Tag Archives: unique

Jangan Tertipu dengan Gambar Ini!

Jika anda perhatikan gambar di atas, anda tentu akan menyangka bahawa ianya adalah 4 keping gambar berlainan yang dicantumkan untuk menjadi sekeping gambar. Cuba tengok betul-betul. Sebenarnya, gambar ini adalah sekeping gambar yang dirakam sekali sahaja! Cuba lihat situasi sebenar seperti gambar di bawah ini:

Gambar ini dirakam oleh jurugambar bernama Bela Borsodi. Laman web beliau di sini –  http://www.belaborsodi.com/
Sumber artikel dari Gizmodo.com

Anda juga boleh tonton video di bawah yang menunjukkan video ‘time-lapse’ langkah demi langkah bagaimana gambar ini dihasilkan. Memang rumit!

Kamera Paling ‘Sempoi’ dari Afghanistan

Kamera yang paling asas yang telah digunakan di Afghanistan untuk merakam foto potret di tepian jalan. Tidak perlu bateri, tidak perlu elektrik! Cuma menggunakan kamera kayu buatan sendiri, photographic paper dan bahan kimia untuk menghasilkan gambar. Kamera ini merupakan satu ciptaan yang unik dan semakin pupus atau mungkin telah pun pupus sekarang ini.

Nak Tulis Apa?

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOEACHER.COM

Saya mula menulis blog FOTOTEACHER pada 12 Disember 2006. Bermakna, kini blog ini sudah berusia lebih dari 5 tahun. Bermula dari satu entry ringkas, kini, blog ini sudah mempunyai 589 entry yang berupa artikel, gambar, video dan sebagainya. Saya tidak menyangka akan sampai ke tahap ini. Betullah kata pepatah, perjalanan beribu batu bermula dari satu langkah pertama.

Banyak perkara yang saya belajar dan manfaat yang saya perolehi sejak saya menulis blog. Salah satu manfaat yang saya dapat ialah, saya telah memantapkan kemahiran saya dalam bidang penulisan. Bukanlah bermaksud saya sudah menjadi penulis yang hebat, tetapi, kemahiran menulis saya telah banyak diperbaiki sejak saya menulis blog. Kemahiran menulis ini amat penting bagi saya kerana melaluinya saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman dengan orang lain melalui penulisan. Kemahiran menulis juga penting untuk perniagaan saya kerana melaluinya saya boleh menulis ayat promosi yang berkesan dimana, sesuatu penulisan itu mestilah berbentuk ringkas, menarik dan mudah difahami. Alhamdulillah.

Suatu masa dulu, blog ini lebih meriah kerana selalu ada komen pembaca pada setiap entry yang dibuat. Kini, jarang sekali ada komen dari pembaca. Entah mengapa. Mungkin orang lebih suka berinteraksi di Facebook agaknya. Atau mungkin juga blog ini sudah semakin membosankan?

Dari segi statistik, laman web dan blog FOTOTEACHER.COM menerima kunjungan yang agak banyak dimana ada sehingga 10,000 pelawat (unique visitors) ke blog ini setiap bulan dengan page views mencecah sehingga 60,000 sebulan. Blog ini juga telah berjaya mencapai Google page rank level 3 dimana tahap ini adalah agak baik untuk sebuah blog berbahasa Melayu tempatan. Pada tahun 2012 pula, blog ini telah berjaya ke peringkat akhir sebagai calon blog paling popular dalam kategori fotografi untuk Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards (MITBCA). Tetapi, ini semua tidak begitu penting untuk saya. Saya lebih mengutamakan pembaca mendapat manfaat dari blog ini. Jadi, pada kali ini, saya ingin mendapatkan maklum balas dari anda semua:

Terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Diharap, anda dapat memberikan cadangan anda DI SINI

Jurufoto di Jepun yang Gila-Gila dan Selamba

Lihat telatah seorang jurufoto di Jepun yang merakam foto potret di tengah kesibukan orang ramai melintas jalan di Shibuya, Jepun. Shibuya Crossing (lintasan pejalan kaki di Shibuya) adalah lokasi yang amat terkenal dan dikatakan sebagai lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia!