June 16, 2008 Categorized under: TANYA HASNUDDIN - 9 Comments

TANYA HASNUDDIN – CARA BINA LAMAN WEB

SOALAN:

Assalamualaikum,

Saya ingin meminta pendapat Abg Din mengenai laman web fotografi. Untuk perniagaan dalam fotografi :

1.Apakah perkara wajib yang perlu ada dalam laman web kita selain gambar?

 

2.Untuk “Domain name”, adakah sesuai menggunakan nama sendiri (contoh: www.sipulan.com) atau nama subjek lain (contoh: Adan sendiri menggunakan www.adan.biz)? Apakah nama yang sesuai pada pandangan Abg Din dari sudut perniagaan?

 

3. Laman web yang manakah lebih sesuai untuk perniagaan, menggunakan “Flash” atau laman web biasa yang tidak menggunakan Flash?

Pendapat daripada Abg Din amat dialu- alukan. Terima kasih.

-Ijam-

www.ufofoto.com

http://ufophotography.fotopages.com/

 

 

 

 

 

JAWAPAN:

 

Waalaikummussalam,

 

Ijam, terima kasih kerana bertanya soalan yang bernas ini. Saya bukanlah orang yang paling layak untuk jawab soalan ini sebab ianya berkaitan dengan internet marketing. Tetapi, saya suka untuk kongsi pengalaman saya sekadar yang saya tahu.

 

Jawapan pertama:

Saya rasa, selain dari gambar, perkara penting yang mesti ada dalam laman web kita ialah apa saja yang menunjukkan kredibiliti kita. Tunjukkan yang kita ini telus, boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Ini boleh ditunjukkan dengan cara, antara lain – meletakkan gambar muka kita di dalam laman web, nombor telefon talian tetap, alamat tempat beroperasi, testimoni dari pelanggan, bukti pencapaian kita seperti artikel atau gambar yang pernah tersiar dalam media cetak, rakan niaga kita, persatuan yang menaungi kita dan sebagainya.

 

Jawapan kedua:

Samada nak guna nama sendiri atau nama syarikat untuk domain name, terpulang kepada matlamat dan strategi kita sendiri dalam perniagaan. Jika menggunakan nama sendiri, agak sukar untuk delegate job yang masuk. Contohnya, kalau nama domain ialah Ali Photography, orang biasanya akan harap, Ali sendiri yang akan datang mengambil gambar. Kalau kita guna nama syarikat seperti Canggih Photography, pelanggan akan bayangkan, syarikat itu ada sepasukan jurugambar yang sama hebat.

 

Jawapan ketiga:

Saya secara peribadi tidak suka laman web yang menggunakan ‘Flash’. Ada 2 sebab. Pertama sebab Search Engine tidak dapat baca data dalam laman web kita. Jadi, susah orang nak search dan laman web kita susah nak dapat penyenaraian tertinggi di dalam Search Engine. Sebab kedua, laman web yang menggunakan ‘Flash’ biasanya akan ambil masa untuk loading. Bukan semua orang ada komputer yang laju dan orang sekarang tak suka menunggu. Jadi, cadangan saya, guna saja laman web dengan asas html, tapi pastikan tetap nampak cantik.

 

Saya harap, jawapan saya dapat membantu. Kalau nak belajar lebih banyak mengenai internet marketing, bolehlah rujuk laman web www.irfankhairi.com

 

Sekiranya anda ada soalan yang ingin anda tanya, sila ke ruangan TANYA HASNUDDIN di – http://fototeacher.com/blog/?page_id=4

Hasnuddin

9 Responses to “TANYA HASNUDDIN – CARA BINA LAMAN WEB”

  1. yon says:

    Tips yg baik dan berguna…Thanks Cik Din..

  2. Ijam says:

    Terima kasih Abg Din kerana memberikan jawapan yg jelas dan padat. Saya amat menghargai jawapan dan informasi yang diberikan ini. Saya percaya jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman Abg Din sendiri.

    Diharap segala jawapan ini dapat dikongsi bersama semua pembaca setia blog fototeacher.com.

    Terima kasih sekali lagi kepada ”cikgu”.

    -ijam-

  3. izam says:

    saya mencelah sedikit ye?…

    untuk laman web flash, bagi membolehkan laman web kita dikesan melalui search engine, selepas laman web kita diPublish dgn Flash, selalunya akan dipublish dlm 2 format iaitu format *.swf dan *.html

    selepas publish, cuba buka yang format HTML tu, dan cari bhgn HEAD shj. sbg contoh:

    wedding photo

    masukkan maklumat yang perlu sahaja.

    harap dapat membantu

  4. izam says:

    alamak… skrip tak keluar la…

  5. hasnuddin says:

    Terima kasih Izam atas panduan tersebut.

  6. sam rais says:

    terima kasih abg din..penerangan yg cukup berkesan

  7. terima kasih juga atas info ini

  8. yahaya says:

    terima kasih atas maklumat yg diberikan

  9. ina says:

    assalamualaikum…..

    1.saya nak taya macam mana nak buat websit joomla….cara mudah untuk difahamkan cz untuk mudah saya membuat projek

Leave a Reply