TANYA HASNUDDIN – KEKUATAN POWER FLASH
SOALAN
- Bagaimana cara rakam gambar group photo yang disarankan jika guna flash – bounce atau direct? Andaikan ada 10 orang, sebahagian di depan dan sebahagian di belakang.
- Jika guna lensa telephoto 70-300mm untuk rakam gambar potret, berapa kekuatan flash yang perlu digunakan (manual setting) dan focal length yang perlu digunakan.
Zahirudin Suprabto
zahirdin@yahoo.com.my
JAWAPAN:
- Guna bounce flash boleh dapat kesan cahaya yang lebih lembut, tapi kita kena tengok kemampuan flash pada situasi tersebut. Bila bounce, kekuatan cahaya akan hilang akibat serapan pada permukaan dimana cahaya dipantulkan dan kekuatan cahaya juga akan hilang kerana jarak ‘perjalanan’ cahaya flash adalah lebih jauh jika bounce berbanding direct flash. Jadi, kalau flash tak mampu bounce, kita tiada pilihan melainkan kena guna direct flash.
- Untuk rakam gambar potret, lensa yang sesuai digunakan ialah short telephoto (sekitar 50mm untuk kamera dengan crop factor 1.5X). Namun, focal length yang lebih panjang juga boleh digunakan untuk dapatkan depth of field yang lebih shallow. Tentang penggunaan power flash, bergantung kepada jarak anda dengan subjek, aperture dan ISO yang digunakan.
Hasnuddin
Jika anda ada soalan yang ingin ditanya kepada saya, harap jangan tulis soalan pada ruangan komen di bawah. Sila hantar soalan dengan mengikut format yang betul seperti yang telah ditetapkan. Untuk melihat cara menghantar soalan, sila klik di sini.


salam…cik din
terima kasih…