September 22, 2007 Categorized under: TANYA HASNUDDIN - 13 Comments

TANYA HASNUDDIN – LETAK HARGA & POSE PENGANTIN

SOALAN

Saya Ally, bekas peserta kursus Asas Fotografi Digital oleh fototeacher.com. Saya ada 2 pertanyaan:

1) Bagaimana untuk meletakkan harga bagi perkhidmatan merakam gambar majlis makan malam?
2) Bolehkah berikan saya tips untuk berkomunikasi dengan pasangan pengantin supaya mereka boleh memberikan pose yang menarik untuk saya merakam gambar potret mereka?

Terima kasih.

Ally,
Batu Pahat, Johor.

-

-

JAWAPAN:

Ally,

Terima kasih atas soalan anda. Cara meletakkan harga perkhidmatan ni panjang ceritanya. Tapi, saya ringkaskanlah di sini:

  • Kira kos material yang digunakan (cetakan gambar, album dan sebagainya.
  • Kira kos perkhidmatan berdasarkan jumlah masa yang terlibat (khidmat jurugambar, jumlah masa untuk berjumpa pelanggan, jumlah masa untuk berulang alik ke kedai gambar dan sebagainya)
  • Setelah dapat berapa jumlah kos yang terlibat, mark-up harga supaya dapat untung. Berapa banyak nak mark-up bergantung kepada beberapa perkara lain. Tapi, yang penting sekali, anda boleh dapat job tersebut dan dapat untung yang anda rasakan berbaloi.
  • Selain dari itu, pastikan juga anda mendapat bayaran! Sebaiknya, minta sedikit down payment dan full payment semasa semua gambar telah dihantar.

Untuk berkomunikasi dengan pengantin bagi mendapatkan pose yang baik, tips yang saya boleh berikan ialah:

  • Jurugambar mesti terlebih dahulu study apakah pose yang sesuai untuk merakam gambar potret pengantin
  • Sebelum jurugambar menenangkan dan memberikan keyakinan kepada subjek, jurugambar terlebih dahulu mestilah kelihatan tenang dan berkeyakinan. Kalau jurugambar nak suruh subjek senyum, jurugambar mestilah mengungkapkannya dalam senyuman juga.
  • Berikan masa yang mencukupi untuk subjek bertenang
  • Untuk berikan keyakinan kepada subjek, anda perlu memberikan sedikit tunjuk ajar cara untuk pose dan anda perlu puji subjek anda. Zaman digital ni lagi senang, bila anda dah shoot gambar subjek anda, tunjukkan gambar mereka dan katakan bahawa mereka kelihatan cantik dalam gambar dan katakan bahawa, dengan sedikit pengubahsuaian lagi, mereka akan kelihatan lebih cantik.
  • Untuk memberikan mood yang baik kepada pengantin, anda perlu pujuk mereka jika mereka dalam keadaan gelisah atau marah. Katakan seperti ini – “Lupakanlah perkara tu…kita nak ambik gambar potret ni. Kalau anda marah-marah, nanti gambar tak cantik. Gambar ni nanti anak cucu nak tengok…”
  • Jangan paksa kalau pengantin tidak boleh buat pose tertentu yang sukar. Rakam saja sebarang pose yang mudah asalkan subjek anda rasa selesa dan natural.
  • Kalau pengantin kekok, terus saja rakam gambar beliau walaupun tak cantik. Setelah beberapa ketika, beliau akan mula berasa selesa dan dapat memberikan pose yang lebih natural.
  • Komunikasi jurugambar dengan subjek memang sangat penting untuk rakaman gambar potret. Jurugambar yang rapat dengan subjek boleh menghasilkan gambar yang lebih bersahaja. Jurugambar yang ceria akan menghasilkan gambar potret subjek yang ceria.
  • Untuk memastikan komunikasi yang baik, kenalilah subjek anda dengan sebaiknya. Datang awal ke majlis dan berbual dulu dengan pengantin agar anda saling mengenali. Lebih baik kalau anda dapat jumpa subjek anda sebelum majlis perkahwinannya.

Itu saja tips ringkas yang dapat saya berikan. Kalau ada masa, saya akan tulis lebih terperinci dalam blog ini nanti. Atau, kalau ada kesempatan, anda boleh menghadiri Kursus Profesional Fotografi Perkahwinan yang akan saya adakan. Harap jawapan saya dapat membantu.

Hasnuddin

13 Responses to “TANYA HASNUDDIN – LETAK HARGA & POSE PENGANTIN”

  1. ally says:

    thanx a lot cifu!
    semua komen & tips yg diberikan amat berguna utk saya.
    setakat ni saya sgt berpuas hati dgn jawapan tersebut.
    terima kasih sekali lagi =)

    -ally-

  2. matdue77 says:

    CIkgu Adan…

    Saya ada idea yang mana saya tak tahu sama ada dah ada org praktikkan atau tidak…

    Apa yang saya perasan, banyak couple yang nak kahwin ni mmg tak biasa dengan pose2 dan kekok untuk diambil gambar mereka. Tambah pula dengan photog yang baru berkecimpung dalam commercial photography nih, nampak macam serabut la sikit sesi ambik gambar tu (saya cerita ni actually tentang pengalaman saya)…

    Apa pendapat cikgu Adan kalau saya PERMUDAHKAN sesi posing tu dengan menunjukkan pada pengantin tu posing2 yang dah saya print saiz agak besar (A3 mungkin) untuk memudahkan pengantin menggayakan posing2 yang agak susah nak diterangkan dengan perkataan….

    Saya sudah pernah 2 kali mempraktikkan cara ini (posing2 tu saya ambil daripada gambar2 pose wedding yang sebelumnya) dan hasilnya mmg POSITIF. Pengantin tidak berada dalam keadaan tekanan untuk memberikan posing2 dan photog pun senang melakukan tugas dia. DIsamping tu crowd sekeliling yang turut sama tengok persandingan pun turut sekali aktif memberikan reaksi mereka dengan aksi2 pengantin atas pelamin…

    CUma skrg ni, saya sedang cuba untuk meng’compile’kan posing2 yang paling menarik untuk jadi portfolio saya… Kalau cikgu adan ada mana2 imej yang saya boleh jadikan koleksi saya, saya sangat2 berbesar hati…

    p/s : Saya SANGAT2 berminat untuk join kursus yang cikgu adan anjurkan namun kena sort-out hal2 berkaitan masa dan kewangan baru boleh enrol (berkaitan masalah kerja dan jarak – saya kat Terengganu)….

    Apapun2 cikgu adan, terima kasih kerana mengadakan BLOG yang boleh jadi tempat perbincangan newbie2 photography macam saya nie….

  3. hasnuddin says:

    Matdue77,

    Memang bagus teknik tunjuk sample posing kepada pengantin. Ada seorang rakan saya (jurugambar pro wedding) pun buat benda yang sama. Work smart. You did the right thing!

    Hasnuddin

  4. ally says:

    yeah, good idea matdue77.
    lepas ni boleh la sy pratikkannye.
    lepas raya nie musim ‘mengawan’ kembali.
    so dgn adenye idea yg bernas dari brother2 yg dah b’pengalaman & dari cikgu din sendiri, sy lebih bersedia utk melakukan tugas sbg ‘wedding photographer’.
    thanx a lot all bro’s.

    -ally-

  5. matdue77 says:

    Terima kasih CIkgu…. Looking forward to attend one of your class…

  6. [...] dirinya yang sebenar. Untuk membaca tips saya tentang cara merakam gambar potret, sila lihat di – http://fototeacher.com/blog/?p=55 Sekadar pendapat saya. Ada sesiapa yang ingin bagi pendapat lain? Sila berikan komen di [...]

  7. DeNiez says:

    Assalamulaikum……saya belum ade soalan yg nak ditujui pada en.Adan…cuma saya nk memberitahu gambar-gambar En.Adan semuanya saya berminat sangat2 dan mempunyai value yg amat tinggi…saya berkemungkinan akan menyertai kelas En.Adan….sama ada kursus portable flash atau fotografi professional perkahwinan….semoga industri dalam bidang fotografi ini diminati dan di ramaikan dari kalangan org melayu kita…Semoga berjaya semua yang telah pun di gelar sebagai fotografi full time atau part timer…..terima kasih kepada En.Adan krn banyak memberi tunjuk ajar walaupun saya hanya mengikutinya dari news dalam blog ini…ribuan terima kasih…ini alamat website sementara saya http://crashoveride.fotopages.com …I’Allah kita akan berjumpa..Assalamulaikum.

  8. hasnuddin says:

    Deniez, terima kasih kerana mengikuti perkembangan adan dan fototeacher. Untuk makluman, Kursus Profesional Fotografi Perkahwinan tidak akan diadakan lagi selepas ini. Sbg gantinya, anda boleh sertai Bengkel Portable Flash dan lain-lian Kursus akan datang seperti Kursus Bisnes Fotografi.

  9. abdul moin says:

    askum..saya nak tanyer berkaitan fotografi..saya bar lagi dlm bidang nie dan nak belajar tentang teknik fotografi yg betul..saya br membeli kamera nikon D60 dan flash sb600 berserta lense 18-55…adakah ianye memadai umtuk mengambil gambar sesuatu perkahwinan??

  10. haiyi says:

    salam…
    sy ni br je nak kenal dgn fotografi…
    blm ade camre sndri lagi…sll pinjam org punye je
    sy minat sgt dgn fotografi…

    so…sy nak tau… ape langkah pertama yg perlu sy buat mendalami bidang nie..n cmera yg paling sesuai tuk sy sbg newcomer nie…..

  11. [...] Baca panduan – cara merakam gambar potret dan teknik posing, SILA KLIK DI SINI [...]

  12. whp says:

    Hai bustamam,
    I’m a fan of yours. I love ur artwork in every single magazine cover. I assume u don’t do weddings. But is it possible to sumwhat hv our photos taken at ur studio? Me n fiance before wedding, sumthing like fashion photographers usually do; portfolio / comcard. But in my case, to be displayed on my big day…do mail me; whther it can be done n how’s the fee like.Hope to hear from u soon.

  13. Eddy says:

    saya nie selaku editor photografi,minta tunjuk ajar abg HASNUDDIN bagi Tips2x utk edit photo potret dan teknik dia…terutama utk menghaluskan raut wajah pengantin….

Leave a Reply