Soalan dari Anas Asyura:
Bolehkah Abg. Din terangkan secara terperinci, bagaimana cara untuk memastikan kita mendapat cash flow yang baik. Harap penerangan ini boleh jadikan kami lebih bersemangat untuk jadi full time wedding photographer.
Jawapan saya:
Suka saya ulangi bahawa cash flow yang baik amat penting untuk kita survive sebagai full time wedding photographer. Tak kira berapa banyak job atau berapa mahal kita charge, tapi kalau duit tu terlalu lambat sampai ke tangan kita, tak ada gunanya…
Disamping memastikan kita ada job yang banyak secara konsisten, kita juga kena pastikan bahawa aliran wang tunai yang masuk juga adalah sentiasa mencukupi dan konsisten.
Biasanya jurugambar akan beri tumpuan kepada job besar yang boleh dapat keuntungan besar. Job besar memerlukan modal besar dan biasanya, bayaran pun lambat dapat. Kalau kita tak dapat bayaran untuk job besar ni, rugi pun lagi besar! Maksudnya, job besar = risiko besar. Jadi, untuk memastikan aliran wang tunai yang baik, kita juga harus beri tumpuan kepada job-job kecil yang memerlukan kurang modal tapi boleh dapat bayaran dengan cepat. Fungsi job besar adalah untuk beri keuntungan manakala job kecil pula berfungsi untuk berikan kita cash flow. Saya bocorkanlah sikit rahsia Adan – target utama kami adalah untuk mendapat job high end dengan jumlah RM 30,000 untuk setiap client. Tapi, dalam masa yang sama, kami juga buat job kecil serendah RM 5,000 untuk setiap client. Adakalanya, kami akan buat promosi. Dengan harga promosi, keuntungan yang kami dapat adalah sangat rendah. Tapi, dengan promosi, kami dapat banyak job (volume sales). Walaupun untung kurang, tapi job banyak dengan untung yang sikit ni amat membantu dari segi cash flow. Cash flow ni lah yang akan bantu untuk bayar kos overhead bulanan.
Dapatkan job murah yang banyak walau untung kurang. Pastikan bayaran cepat dapat. Untuk jurugambar baru, nasihat saya ialah, disamping anda buat job sendiri dengan harga RM 1,500 satu pakej contohnya, buat juga job yang murah dengan harga RM 200 misalnya. Maksud saya ialah, anda boleh buat job dengan jurugambar lain. Anda cuma ambil upah untuk khidmat shooting sahaja dan dapat bayaran sebanyak RM 200. Tapi pastikan job ini banyak dan bayaran cepat dapat. Kalau anda dapat RM 200 X 10 job sebulan, anda dah boleh dapat RM 2,000. Jumlah ini boleh dikatakan untung bersih. Biasanya dah cukup untuk bayar perkara-perkara penting.
Pastikan terms of payments anda adalah menguntungkan dan mengurangkan risiko kerugian. Bila ada pelanggan ingin tempah anda untuk jadi jurugambar, pastikan anda ambil wang deposit dari beliau supaya pelanggan anda tidak cancel khidmat anda sesuka hatinya. Bayaran deposit ni adalah salah satu kelebihan yang ada dalam bisnes wedding photography. Kalau buat job dengan company untuk khidmat rakam gambar event, biasanya memang diaorang takkan bayar deposit. Bayaran deposit yang anda dapat ni dah kira secure bahawa anda akan ada job pada masa yang dijanjikan. Wang ini juga anda dah boleh guna sebagai cash flow. Ada berbagai jenis terms of payments untuk menjaga kepentingan bisnes anda. Contohnya: Bayaran pertama – pelanggan bayar 30% deposit untuk booking. Bayaran kedua – bayar 70% selepas tamat shooting. Bayaran ketiga – bayar penuh selepas gambar dihantar. Kalau boleh, untuk bayaran akhir ni, anda dah buat kiraan bahawa, kalau pelanggan tak bayar pun, anda dah ada untung. Sepanjang saya menjalankan perniagaan, banyak kali terjadi pelanggan tak bayar. Jumlah keseluruhan dah mencapai hampir RM 100,000.00. Saya telah belajar dari kesilapan. Sekarang ni terms of payment kami amat tegas sebab kami ingin terus berniaga…
Untuk menjaga cash flow, jangan buat editing gambar, cetak gambar dan buat album sebelum pelanggan membayar 70% (contoh) dari keseluruhan harga pakej. Bila anda buat editing, cetak gambar dan buat album, anda dah keluarkan kos masa dan kos material untuk kerja tersebut. Tapi, macamana bila semua album dah siap, pengantin kata, “I belum ada duit la nak ambik album tu..” atau “I sibuk ni, ada kat oversea…I ambik lagi 2 bulan boleh tak?” Jadi, anda dah kira rugi sebab kos dah keluar, tapi duit lambat dapat. Pastikan bila kos keluar, anda mesti dapat balik wang secepat mungkin. Atau pastikan anda dapat wang dulu sebelum sesuatu kos keluar. Wang yang lambat dapat akan ‘mengecut’. RM 5,000 yang anda dapat 6 bulan dari sekarang dah tak sama nilai macam RM 5,000 yang anda dapat sekarang! Faham maksud saya? Sebab tu kad kredit charge interest untuk setiap wang yang kita guna. Lagi lambat bayar, lagi banyak interest kita kena! Bila kita benarkan pelanggan bayar lambat, sama macam kita bagi dia pinjaman tanpa faedah. Betapa untungnya pelanggan, betapa ruginya kita…
Anda mesti dapatkan bayaran secepat mungkin tetapi, sebaliknya, kalau boleh, bayar kepada orang lain selambat mungkin. Untuk pastikan cash flow yang baik, cari jalan bagaimana untuk anda lambatkan bayaran kepada orang lain. Contohnya, saya bocorkan lagi sikit rahsia Adan – kami bayar supplier album 30 hari selepas stok diterima. Tapi ini memang dah dalam perjanjian, bukan kami sengaja lambat bayar. Terms macam ni menguntungkan kita. Supplier pun tak kisah sebab kita ambik stok banyak secara regular dan dia pun suka nak berikan kita tempoh bayaran selama 30 hari. Jadi, di sini, kami dah untung dari segi cash flow. Album dah digunakan, customer dah bayar, duit dah dapat, barulah kami bayar kos album kepada supplier. Untuk jurugambar baru, mungkin anda boleh bincang dengan kedai gambar supaya benarkan anda buat bayaran lambat – dalam tempoh 30 hari. Tapi, anda kenalah cetak gambar dalam kuantiti yang banyak dan bayar tepat pada masanya. Anda mesti dapatkan kepercayaan dari supplier anda. Cara lain ialah beli barang secara hutang asalkan interest yang dikenakan tidak terlalu tinggi. Contohnya, kalau anda ada duit cash RM 5,000, jangan beli laptop secara cash. Tapi bayar secara ansuran supaya anda ada duit cash dalam tangan untuk digunakan sebagai modal pusingan dan sebagainya.
Demikianlah panduan yang dapat saya berikan mengenai cash flow. Kalau nak tau lebih terperinci, anda boleh sertai Kursus Profesional Fotografi Perkahwinan anjuran fototeacher. Banyak lagi topik berkaitan bisnes fotografi akan diajar seperti pemasaran, pricing strategi dan sebagainya. Kami akan umumkan tarikhnya nanti. Sekian, saya harap anda dapat manfaat dari apa yang telah dijelaskan.
Untuk diberitahu secara otomatik tentang update terbaru blog ini, sila langgan newsletter percuma dari fototeacher. Sila klik di sini.
Hasnuddin
www.fototeacher.com
thank for news letter,,,, because i need it
banyak leh blaja…..tingin nk attend klas fototeacher (wedding)…tp x mampu lg la…hehehhh..insyaallah..nnt2 nk pegi jgk..huhu
thanks a.din,
byk yang telah saya pelajari dari pengalaman dan pandangan a.din yang berguna kepada saya.
Insyallah saya akan gunakannya sebagai panduan untuk meneruskan karier baru ini. Saya pun nak berjaya macam org lain jugak..org lain boleh buat saya pun boleh jugak…
apa yang yang diperkatakan oleh a.din sedikit sbyk telah saya pratikkan skg.
Abg Din..tq sb kasi tips ni..penting sgt tip mcm ni ntuk org bru mcm sy…byk yg dipelajari dr tips kali ini…
thanks a.din.. tips yg amat sesuai utk sy ni…