Posts Tagged “teknik flash”

January 10, 2011 Categorized under BLOG ARKIB

TIPS MERAKAM FOTO INTERIOR

TIPS MERAKAM FOTO INTERIOR
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
(Telah diubahsuai dari entry asal dari blog FOTOTEACHER – ‘TIPS MERAKAM GAMBAR INTERIOR’ – 27 Februari 2008)

Di dalam gambar ini, 3 sumber cahaya berbeza digunakan dan diadun secara seimbang. 3 sumber cahaya yang digunakan ialah cahaya semulajadi lampu tungsten dalam rumah, cahaya semulajadi waktu senja dan cahaya flash sebagai fill-in light.

Subjek bahagian depan diterangi dengan menggunakan cahaya flash manakala subjek di latar belakang ‘dirakam’ dengan penggunaan cahaya sedia ada lampu tungsten di dalam rumah tersebut

Wajah subjek (Rizalman Ibrahim) diterangi menggunakan cahaya flash. Untuk melembutkan cahaya flash ini, diffuser besar berbentuk payung digunakan. Walau menggunakan flash, kecerahan subjek di latar belakang diimbangi dengan penggunaan shutter speed yang agak perlahan.

Dalam gambar ini, flash tidak dipancarkan dari depan, tetapi dari sisi kamera untuk menjadikan pencahayaan subjek lebih menarik.

Gambar dirakam dengan satu bounced flash. Subjek berdiri berhampiran dengan meja putih (yang bertindak sebagai reflector) yang membantu membalikkan cahaya ke wajah subjek. Ini dapat melembutkan bayang di bahagian bawah muka subjek.

Foto-foto di atas dirakam untuk keluaran dalam sebuah majalah di Malaysia. Subjek gambar ini adalah gambar rumah pereka fesyen terkenal – Rizalman Ibrahim. Saya ingin kongsi sikit cerita & tips untuk merakam gambar interior seperti ni:
  • Antara cabaran dalam merakam gambar interior ialah untuk mendapatkan sudut yang sesuai. Tugas ini lebih sukar bila kita dalam tempat yang sempit. Biasanya, kita mudah melihat rekaan interior yang cantik dengan mata kita. Tapi, untuk mendapat pemandangan interior yang cantik di dalam kamera, adalah satu cerita yang berbeza. Maksud saya, untuk dapat gambar yang cantik, anda perlu cuba lihat dari banyak sudut berbeza dan melihat melalui focal length lensa yang berlainan. Ada sesetengah sudut yang tidak cantik dilihat dengan mata, tetapi cantik di dalam kamera. Begitu juga sebaliknya…
  • Kadangkala, kita berhadapan dengan keadaan dimana, kita lihat interior itu cantik, tapi bila tengok melalui kamera, macam ada yang tidak kena. Jadi, anda mungkin perlu ubah kedudukan beberapa barang dalam rumah itu. Anda juga mungkin perlu masukkan sesuatu objek yang sesuai untuk menjadikan gambar lebih menarik. Jangan takut untuk mengalih barang dalam rumah tersebut. Ini biasa dilakukan oleh jurugambar interior untuk mencantikkan lagi sesuatu pemandangan interior. Cuma anda perlu berhati-hati mengendalikan barang-barang yang mudah pecah.
  • Walaupun keadaan agak gelap, cuba rakam gambar interior tersebut dengan menggunakan cahaya semulajadi yang ada untuk tunjukkan keadaan yang natural. Anda perlu gunakan tripod dalam keadaan cahaya yang malap (guna shutter speed perlahan). Kalau boleh, cuma guna cahaya flash untuk ‘fill-in’ tempat-tempat penting yang masih gelap.

    Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

    Untuk merakam gambar interior seperti ini, elok jika anda ada kemahiran dalam penggunaan flash. Anda boleh pelajari teknik penggunaan flash dengan menghadiri Bengkel Portable Flash anjuran FOTOTEACHER di – http://fototeacher.com/FlashPhotography.html



May 11, 2010 Categorized under Artikel Teknikal

Tips Penggunaan Flash

flashsample
Contoh foto dengan kawalan flash yang baik.

TIPS PENGGUNAAN FLASH
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Bila merakam foto menggunakan flash, biasanya hasil gambarnya akan kelihatan tidak natural. Saya selalu pesan kepada peserta kursus – kalau pakai flash, jangan bagi nampak macam pakai flash. Maksudnya, kita mesti kawal supaya cahaya flash tersebut nampak natural dan cantik. Untuk mendapatkan kesan cahaya flash yang menarik, anda boleh mengikuti beberapa tips ini:

1) Jadikan flash sebagai fill-in sahaja, bukan sebagai main light. Secara mudahnya, gunakan ISO yang agak tinggi, aperture yang paling besar dan shutter speed yang paling perlahan untuk mendapatkan kesan flash yang natural dan teradun dengan cahaya semulajadi. Jika anda menggunakan kawalan TTL pada flash, anda boleh letakkan flash compensation pada -1, -2 dan sebagainya, untuk menjadikan flash anda sebagai fill-in sahaja.

2) Lembutkan cahaya flash dengan cara memantulkan (bounce) flash tersebut ke syiling atau ke dinding. Cuma pastikan sudut pantulan anda adalah betul dan menghasilkan kesan pencahayaan yang menarik. Anda juga perlu ingat agar elakkan bounce kepada syiling atau permukaan yang terlalu tinggi atau berwarna gelap kerana kuasa flash anda tidak mampu memantulkan balik cahaya tersebut. Ini akan mengakibatkan flash anda jadi cepat panas, tempoh recycle bateri menjadi perlahan dan bateri cepat habis. Jika permukaan tersebut terlalu jauh atau terlalu gelap, gambar yang dihasilkan akan menjadi gelap (under exposed)

3) Untuk mengurangkan bayang yang dihasilkan oleh flash, anda boleh gunakan reflector untuk memantulkan kembali cahaya utama sekaligus mengurangkan bayang. Reflector adalah satu aksesori yang amat penting dan berguna untuk jurufoto perkahwinan atau jurufoto potret. Terdapat berbagai jenis reflector di pasaran, tetapi yang paling praktikal adalah reflector bernama TriGrip buatan Lastolite. Anda boleh dapatkan reflector jenis ini dari FOTOTEACHER dengan harga diskaun jika anda adalah bekas peserta kursus FOTOTEACHER. Malah anda boleh mencuba dahulu sebelum membeli dari kami.

4) Anda juga boleh lembutkan cahaya flash dengan menggunakan diffuser dihadapan flash. Diffuser ini boleh dibuat dari sebarang objek yang lutcahaya. Setiap bahan akan memberikan kesan cahaya yang berlainan. Anda boleh gunakan kertas putih, kertas tisu atau plastik putih yang lutcahaya (seperti botol susu yang dibuat dari plastik) Untuk anda yang lebih serius, anda boleh gunakan aksesori seperti umbrella atau softbox. Antara jenama yang terkenal adalah Lumiquest dan Lastolite. Kini, produk-produk ini juga boleh didapati di FOTOTEACHER.

5) Untuk kesan yang lebih semualajadi, jangan pakai flash langsung jika keadaan mengizinkan. Anda perlu ada lensa dengan aperture yang besar seperti f/2.8 untuk tujuan ini. Anda juga mestilah boleh merakam foto dengan shutter yang perlahan seperti 1/8 saat serta ISO tinggi seperti ISO 800. Untuk merakam foto dengan shutter yang perlahan, anda perlu ada lensa VR atau IS. Atau anda boleh guna lensa biasa, tetapi perlu mempunyai tangan yang stabil.

6) Selain dari cahaya lembut, cahaya direct flash juga boleh menghasilkan foto yang menarik jika kena dengan subjeknya. Cahaya direct flash lebih kasar dan menghasilkan bayang yang ketara. Untuk menjadikan direct flash lebih menarik, anda perlu pancarkan flash anda secara off-camera (flash tidak berada di atas kamera) Anda perlu mempunyai TTL cord untuk tujuan ini. Anda boleh pancarkan flash dari sudut tepi kamera anda dan sebagainya. Dengan pancaran flash secara off-camera, foto anda tidak akan kelihatan seperti foto biasa dimana flash dipancarkan dari atas kamera.

7) Diharap tips ringkas di atas dapat memberi manfaat kepada anda. Jika anda berminat untuk mempelajari teknik flash dengan lebih mendalam, saya cadangkan anda untuk menghadiri Bengkel Portable Flash yang akan datang. Kami menawarkan harga diskaun early bird yang sungguh rendah kepada peserta yang membuat bayaran awal. Kami juga menawarkan diskaun istimewa untuk peserta yang ingin membeli peralatan flash dari jenama Lastolite dan Lumiquest dengan harga yang tidak ditawarkan di tempat lain! Kemudahan bayaran menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard juga disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.fototeacher.com/FlashPhotography.html
Untuk pertanyaan, sila hubungi: 03-91017155 atau 012-3937155

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

bpflastolite

March 29, 2010 Categorized under Artikel Teknikal, Tips

Flash – Biar Nampak Natural

Flash – Biar Nampak Natural
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

Sejak zaman penggunaan filem, portable flash adalah satu peralatan yang penting dalam fotografi. Kita menggunakannya dalam pelbagai situasi sama ada dalam ruang tertutup mahupun di bawah matahari sebagai fill-in. Sebagaimana pentingnya flash, ia selalu disalah gunakan hingga boleh merosakkan gambar yang bagus.

Flash memberikan ruang kawalan cahaya yang sangat tinggi terutamanya di ruangan tertutup. Teknik ceiling bounce iaitu dengan memantulkan cahaya flash ke siling akan mencerahkan keseluruhan ruang lantas menjadikan latar belakang lebih menarik. Anda juga boleh mengawal arah datangnya cahaya dan keamatannya untuk menghasilkan kesan yang dihajati. Kelebihan utama portable flash berbanding dangan yang dibina pada badan kamera ialah sudut cahaya boleh dikawal sama ada dengan menggerakkan kepala flash, penggunaan kabel atau pun wireless.

Kebebasan untuk mengawal cahaya menggunakan portable flash adakalanya digunakan dengan cara yang kurang wajar. Ada beberapa hasil karya yang saya lihat menonjolkan penggunaan portable flash yang kurang efektif sehingga mencacatkan gambar. Flash seharusnya membantu pencahayaan agar foto dapat dirakam dengan dedahan yang betul, tetapi bukti penggunaan flash harus diminimakan agar foto kelihatan lebih natural. Beberapa perkara boleh membantu agar kesan penggunaan flash kurang kelihatan. Disini ada sedikit tips untuk tatapan.

  1. Gunakan diffuser atau teknik bounce. Flash yang dihalakan terus ke arah subjek tanpa diffuser akan melihatkan kesan silau. Hati-hati dengan warna permukaan yang digunakan untuk bounce.
  2. Jarakkan subjek dengan sebarang objek rata seperti dinding di belakangnya. Penggunaan flash mudah menghasilkan bayang-bayang. Ini boleh dielakkan dengan mudah hanya dengan mengubah kedudukan anda agar latar belakang tidak menghasilkan bayang-bayang.
  3. Walaupun penggunaan diffuser dan pantulan boleh melembutkan cahaya, kesan silau masih boleh dihasilkan jika subjek mempunyai elemen yang memantulkan cahaya. Baju putih, rim kacamata dan kepala tali pinggang besi boleh menghasilkan kesan silau. Mungkin anda ingin membuat tight crop agar objek bersinar tidak mengganggu foto tersebut.
  4. Peluh menghasilkan kesan berkilauan dan selalunya kita hanya perasan apabila imej dipaparkan di skrin komputer. Elok juga jika kita periksa jika subjek berpeluh dan hulurkan tisu.
  5. Ada juga punya silau yang disebabkan oleh latar belakang. Perhatikan jika terdapat kaca, cermin atau permukaan yang boleh menyebabkan pantulan.
  6. Jika subjek terlalu jauh dari latar belakang, kita akan mendapat foto yang mana latar belakang adalah gelap. Gunaka ceiling bounce untuk menerangkan kawasan di belakang dan shutter yang perlahan beserta ISO tinggi.
  7. Ada sesetengah manusia yang wajahnya bersegi dan mudah menampakkan kesan flash. Gunakan teknik bounce ke tepi agar mendapat side lighting.

Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

figure-2a
Kilau pada sanggul agak mengganggu tumpuan pada gambar.

figure-2b
Kilau pada dinding boleh dielakkan dengan mengambil sudut yang berbeza.

SERTAI BENGKEL PORTABLE FLASH ANJURAN FOTOTEACHER. UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN, SILA KLIK DI SINI
Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 atau e-mel sales@fototeacher.com

June 10, 2009 Categorized under Berita & Pengumuman

3 PROGRAM TERBARU DARI FOTOTEACHER.COM

posterkfp
KURSUS FOTOGRAFI PERKAHWINAN (KFP)
Kini Dibuka Untuk Pendaftaran!
Tarikh Kursus: 29 JUN 2009

Kursus profesional tentang teknik fotografi perkahwinan. Sebuah program padat yang akan disampaikan oleh Hasnuddin Abu Samah, pengasas Adan Cameraworks.
Lihat maklumat lanjut

posterkpf
KURSUS PERNIAGAAN FOTOGRAFI (KPF)
Kini Dibuka Untuk Pendaftaran!
Tarikh Kursus: 30 JUN 2009

Kursus yang akan membicarakan tentang aspek perniagaan khusus untuk menjana wang dari bidang fotografi.
Lihat maklumat lanjut

posterportableflashresized
BENGKEL PORTABLE FLASH (BPF)
(Sambungan Kursus Asas Fotografi Digital – AFD)
Kini Dibuka Untuk Pendaftaran!
Tarikh Kursus: 4-5 Julai 2009

Pelajari asas pencahayaan secara hands on dengan menggunakan portable flash. Latihan terperinci untuk dapatkan hasil yang baik dengan cara yang murah, mudah dan cepat. Sesuai dihadiri oleh jurugambar perkahwinan, jurugambar event dan peminat fotografi umum yang ingin mempelajari asas pencahayaan portable flash.
Lihat maklumat lanjut