rulururu

post TANYA HASNUDDIN

June 30th, 2007

Filed under: Uncategorized — hasnuddin @ 3:18 pm

Ada masalah kefahaman fotografi? Sila hantarkan soalan anda kepada fototeacher@gmail.com

Tulis tajuk e-mel sebagai - TANYA HASNUDDIN
Dalam e-mel, sila sertakan:

1) Tulis soalan anda. Soalan yang hendak ditanya mestilah ditulis dengan perkataan yang mudah difahami. Berikan maklumat sokongan yang secukupnya yang berkaitan dengan soalan anda. Sertakan gambar jika perlu.

2) Nyatakan maklumat diri anda:
- Nama
- e-mel
- laman web

Soalan-soalan berikut tidak akan dijawab:

1) Soalan yang sukar difahami atau tidak jelas maksudnya

2) Soalan yang tidak disertakan maklumat teknikal yang cukup bagi menjawab soalan tersebut. Contohnya: “Gambar yang saya rakam terlalu gelap. Mengapa ini terjadi?” Soalan sebegini perlu disertakan maklumat lengkap seperti - keadaan tempat anda merakam gambar, setting pada flash, shutter speed, aperture, ISO dan sebagainya

3) Soalan mengenai cara penggunaan kamera yang sudah terdapat dalam manual book kamera anda atau soalan mengenai aspek teknikal kamera/model/brand yang tertentu. Contohnya: “Bagaimana cara untuk set ISO untuk kamera Nikon D40?”

4) Soalan yang terlalu sukar hendak dijawab dalam perkataan yang memerlukan demonstrasi. Untuk soalan sebegini, anda dinasihatkan untuk hadir ke kelas Photo Improvement Class oleh fototeacher.

KEUTAMAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA PESERTA YANG PERNAH MENGIKUTI PROGRAM fototeacher.com

JANGAN TULIS SOALAN ANDA PADA RUANGAN KOMEN DI BAWAH, SILA HANTARKAN SOALAN KEPADA E-MAIL - fototeacher@gmail.comĀ 


35 Comments »

  1. saya berminat minat dalam bidang ini, tapi disebabkan terikat dengan pkerjaan tetap maka saya pemdam kan sementara. untuk masa depan saya bercadang membuka sebuah kedai gambar dan studio bagaimana caranya ?

    Comment by along — 20/11/2007 @ 3:36 pm

  2. TANYA HASNUDDIN

    Saya amat minat dengan bidang photografi. Saya gemar melihat dan mengambil gambar dengan menggunakan kamera digital dan handphone saya. Saya selalu bertugas mengendalikan event oleh KEKKWA oleh itu saya mempunyai banyak peluang untuk mengambil gambar-gambar yang menarik. Tetapi tidak semua orang mampu memiliki kamera yang digunakan oleh photographer profesional yg sememagnya so expensive. Pernahkan anda menghadapi keadaan seperti saya ini dan bagaimana anda mengatasinya? Terima Kasih

    Comment by Nadia — 28/11/2007 @ 8:40 am

  3. saya berminat tentang seni fotografi akan tetapi saya tiada pengalaman langsung. Bagaimana sekiranya saya ingin menceburi bidang ini dan apa yang saya perlu hadir pada krusus yang tuan anjurkan.

    Terma kasih

    Comment by Azrol Rizal Othman — 17/01/2008 @ 11:56 am

  4. Assamualaikum
    Sifu saya dah amat berminat untuk mengikuti kursus AFD dari sebulan ke sebulan saya saya tangguhkan untuk masa apakan daya masa tu bajet tak cukup lagi tambahan pula pendapatan bulanan
    lebih rendah dari harga kursus yang sifu anjurkan baru2 ini cadangan
    saya nak ambik pada akhir tahun kalau tak silap 26-27 dec 2007
    masa tu bajet saya dah cukup tapi nasib tak menyebelahi saya …
    kampung saya dilanda banjir jalan pekan ke kuantan semua tutup bas pun tak boleh lalu mahu tak mahu saya terpaksa tangguhkan lagi
    niat saya tu…hajat dihati nak ambil awal tahun bila dapat email dari
    pihak sifu tengok2 harga dah naik bolleh tak dapat harga lama rm600 sama dengan harga tahun lepas?saya harap sifu dapat pertimbangkannya-ady

    Comment by Ady — 19/01/2008 @ 2:02 am

  5. Saya minat sgt nk serius dlm bidang fotografi ni..tapi saya xtau mcm mna nk mula.. puas saya cari info untuk menyertai kursus fotografi..kali ni bru sya berkesempatan.. saya 18 tahun dan berminat utk menyertai kursus asas yg dianjurkan tapi saya tidak mempunyai kamera seperti yang digunakan oleh profesional..adakah saya dibenarkan untuk menyertai kursus tersebut?

    Comment by Miss A — 29/01/2008 @ 12:48 am

  6. Assalamualaikum… cik hasnudin..
    Saya nak tanya sekiranya saya mendaftar untuk kursus asas bulan April ni, ada tak lagi peluang saya untuk meminjam kamera dari pihak cik..? Saya ingin menyertainya tapi saya tidak mempunyai kamera..seboleh-bolehnya saya nak belajar menggunakannya sekali.. supaya tidak lupa bagaimana untuk menggunakannya..
    Terima ksaih..

    Comment by Miss A — 21/02/2008 @ 11:18 pm

  7. Miss A, boleh pinjam kamera kami semasa kursus AFD. Sila uruskan dengan Cik Nieza. Sila hubungi beliau di fototeacher@gmail.com atau telefon 03-91017144

    Comment by hasnuddin — 22/02/2008 @ 12:59 am

  8. [...] Jika anda ada soalan yang ingin ditanya kepada saya, harap jangan tulis soalan pada ruangan komen di bawah. Sila hantar soalan dengan mengikut format yang betul seperti yang telah ditetapkan. Untuk melihat cara menghantar soalan, sila klik di sini. [...]

    Pingback by fototeacher.com » TANYA HASNUDDIN - TELECONVERTER — 01/03/2008 @ 2:29 am

  9. askum..saya ada terbaca berkenaan kursus asas fotografi yang dinajurkan oleh pihak tuan bertempat di cheras,kuala lumpur. saya amat berminat untuk mengikutinya kerana pada pendapat saya menpunyai kamera dan tahu mengunakannya saja tidak mencukupi kerana kadang-kadang mutu gambar yang diambil amat tidak memuaskan hati ataupun sekadar boleh sahaja.cuma saya tinggal di kota kinabalu,sabah.dan untuk pergi ke kuala lumpur tentu akan memerlukan perbelanjaan yang besar,saya percaya ramai yang berminat dan berpendapat seperti saya ini.ada kemungkinankah pihak tuan akan menganjurkan kursus seperti ini disabah,dan saya amat berharap pihak tuan memaklumkan kepada saya jika sekiranya pihak tuan ada menganjurkannya disabah.terima kasih

    Comment by khairul — 02/04/2008 @ 9:15 am

  10. Khairul, kami ada cadangan jugak nak buat program di Sabah atau Sarawak kalau permintaan mencukupi. Kalau ada rezeki kita jumpalah nanti.

    Comment by hasnuddin — 11/04/2008 @ 5:07 am

  11. salam, saya nak tanya mengenai backdrop. perlu ke sekiranya wedding tu mengenakan pakaian persalinan bergambar pada kain backdrop… atau setidaknya diatas pelamin, mana yg lebih baik..

    Comment by mawi — 22/04/2008 @ 11:51 am

  12. Kalau ikut trend sekarang ni, tak wajib pakai backdrop utk gambar wedding. Sekadar guna latarbelakang sedia ada seperti pelamin, deko bilik, katil pengantin dan sebagainya. Tapi, jika ada backdrop, lagi baik.

    Comment by hasnuddin — 25/04/2008 @ 2:11 pm

  13. Perlukan seoran freelance photographer memohon lesen perniagaan?

    thank you

    Comment by annie — 26/04/2008 @ 12:35 am

  14. assalamualaikom…
    disini saya adalah baru nak jinak jinak dalam hal fotografi ni…
    nak tanyer sikit jer, saya ader kamera filem nikon jenis lamer kamera dlm keadaan baik dan tidak bermasalah tetapi dalam masa yg lalu saya dh lame tak gunakan kamera itu dia jagi ber cendawan. daya nak dapatkan kedai atau tampat yg boleh memperbaiki kamera tersebut…

    sekian terimakasih…..
    yang benar
    aZLY
    azly_0210@yahoo.com

    Comment by aZLY — 22/05/2008 @ 4:10 pm

  15. assalamualaikum

    saya dari melaka amat berminat bidang fotogarafi ini,cuma saya ni kekurangan modal untuk mendalami bidang ini.adakah bidang ini mesti mempunyai modal yang besar sebab saya perhatikan harga setiap camera slr dan lensanya agak mahal harganya.saya juga cadangkan blog ini adakan ruangan jual beli barangan baru dan terpakai sesama ahli. sekian

    Comment by meor johari — 15/06/2008 @ 11:11 am

  16. saya nak tahu jadual kursus untuk bengkel asas pada december ?

    Comment by hanif ismail — 21/06/2008 @ 11:28 am

  17. Harap jangan tanya soalan di ruangan komen ini. Sila ikuti panduan bertanya soalan seperti di atas. Terima kasih.

    Comment by hasnuddin — 21/06/2008 @ 11:07 pm

  18. Salam…
    Saya berminat didalam fotografi ni. Kamera jenama apa yg sesuai bagi orang baru nk belajar seperti saya ni. Harap boleh cadangkan.

    Comment by Zulkifli — 23/07/2008 @ 12:31 pm

  19. salam..sifu.. saya baru memiliki camera Nikon D40.. tapi tak pandai guna manual.. tapi first of all saya nak tanya pa itu dan mcm mana nak menngunakn shutter, aperture??

    Comment by eyina — 05/08/2008 @ 3:49 pm

  20. A’kum cikgu yg sy hormati..sy norhisham bekas pelajar krusus asas digital(8-9 november 2008)sy akaui pada masa sy mgikuti krusus tersbut sy masih baru mgenali dunia fotografi,dlm kelas sy boleh dikatakn faham dng tunjuk ajar cikgu,tp dlm waktu yg sama ad sedikit ktidak fahaman sy..maklumla org baru dlm dunia nie..lagi pn masa tu sy memang txtahu langsug untk mnangkap gmbr secara manual…masalah sy adlah txtahu nx seimbangkn shutter,aperture…kdgn2pening kepala….

    Comment by hisham — 23/11/2008 @ 10:10 am

  21. Norhisham, kalau masih tak faham cara nak seimbangkan shutter dan aperture, sila datang semula ke Kursus AFD untuk refresh semula - cuma bayar RM50 sahaja.

    Comment by hasnuddin — 24/11/2008 @ 1:21 pm

  22. Salammmm… pak rep……. tahniah n syabas!!!! ???? ;-)

    Comment by Mimie Sabah — 04/12/2008 @ 2:47 pm

  23. assalamualaikum
    saya amat berminat bidang fotography tetapi saya tidak tahu jenis kamera yang bagaimanakah bersesuaian dengan “beginner” seperti saya.

    ini kerana terlalu banyak jenis kamera di pasaran Bolehkah pihak tuan memberi sebarang cadangan pembelian kamera yang bersesuaian.

    terima kasih

    Comment by zam hafis — 04/12/2008 @ 11:41 pm

  24. Saya amat meminati foto2 ADAN dan selalu jadikan inspirasi…& amat berharap suatu hari saya akan dapat menimba ilmu dari sifu yang sangat dihormati.

    Comment by zana — 31/12/2008 @ 1:32 am

  25. Saya berminat dalam bidang videografi… boleh tak sifu bagi info2 untuk meraka yg berminat untuk bergiat dalam bidang videografi ini.. untuk kita berkongsi bersama…

    Comment by Sharkrul — 31/12/2008 @ 1:50 pm

  26. salam…saya dapat job untuk hari sukan super…saya juga baru dalam bidang ini.saya menggunakan kemera eos 1000d dengan kit lens sahaja…adakah ini memadai atau saya perlu lens yang gah…dan apa yang perlu saya shoot pada hari tersebut

    Comment by hafiz — 22/01/2009 @ 10:59 am

  27. salam.. saya fresh graduat dr institusi swasta. 24 tahun. saya dah lame berminat dgn fotografi dan saya telah cuba untuk menghasilkan shot yg cantik dan menarik dengan hanya menggunakan handphone sony ericson k750i. mmg kelakar tp itu saya anggap sebagai permulaan.

    disini saya mahu minta pendapat awak..
    1) bagaimana saya hendak menceburkan diri dengan serius dalam fotografi ini??
    2) kamera jenama apa yg sesuai untuk hasil yg memuaskan??

    Comment by hilda hari — 16/02/2009 @ 9:25 am

  28. assalamualaikum…

    akan kah ada lagi kursus AFD?
    harap2 harganya bepatotan ek…

    Comment by suzana — 06/04/2009 @ 1:14 pm

  29. Tahniah , satu usaha yang baik dalam memajukan industri fotografi. Saya secara peribadi menyokong usaha yang baik ini semoga mendapat barakah dariNya

    Comment by Haji Mohamad azlan b Mohamed Amin — 09/04/2009 @ 1:24 am

  30. Asslamualaikum… mentaraguru…
    saya menggunakan kamera D60/lensa biasa, saya ingin mengetahui bagaimana untuk menangkap gambar bunga api (fireworks). satu lagi, adakah penggunaan lensa hood penting?

    Comment by Ayie — 17/04/2009 @ 9:28 am

  31. haiiiii…..
    saya berminat dalam bidang ini &
    saya tidak mempunyai pengalaman
    saya juga nak sambung stdy
    saya nak sambung study dalam bidang ini lah
    adakah ia memerlukan pengalaman
    boleh tolong berikan pendapat tak
    apa yang harus sy lakukan sekarang
    terbaca dalam laman web ni sa rasa sy berpeluang untuk sambung study lagi
    tolong lah yer
    terima kaseh

    Comment by amrizal — 04/11/2009 @ 9:06 am

  32. sy minat sgt nak jd jurugambar..
    but sy x de basic..
    jz gne cmere hp 3.2mp je..
    n tgh kmpul duit nak bli cmere yg de quality ckit mcm nikon d3000 ke..tp tggu mase je..
    sy nak sgt jd juru camere..mcm ne nak blajar yg basic.

    Comment by isyah — 16/11/2009 @ 2:46 am

  33. sy gune camera nikon D60,dan sy nak beli lens yg baru…sebelum ni sy gune lens nikkor 18-55mm…sy nak beli yg boleh zoom jauh sikit…18-200mm..antara nikkor,sigma, atau tamron mane yg paling bagus…sy juga nak beli flash tp sy x taw nak bli yg mane…sbb sy baru je menceburi dlm bidang fotografi ni…

    Comment by syahizwan — 20/11/2009 @ 3:40 am

  34. Saya cadangkan anda beli lensa dari jenama Nikon jika ada budget. Saya cadangkan flash SB-600.

    Comment by hasnuddin — 28/11/2009 @ 8:20 pm

  35. Salam..
    saya khairul anuar, sy student di kOlej Multimedia KL, sy minat dlm bidang fotografi..
    sy hanya tahu basic dlm bidang ini..
    sy hnya guna kmera DSLR Sony a200..
    boleh bg tahu lens n flash yg cmne ssuai bg org yg bru2 berjinak dalam bidang ini??

    Comment by Khai — 21/01/2010 @ 9:33 am

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

ruldrurd

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

© www.fototeacher.com , Desinged by Stealth Settings , WP Themes
Entries (RSS) and Comments (RSS)