TANYA HASNUDDIN – MASALAH FLASH
Ini ada satu pertanyaan yang dihantar kepada saya berkaitan dengan masalah flash:
Assalamualaikum…
Nama saya Zura. Saya menggunakan kamera D70s dan flash SB600.
Jawapan saya:
Zura,
Sebenarnya, soalan anda agak kurang jelas sebab anda tidak memberikan maklumat yang lengkap seperti aperture yang digunakan, ketinggian syiling untuk bounce, warna syiling, material syiling, jarak subjek dan setting flash mode (TTL, Manual dan sebagainya) Oleh itu, saya tak dapat nak jawab soalan anda secara khusus. Tapi saya boleh berikan beberapa tips yang berkaitan dengan masalah anda.
1) Apabila kita menggunakan setting TTL pada flash, bateri lebih banyak digunakan berbanding kalau kita menggunakan setting MANUAL. Apabila kuasa bateri banyak digunakan, kadar recycle adalah perlahan dan bateri cepat habis.
2) Apabila melakukan bounce flash pada syiling yang tinggi, flash memerlukan kuasa yang banyak untuk menerangi subjek. Jadi, anda perlu ‘bantu’ kekuatan flash ini dengan menggunakan aperture besar atau ISO yang tinggi.
3) Warna dan material syiling memainkan peranan juga. Syiling berwarna cerah memantulkan lebih banyak cahaya berbanding syiling berwarna gelap. Begitu juga syiling yang berkilat memantulkan lebih banyak cahaya berbanding dengan syiling yang diperbuat dari bahan yang menyerap cahaya. Ini bermaksud, syiling yang memantulkan banyak cahaya tidak memerlukan kuasa flash yang kuat berbanding syiling yang menyerap cahaya.
Hasnuddin


wow!..
bagus ni..
banyak2 kan lah member tips macam ni…
saya budak baru belajar
-abah-
wah.. memang bagus tips macam ni.. walaupun tak terer ambil gambar tapi boleh lah faham sikit2. hehe
a’kum…wah..berguna betul tips dari encik hasnuddin..sebelum nie bila saya guna flash utk ambil gambar di masjid@dalam bilik,memang ada masalah sikit…recycle time utk flash mmg lambat sebab saya guna bounce n mode TTL. jadi,semalam n kelmarin,saya guna setting manual n kepetusannya amat memuaskan!!terima kasih sekali lagi saya ucapkan…
sungguh berguna utk org yg baru belajar. macam saya.
askum encik Din. sy adalah ex peserta nov aritu. sy ada masalah dgn flash. Masalah berat tuuuuuu… sy amik gbr wedding kt dewan. First time lak tu amik kt dewan. memang gabra lah sgt2. masalah nye bile sy amik gbr, gbr tk berapa terang macam amik kat rumah. sy guna canon eos 400d, flash 430… sy guna setting manual. flash lak sy guna setting ttl. bile sy guna naik kan setting 1 stop, subjek yg hampir ngan kamera akan jd terang sgt n subjek di belakan ok lh ckit. tp ble turun half stop atau 1 stop akan gelap lk subjek belakang. En din rasa apakah masalah sy ni. adakah sy ni tak cukup menuntut atau bertapa lagi?heeeee… segala tunjuk ajar dari En Din tk ternilai harganya…ikhlas dari saya….
bgus tip bro harap bro dapat berkongsi lebih bayak lagi tip lg he3