job kat KL tu kenalah tolak…tu dah kira rugi.

Ini panduan saja. Kadangkala kita pun tak boleh terlalu berkira. Nak letak harga ni pun kena ada caranya supaya pelanggan rasa puas hati dan kita pula tak rugi. Sebaiknya, ‘sembunyikan’ kos ekstra ni dalam harga item lain.

Sekian. Diharap penjelasan saya dapat membantu.

Hasnuddin

PROMOSI KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL – CUMA RM 599!
Untuk maklumat lanjut, sila ke – http://www.fototeacher.com/basicphotography.htm

One Response to “TANYA HASNUDDIN – OUTSTATION CHARGE”

  1. wazari says:

    Nak tanya bro skit, bila nak Update blog nie?

Leave a Reply