Tag Archives: Sony

Ilusi Optik yang Mesti Anda Cuba!

Gambar negatif di atas adalah gambar dari iklan Sony Cybershot. Anda akan dapat kesan ajaib dengan melakukan perkara di bawah ini:

1) Tenung 3 titik berwarna pada hidung wanita di dalam gambar ini selama 30 saat
2) Kemudian, alihkan pandangan anda ke permukaan putih (dinding/skrin/kertas) dan kelipkan mata dengan cepat
3) Anda akan dapat lihat imej wanita tersebut dalam warna penuh!

Tips Membeli Kamera dan Lensa Terpakai

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Samada anda belum cukup bajet atau sekadar ingin berjimat – membeli kamera dan lensa terpakai adalah satu langkah bijak jika anda tahu caranya. Peralatan terpakai adalah lebih murah; mungkin rupanya tidak berkilat dan secantik peralatan baru, tetapi ianya tetap mampu berfungsi sama seperti peralatan baru yang lebih mahal. Lebih menarik lagi, jika kena caranya, peralatan terpakai yang telah dibeli boleh dijual semula dengan harga yang sama nilai tanpa anda rugi sedikit pun!

Berapa murahkah dan berapa banyakkah anda boleh berjimat? Sebagai contoh, lensa Canon EF 70-200mm f/4L IS USM baru dijual dengan harga RM4,000. Lensa yang sama, tetapi terpakai, dijual dengan harga RM3,000 sahaja (pengurangan harga sebanyak 25%). Jika item yang sama berada dalam keadaan yang lebih lusuh (tetapi masih boleh berfungsi dengan baik), harganya boleh jadi serendah RM2,500 sahaja.

Lensa Canon EF 70-200mm f/4L IS USM. Foto dari - www.thedigitalpicture.com

Ini juga bermaksud, dengan bajet RM10,000 anda mungkin cuma boleh membeli satu kamera dan satu lensa baru. Tetapi, dengan bajet yang sama, anda boleh membeli satu kamera dan dua lensa terpakai.

Apabila ingin membeli peralatan terpakai, anda perlu tahu beberapa perkara agar anda tidak mengalami masalah atau kerugian. Anda perlu tahu cara untuk memeriksa dan menilai peralatan terpakai yang akan anda beli. Berikut ini adalah panduan ringkas untuk anda:

1) Ketahui berapakah harga terendah untuk peralatan tersebut jika dibeli baru. Dengan ini, anda boleh anggarkan nilai peralatan terpakai yang ingin anda beli. Biasanya, saya akan menyemak harga peralatan kamera di sini

2) Nilai sesuatu peralatan terpakai adalah berdasarkan keadaannya samada kelihatan masih baru atau sebaliknya. Biasanya penjual meletakkan ‘score’ per sepuluh untuk menggambarkan kondisi peralatan yang dijual. Contohnya, kondisi 9/10 menggambarkan peralatan tersebut masih kelihatan seperti baru. Manakala sekiranya kondisi 5/10 menandakan peralatan tersebut telah kelihatan agak buruk, tetapi masih boleh berfungsi.

3) Peralatan model lama atau model yang telah diganti dengan model yang lebih baru (dan lebih baik) biasanya akan bernilai lebih rendah, walaupun ianya masih dalam keadaan baik. Manakala peralatan yang popular atau yang menjadi rebutan, biasanya akan dijual dengan harga yang lebih tinggi.

4) Jika dilihat dari segi usia sesuatu kamera dan lensa, kamera yang berusia lama biasanya lebih rendah nilainya berbanding lensa yang berusia lama. Ini kerana, perkembangan dan perubahan teknologi kamera adalah lebih cepat berbanding perkembangan teknologi lensa. Jadi, harga kamera akan jatuh lebih cepat berbanding dengan harga lensa.

5) Apabila membeli kamera terpakai, faktor penting yang perlu diberi perhatian adalah jumlah shutter count kamera tersebut. Kamera dengan jumlah shutter count yang tinggi, sepatutnya dijual dengan harga yang lebih rendah. Secara umumnya, mekanisma shutter sesuatu kamera perlu ditukar apabila ianya mencecah sekitar 200,000 cycle (shutter count). Jadi, apabila membeli kamera terpakai dengan shutter count 180,000 misalnya, anda perlu menukar mekanisma shutter baru tidak lama kemudian. Ini akan meningkatkan kos sebenar kamera tersebut. Untuk menukar mekanisma shutter baru, anda perlu belanjakan sekitar RM700 (bergantung kepada jenis kamera)

6) Apabila membeli lensa terpakai, antara faktor penting yang perlu diberi perhatian adalah keadaan dalaman lensa tersebut. Pastikan tiada calar, yang biasa terdapat pada bahagian luar lensa dan pastikan juga tiada habuk di dalam lensa. Anda juga perlu pastikan tiada fungus yang biasanya akan terbentuk di dalam bahagian lensa. Salah satu cara untuk membuat pemeriksaan adalah dengan menyuluh lampu ke dalam lensa tersebut.

Cara mengesan dan melihat fungus, habuk atau kesan calar pada lensa

7) Untuk lensa terpakai, anda juga perlu memeriksa samada AF (auto focus) berfungsi dengan baik. Anda juga perlu memeriksa perkara lain seperti ketajaman gambar dan sebagainya. Caranya ialah, rakam sekeping foto menggunakan lensa tersebut dan lihat hasilnya pada LCD screen. Enlarge view pada LCD screen dan perhatikan dengan teliti jika terdapat sebarang kecacatan pada imej yang dirakam yang berpunca dari masalah lensa.

Petunjuk umum dan mudah samada sesuatu peralatan itu masih elok atau sebaliknya ialah dengan melihat dan meneliti keadaan fizikal luaran sesuatu peralatan itu. Jika terdapat kesan calar, kemek dan sebagainya, itu menggambarkan peralatan itu telah diguna dengan lasak secara kerap dan besar kemungkinan bahagian dalaman sesuatu peralatan itu juga turut terjejas. Perhatikan juga skru-skru, untuk membuat andaian samada sesuatu peralatan itu pernah dibuka dan diperbaiki bahagian dalamannya.

Jika anda berminat untuk membeli peralatan kamera dan lensa terpakai, saya ingin cadangkan 3 cara/tempat untuk anda:

1) Beli dari KL Used Camera and Lenses. Anda boleh lihat senarai stok peralatan terpakai  di Facebook page mereka. Mereka tidak mempunyai kedai, jadi, tanpa kos overhead ini, mereka boleh menawarkan harga yang lebih rendah berbanding peniaga yang mempunyai premis tetap. Untuk membeli dan mengambil peralatan yang dibeli, anda perlu membuat temujanji untuk berjumpa mereka di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di Tropicana Mall dan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Mereka boleh juga membuat penghantaran barang melalui Poslaju. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook page KL Used Camera and Lenses di sini.

2) Beli dari kedai YL Camera. Selain dari menjual peralatan baru, mereka juga mempunyai banyak peralatan kamera dan lensa terpakai untuk dijual. Walaupun pada pendapat saya, harganya mahal sedikit, tetapi, anda boleh mendapat banyak pilihan dan mendapat jaminan tertentu terhadap barangan yang dibeli. Mereka juga boleh menerima trade-in atau membeli peralatan kamera yang ingin anda jual. Tetapi, tentu sekali mereka akan membeli dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran kerana mereka juga perlu membuat untung untuk menjual semula peralatan yang dibeli. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web YL Camera di sini.

3) Layari laman web Free Trade Zone. Di sini terdapat banyak iklan kamera dan lensa terpakai untuk dijual. Anda boleh cuba tawar menawar dengan penjual di sini. Tetapi, berhati-hati dengan penipuan. Untuk keselamatan, jangan beli atau buat bayaran secara online.  Jumpa penjual secara bersemuka, periksa betul-betul barangan yang ingin dibeli. Anda boleh layari laman web Free Trade Zone di sini

Saya sendiri pernah beberapa kali menggunakan ketiga-tiga cara/tempat di atas untuk menjual atau membeli peralatan kamera dan lensa. Oleh sebab itulah saya ingin mencadangkannya kepada anda semua. Namun, sila berhati-hati dan buat keputusan dengan bijak ketika berurus niaga. Saya tidak akan bertanggung jawab di atas sebarang masalah yang mungkin timbul. Semua maklumat di atas adalah betul pada masa artikel ini ditulis dan ianya mungkin berubah mengikut masa. Sila semak dan pastikan maklumat terbaru.

Kelemahan membeli peralatan terpakai adalah ianya tidak mempunyai jaminan setahun dari pengilang. Tetapi, penjual peralatan terpakai boleh memberi jaminan juga, tetapi tempohnya adalah pendek. Mungkin sekitar 7 hari atau sebulan, bergantung kepada penjual.

Selain dari peralatan terpakai, anda juga boleh beli peralatan baru dengan harga yang kompetitif di sini

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN

APAKAH JENAMA KAMERA YANG TERBAIK?

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
(Please click here for English Translation)

Ini mungkin satu soalan yang paling kerap ditanya oleh peminat fotografi yang baru menceburi bidang ini – “Apakah jenama kamera yang terbaik?” Sebenarnya, tidak ada satu jawapan yang tepat untuk soalan ini –  semuanya bergantung kepada keperluan dan citarasa setiap individu. Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu bagi membantu anda mendapatkan jawapan kepada persoalan ini.

Ada banyak jenama kamera di pasaran. Ada sesetengah jenama yang jarang didengari kerana mereka mengeluarkan kamera khas untuk golongan tertentu sahaja. Contohnya, jenama kamera Horseman dan Sinar mengkhusus dalam pembuatan View Camera dan kamera berkualiti tinggi yang hanya digunakan oleh segelintir jurufoto yang mengkhusus dalam bidang tertentu.

Ada pula sesetengah jenama yang lebih dikenali sebagai pengeluar jenis kamera yang tertentu. Contohnya, jenama Leica lebih popular sebagai pengeluar kamera jenis Rangefinder (walaupun Leica turut mengeluarkan kamera compact dan DSLR) Jenama Hasselblad pula lebih dikenali sebagai pengeluar kamera Medium Format yang ulung. Kedua-dua jenama ini menghasilkan kamera berkualiti tinggi dan harga kamera mereka jauh lebih mahal dari kamera DSLR yang biasa kita gunakan.

Jadi, dari segi kualiti gambar, kamera berjenama Hasselblad bolehlah dikatakan sebagai di antara beberapa kamera yang terbaik di dunia. Tetapi, ianya bukan kamera yang sesuai untuk semua orang kerana harganya yang sangat mahal dan kameranya lebih besar dan lebih berat dari kamera DSLR biasa. Walaupun kualitinya baik, tetapi kamera ini tidak semestinya menjadi pilihan terbaik untuk kebanyakan orang.

Kamera medium format jenama Hasselblad (Foto dari Hasselblad)

Untuk kamera jenis DSLR, antara jenama yang popular adalah – Nikon, Canon, Sony, Olympus dan Pentax. Sebenarnya, selain dari kualiti kamera itu sendiri, populariti jenama-jenama ini turut dipengaruhi oleh strategi pemasaran dan penjenamaan yang dibuat oleh mereka di sesuatu negara tertentu. Contohnya, ada sesetengah jenama kamera yang lebih popular di Jepun, tetapi kurang popular di Malaysia. Jenama yang popular tidak semestinya menghasilkan kamera yang terbaik. Namun, secara umumnya, adalah lebih ‘selamat’ untuk memilih kamera dari jenama yang popular dan ramai penggunanya.

Setiap jenama meletakkan harga yang berbeza kepada peralatan mereka berbanding jenama lain. Peralatan yang berkualiti biasanya berharga lebih mahal. Selain dari itu, prestij sesuatu jenama biasanya akan turut mempengaruhi harga produk yang mereka jual.

Selain memberi perhatian kepada kualiti sesuatu kamera, anda juga harus pertimbangkan mengenai kualiti perkhidmatan selepas jualan yang ditawarkan oleh jenama-jenama kamera ini. Adakah mudah untuk memperbaiki kamera yang rosak misalnya? Adakah perkhidmatan yang diberikan cepat dan berharga patut?

Setiap syarikat atau jenama pengeluar kamera mempunyai misi dan visi mereka yang tersendiri. Ada jenama yang lebih maju dari segi teknologi, ada jenama yang lebih mengutamakan kualiti, ada jenama yang lebih cenderung membuat kamera bersaiz kecil dan sebagainya.

Satu lagi perkara penting yang perlu anda ketahui ialah, setiap jenama kamera mempunyai sistemnya yang tersendiri yang tidak sama dengan sistem kamera dari jenama lain. Peralatan seperti kamera, lensa dan flash dari jenama tertentu majoritinya hanya boleh digunakan di kalangan jenama yang sama sahaja. Contohnya, kamera jenama Canon tidak boleh menggunakan lensa dari jenama Nikon (kecuali dengan pengubahsuaian khas) Malah, ada juga peralatan dari jenama yang sama tetapi tidak boleh digunakan untuk model yang berbeza. Jadi, adalah penting untuk anda pastikan setiap peralatan yang akan dibeli boleh digunakan dengan peralatan yang telah sedia ada. Isu keserasian peralatan ini lebih dikenali sebagai compatibility.

Selain dari serasi dengan jenama yang sama, setiap kamera juga boleh berfungsi dengan peralatan dari jenama lain asalkan peralatan tersebut dibuat agar serasi dengannya. Jenama seperti Tokina, Tamron dan Sigma membuat berbagai lensa yang sesuai digunakan oleh kamera dari jenama lain. Syarikat ini dikenali sebagai third party lens maker. Biasanya harga lensa yang dibuat oleh syarikat third party berharga lebih murah dari lensa yang dibuat oleh jenama pembuat kamera yang asal. Cuma pastikan lensa third party yang ingin anda beli boleh digunakan untuk kamera anda.

Selain dari lensa yang dibuat oleh syarikat third party, ada juga syarikat third party yang mengeluarkan flash seperti dari jenama Metz dan Nissin yang serasi digunakan dengan kamera dari jenama Nikon, Canon dan sebagainya.
Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kamera dari jenama tertentu, anda perlu fikirkan betul-betul secara keseluruhan dan mengambil kira penggunaan kamera tersebut dalam jangka masa panjang. Ini kerana, sebaik saja anda telah membeli kamera dari jenama tertentu, anda akan ‘terikat’ di dalam sistem kamera itu sahaja. Setiap lensa, flash dan aksesori yang akan dibeli selepas itu mestilah sesuai untuk jenama yang anda gunakan sahaja.

Dalam jangka masa beberapa tahun, anda akan membeli berbagai lensa dan aksesori dari sistem yang sama. Jika pada satu ketika anda ingin menggunakan kamera dari jenama atau sistem lain, anda perlu menjual kesemua peralatan yang telah anda miliki. Ini akan menyebabkan kerugian dan anda juga terpaksa bermula sekali lagi – membeli lensa-lensa dan aksesori baru untuk jenama kamera yang baru anda beli. Penggunaan lebih dari satu sistem kamera dalam masa yang sama biasanya tidak digalakkan kerana ia melibatkan kos yang lebih tinggi.

Satu lagi perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membeli kamera ialah – seeloknya anda membeli kamera yang sama jenama dengan kamera yang rakan anda gunakan. Ini akan memberi banyak kemudahan kepada anda dari segi perkongsian maklumat tentang sistem kamera tersebut. Malah, anda boleh bertukar-tukar lensa dan aksesori dengan rakan anda sekiranya keadaan memerlukan.

Setelah anda membandingkan berbagai jenis kamera, anda mungkin akan berhadapan dengan situasi dimana anda perlu memilih satu diantara dua kamera dari berlainan jenama. Setelah membandingkan spesifikasi kedua-dua kamera tersebut, anda mungkin mendapati keduanya adalah hampir sama. Salah satu penyelesaian untuk masalah ini ialah, pilih saja kamera berdasarkan jenama yang anda minati atau pilih saja kamera yang anda suka berdasarkan rekabentuknya semata-mata. Keputusan di sini adalah lebih kepada citarasa anda terhadap imej luaran yang ditampilkan oleh rekabentuk kamera tersebut. Akhir sekali, faktor ini jugalah yang akan membuatkan anda rasa suka dan bangga dengan kamera anda.

Persoalan mengenai jenama kamera terbaik memang sentiasa diutarakan terutamanya oleh peminat fotografi yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Hakikatnya, setiap jenama mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Pilihan adalah di tangan anda – buatlah keputusan berdasarkan keperluan, bajet dan citarasa anda sendiri. Apa pun jenama yang anda gunakan, kemahiran anda dalam fotografi jugalah yang akhirnya akan menentukan tahap kehebatan anda sebagai seorang jurufoto.

Untuk membaca lain-lain artikel mengenai asas teknikal fotografi, SILA KLIK DI SINI

Jualan Penghabisan Stok dan Promosi Kamera DSLR

Untuk melihat senarai produk untuk Jualan Penghabisan Stok, SILA KLIK DI SINI
Untuk melihat senarai produk jenama Nikon, SILA KLIK DI SINI
Untuk melihat senarai produk jenama Canon, SILA KLIK DI SINI

Semua pembelian boleh dibuat secara online. Kami boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia. Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Adam di 03-91017155 (waktu pejabat sahaja) atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

Apakah Jenama Kamera yang Terbaik?

Artikel ini dipetik dari Buku Fotografi saya yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai buku ini, sila layari – http://www.fototeacher.com/bukufotografi.html

HAKCIPTA TERPELIHARA. DILARANG MENGGUNAKAN SEMULA ARTIKEL INI DENGAN APA JUA CARA TANPA KEBENARAN BERTULIS DARI FOTOTEACHER.COM

UNTUK MELIHAT PRODUK-PRODUK YANG DITAWARKAN, SILA KLIK DI SINI

BLOG ARKIB – Kamera Untuk Tutup Malu

BLOG ARKIB – Kamera Untuk Tutup Malu
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk
“Kamera Untuk Tutup Malu”– 21 November 2008)

Isu kamera murah dan kamera mahal memanglah satu isu yang sentiasa
dibincangkan. Orang baru dalam fotografi sentiasa terdorong untuk
membeli kamera yang tercanggih yang ada di pasaran, yang kadangkala
membebankan dari segi kewangan. Sindrom ini jadi makin kronik bila
kawan-kawan selalu ‘meracun’ kita untuk beli kamera dan aksesori yang
terbaru dan terbaik di pasaran.

Dari pemerhatian saya, ini terjadi kerana orang baru dalam fotografi
tiada keyakinan pada diri sendiri dalam hal pengendalian kamera. Mereka
kurang pengetahuan fotografi dan kurang pengalaman. Jadi, untuk menutup
kelemahan diri, ramai yang ambil jalan mudah – beli kamera mahal lagi
canggih, dengan harapan, gambar yang dirakam akan jadi hebat secara
automatik. Malangnya, pendapat ini tidak benar.

Orang baru harus banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan
banyak berlatih merakam gambar. Dengan cara ini, mereka akan cepat
pandai dan akan mendapat keyakinan diri. Kita perlu yakin, bahawa, yang
membuatkan gambar yang dirakam itu cantik adalah kemahiran yang ada
pada diri kita, bukannya disebabkan oleh kamera yang canggih.

Bila kita masuk bidang fotografi dan ingin jadi jurufoto, pastikan
bahawa, minat utama kita ialah untuk hasilkan gambar yang baik, bukan
mengumpul berbagai jenis peralatan kamera dan membeli setiap kamera
keluaran terbaru. Maksudnya, jika ingin jadi jurufoto yang baik,
kita harus fokuskan masa dan wang kita lebih kepada pembelajaran dan
penguasaan kemahiran fotografi. Kamera hanyalah sekadar alat.

Jika kita ada kamera mahal, kamera tersebut akan jatuh harganya
selepas beberapa tahun.  Tapi jika kita ada ilmu dan kemahiran
fotografi dalam diri kita, ianya tidak akan jatuh nilai, malah nilai
diri kita sebagai seorang jurufoto akan sentiasa naik dengan setiap
kemahiran dan ilmu yang kita perolehi.

Tidak salah membeli peralatan kamera mahal jika kita mampu. Tapi,
sebagai jurufoto, pastikan bahawa, kemahiran kita sentiasa lebih
hebat dari kamera kita. Janganlah hanya sekadar bergaya dengan
peralatan hebat, tapi takut nak tunjuk hasil gambar.

Memang ada golongan yang digelar camera collector. Ianya juga satu
hobi yang baik dan menarik. Tapi, kalau kita ingin dikenali sebagai
jurufoto, kita lebih patut rakam dan collect gambar yang baik, bukan
collect peralatan kamera.

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Ingin dapatkan artikel-artikel fotografi secara percuma dan dihantar
terus kepada e-mel anda? Sila langgan newsletter percuma kami di
http://fototeacher.com/subscribe.htm

Fotografi Bukan Macam Matematik

Matematik ialah subjek yang saya paling lemah masa di sekolah dulu. Sebab itulah saya jadi jurufoto sekarang, bukan ahli matematik. Bila dapat masuk ITM dalam jurusan fotografi, saya rasa lega dapat belajar bidang yang saya minati. Tapi, macam tidak percaya, rupanya ada juga subjek matematik yang saya kena belajar untuk dapatkan diploma dalam fotografi. Subjek itu dinamakan Photo Science Mathematics!

Sebenarnya penting juga subjek sains dan matematik di dalam bidang fotografi ini. Sebabnya, fotografi dicipta melalui sains dan untuk kiraan yang tepat untuk beberapa perkara, ilmu matematik amatlah diperlukan. Contohnya, ada formula menggunakan matematik untuk mengira jarak fokus, jarak fokal, kuasa pembesaran imej, nilai f/number dan entah apa-apa lagi. Tapi, anda tidak perlulah risau, sebab kalau anda tidak pandai matematik pun, anda masih boleh jadi jurufoto yang bagus juga. Baiklah, cerita tadi cuma intro sahaja. Saya hendak bercakap pasal perkara lain sebenarnya.

Fotografi tidak sama macam matematik. Fotografi adalah satu bidang kreatif dimana penilaian terhadap mutu sesuatu karya adalah begitu subjektif. Maksud saya, apa pun yang anda baca atau belajar mengenai ‘peraturan’ artistik dalam fotografi, ianya hanyalah sekadar panduan sahaja sebenarnya. Tidak ada betul atau salah dalam fotografi apabila kita bercakap mengenai aspek seninya.

Jangan terima bulat-bulat apa yang diajar di dalam buku atau apa yang diajar oleh cikgu fotografi anda. Semuanya terpulang kepada anda untuk mengubahsuai ‘panduan’ yang telah diberikan tersebut. Contohnya, dalam pelajaran fotografi dikatakan, kalau rakam foto, subjek yang kita rakam mestilah tajam (sharp) difokus. Tetapi, itu tidak semestinya. Gambar yang kabur  (blur/out of focus) pun boleh menjadi gambar yang baik kalau kena pada tempatnya. Satu lagi contoh ialah mengenai noise. Secara teknikalnya, foto yang dirakam mestilah kurang noise, barulah gambar tu dikatakan cantik atau berkualiti. Maka sibuklah sekelian orang berlumba-lumba tukar kamera baru yang kurang noise. Dengan itu juga, ada pula segelintir ‘kaum’, bila tengok gambar orang saja, dia cari noise! Kalau nampak noise pada gambar orang, noise itu yang dikomen dulu – bukannya nilai artistik pada gambar tersebut. Hakikatnya, gambar yang ada noise pun boleh jadi gambar yang berjaya kalau kena pada tempatnya. Kalau gambar yang ada noise itu ada kekuatan lain seperti aksi yang sangat menarik contohnya, maka kelemahan noise itu bolehlah diabaikan saja.

Maka, akan ada pula yang akan bertanya, “Kalau noise tak penting, kenapa diaorang buat kamera baru yang kurang noise?” Ada dua sebab. Nombor satu, sebab pengeluar kamera perlu bersaing untuk jual kamera mereka. Siapa yang dapat buat kamera yang paling canggih, dia akan dapat jual lebih banyak kamera. Baguslah begitu, kita memang ingin makin maju, bukan makin mundur. Tetapi, bagi yang kurang berkemampuan, janganlah susahkan diri asyik beli kamera baru. Sebab nombor dua ialah, ada sesetengah kerja fotografi memang memerlukan noise yang kurang, contohnya untuk fotografi pengiklanan dan fotografi landscape. Itupun, tidak semestinya – kadang-kadang, kita boleh nampak gambar di papan iklan yang blur dan banyak noise. Cantik juga bila kena dengan konsepnya.

Satu lagi perkara subjektif di dalam fotografi ialah penilaian gambar. Contohnya bila kita masuk pertandingan, kita rasa gambar kita cantik, tiba-tiba gambar orang lain pula yang menang. Janganlah marah atau kecil hati. Kita kena ingat, penilaian gambar sangat subjektif. Bukan macam matematik yang cuma ada satu jawapan untuk setiap satu soalan. Pemilihan gambar yang menang dibuat oleh juri pertandingan yang biasanya terdiri dari jurufoto yang berpengalaman. Juri adalah manusia, bukan robot atau mesin kira. Juri ada perasaan, minat yang berlainan, citarasa berbeza, pengalaman berbeza dan pendapat mereka pun berbeza. Sebab itulah dalam pertandingan fotografi, biasanya juri ada ramai – sekitar 3-5 orang dan biasanya latar belakang mereka juga berbeza. Ini supaya keputusan keseluruhan adalah lebih adil hasil dari pengiraan purata markah yang diberikan oleh kesemua juri. Sebab itulah, salah satu tips untuk menang pertandingan fotografi ialah, kita kena kenal siapakah barisan juri dan bagaimanakah jenis gambar yang mereka minati. Kalau kita rakam gambar mengikut citarasa mereka, besarlah peluang kita untuk menang. Contohnya, jika kebanyakan juri pertandingan tu suka pada gambar hitam putih, maka kalau kita hantar gambar hitam putih, senanglah kita menambat hati mereka.

Itu tadi cerita juri profesional. Sekarang kita cerita pula pasal juri awam atau penonton di rumah (yang selalu komen gambar dalam Facebook itulah) Pendapat orang awam yang tidak mahir dalam fotografi pun adakalanya kita perlu ambil kira. Sebabnya ialah kerana penilaian mereka tidak akan terikat dengan kualiti teknikal fotografi semata-mata. Mereka akan terus menilai sesuatu foto itu secara keseluruhannya. Kalau gambar itu dapat menarik perhatian mereka, mereka akan kata cantik. Tapi, kita janganlah cepat perasan. Selalunya di Facebook ini, orang komen sebab hendak jaga hati kita dan ingin ‘memeriahkan’ suasana. Kalau setakat komen seperti ‘nice‘ atau ‘good job bro‘, anggaplah itu sebagai satu cara untuk mengeratkan silaturrahim sahaja.

Sama juga kalau kita rakam gambar kahwin untuk pengantin. Cantik atau tidak sesuatu gambar itu, akhirnya pelanggan yang akan tentukan. Baiklah kita pastikan dia suka gambar yang kita rakam, kalau tidak, susah dia nak bayar. Sebagai jurufoto, kita akan lebih terdorong untuk pilih gambar yang susah dirakam. Kita juga akan lebih cenderung untuk suka kepada gambar dengan teknik-teknik yang kononnya berseni seperti rakaman gambar secara silhouette, moment yang pelik dan close-up gambar kaki dan sebagainya. Tetapi, adakah pelanggan kita akan suka gambar macam ini? Biasanya, untuk mengelakkan saya syok sendiri, saya akan tanya pendapat isteri saya samada gambar pengantin yang saya rakam itu, cantik atau tidak di mata seorang perempuan. Bukankah berbeza matematik dengan fotografi? Kalau matematik, tidak perlu tanya pendapat orang lain, buat saja kiraan yang betul, dapatlah jawapannya.

Jadi, dalam fotografi tidak usahlah gaduh sangat pasal perkara yang subjektif macam sebegini. Buka fikiran kita. Terima pendapat orang lain kerana ada sesuatu yang boleh kita belajar dari mereka. Kita tidak perlu ikut pendapat orang lain, tetapi sekadar menerima itu sebagai satu pendapat. Namanya pun pendapat, bukan peraturan. Dalam fotografi, tidak ada polis akan tangkap orang yang tidak ikut rule of third. Kecuali kalau orang itu tidak ikut rule of third sambil tidak ikut rule lampu isyarat, bolehlah kena saman dengan polis.

Tetapi, janganlah kebebasan berkarya dan faktor subjektif dalam fotografi ini dijadikan alasan untuk kita buat sesuka hati dalam fotografi. Kita boleh buat apa saja dalam fotografi asalkan kita tahu apa yang kita buat dan mesti boleh terangkan mengapa kita buat begitu. Orang boleh terima atau tidak, terpulang kepada mereka. Apa yang penting, bila kita terangkan mengapa kita buat sesuatu dengan cara tertentu, sekurang-kurangnya orang faham tujuan dan pendirian kita.

Pelukis lukisan abstrak yang kita tidak faham entah gambar apa yang dia lukis itu, boleh jual lukisan dia sebab dia boleh cerita pasal lukisannya dengan panjang lebar sampai orang yang mendengar cuma angguk-anggukkan kepala. Tetapi, bila pelukis tersebut sudah ada nama dan terkenal, dia tidak perlu bercerita panjang lebar lagi. Orang akan tunggu hasil karya dia yang terbaru dan berebut-rebut ingin membeli. Sama juga macam jurufoto. Seorang jurufoto yang sudah ada nama, kalau dia hasilkan gambar yang biasa saja pun, gambar itu tetap akan ada nilai yang tinggi. Sebenarnya, bukan gambar itu yang bernilai tinggi sangat, tetapi, siapa yang merakam gambar tu yang lebih penting adakalanya.

Fotografi ini satu bidang yang luas. Ada orang yang tidak berapa nampak keluasan bidang fotografi ini. Contohnya pasal penggunaan Photoshop. Ada segolongan orang yang tidak berapa pandai rakam gambar, lalu, banyak kerja mencantikkan gambar dibuat di dalam Photoshop. Kita kata, kalau hendak jadi jurufoto, mesti boleh rakam gambar dengan sesempurna mungkin di dalam kamera. Kita masukkan gambar dalam Photoshop untuk mencantikkan lagi gambar yang sudah sedia cantik. Tetapi, adakah salah kalau buat banyak kerja foto di dalam Photoshop? Tidak salah. Tetapi, orang yang buat banyak kerja di dalam Photoshop tidak sesuai dipanggil sebagai jurufoto. Dia adalah artis photo manipulation atau artis digital imaging. Salahkah artis yang mengubahsuai gambar di dalam Photoshop ini? Tidak salah, dia juga adalah insan seni dan karyanya diiktiraf sebagai karya seni. Adakah bidang ini juga diiktiraf sebagai fotografi? Ya, bidang ini juga diterima sebagai satu cabang dari fotografi, tetapi, ianya hanyalah pecahan dari bidang fotografi yang luas. Jadi apa yang salah? Saya rasa, yang salah atau yang tidak berapa tepat ialah, orang yang buat banyak kerja dalam Photoshop, dia tidak pandai rakam gambar, tetapi dia mengaku kata dia professional photographer.

Sama juga macam jenis orang yang suka beli kamera mahal-mahal dan asyik beli kamera untuk penuhkan dry box dia. Kemudian asyik beli dry box lagi untuk isi kamera baru lagi. Salahkah orang macam ini? Tidak salah. Sebab nombor satu ialah – dia beli kamera pakai duit dia sendiri, dia bukannya mencuri. Jadi apa yang salah? Hendak dikata salah, kasar sangat bunyinya. Cuma kita rasa tidak sesuailah kalau orang yang asyik beli kamera ini gelar dirinya sebagai seorang jurufoto; tetapi dia hanya sibuk bergaya dengan kamera, ikut orang pergi shooting, lepas itu sibuk komen gambar orang, tetapi gambar dia sendiri orang lain tidak pernah tengok. Orang macam ini boleh memberi tanggapan yang mengelirukan kepada bidang fotografi dan paling bahaya ialah dia boleh meracun orang lain untuk habiskan duit beli barang fotografi tanpa ada apa-apa kemajuan dalam penghasilan gambar itu sendiri.

Sebenarnya, saya kagum juga dengan golongan yang suka beli kamera ini. Cuma mereka tidak begitu sesuai dikategorikan sebagai jurufoto. Mereka lebih sesuai dikategorikan sebagai camera collector. Saya kenal beberapa orang camera collector yang hebat. Mereka tidak pernah mengaku mereka adalah jurufoto. Malah mereka berbangga menggelar diri mereka sebagai camera collector. Saya tabik mereka kerana minat mereka yang mendalam terhadap kamera dan kesanggupan mereka untuk melabur wang dalam membeli kamera yang bukan murah harganya. Apa yang lebih saya kagumi ialah, golongan camera collector tulen ini mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap spesifikasi dan segala hal mengenai kamera yang mereka kumpul. Ini juga satu hobi yang baik.

Saya harap, anda dapat faham apa yang cuba saya sampaikan. Saya harap penulisan saya ini tidak mengelirukan sesiapa. Diharap juga janganlah ada yang marah dengan apa yang ingin saya sampaikan. Ianya cuma sekadar pendapat peribadi saya yang tentunya berbeza dengan pendapat orang lain. Saya bercakap hanya dari perspektif saya yang tidak seluas mana.

p/s: Kalau anda ingin beri pendapat anda pula, silalah tulis pada ruangan komen. Terima kasih.

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Lens Baby – Meluaskan Skop Kreativiti Anda

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Lens Baby adalah satu jenama untuk lensa unik untuk menghasilkan foto yang kreatif. Lensa ini adalah lensa ringkas tanpa kebolehan auto focus (AF) atau ciri-ciri otomatik lain. Aperture boleh ditukar – bukan dengan cara biasa menggunakan dail, tetapi menggunakan aperture disc yang perlu ditukar secara manual. Namun, kelebihan lensa ini ialah, ianya boleh digerakkan ke semua arah bagi mendapatkan kesan tajam pada subjek dan mendapat kesan kabur yang menarik pada bahagian lain dalam foto anda.

Contoh foto yang boleh dihasilkan dengan menggunakan Lens Baby. Foto oleh David A. Barss

Lens Baby didatangkan dalam 3 jenis ‘badan’ lensa, bermula dari yang paling asas hinggalah yang paling canggih. Tidak kira apa jenis badan lensa yang anda gunakan, kesemua aksesori lain Lens Baby boleh digunakan dengan badan lensa yang anda pilih. Badan lensa yang ditawarkan oleh Lens Baby ialah Muse, Composer dan Control Freak. Badan lensa yang ditawarkan oleh Lens Baby boleh digunakan dengan hampir semua jenis kamera DSLR dari jenama Nikon, Canon, Sony, Pentax dan Olympus.

Lens Baby paling asas – model yang dinamakan Lens Baby Muse

Badan lensa Lens Baby Muse adalah yang paling murah dan paling asas. Ianya didatangkan dengan pilihan optik kaca atau optik plastik. Lens Baby dengan optik kaca lebih mahal berbanding optik plastik. Optik kaca menghasilkan foto yang lebih berkualiti dan lebih tajam manakala optik plastik pula menghasilkan kesan foto yang kurang tajam  dengan kesan kabur ‘seakan mimpi’. Anda boleh pilih optik yang sesuai dengan kesan yang anda kehendaki dan sesuai dengan bajet anda.  Untuk memfokus dan mendapatkan kesan kabur yang anda kehendaki, anda perlu menggerakkan lensa ini menggunakan jari pada kedua belah tangan anda. Disebabkan model Muse ini adalah model yang paling asas, kedudukan lensa ini tidak boleh ‘dikunci’ seperti model Composer.

Lens Baby model Composer

Badan lensa Lens Baby Composer membolehkan pergerakan lensa ‘dikunci’. Setelah anda membuat gerakan lensa, lensa ini tidak akan bergerak dan berada tetap pada kedudukan yang telah anda laraskan. Ianya juga mempunyai kawalan untuk memfokus dengan cara memusing kawalan fokus pada lensa ini sehingga imej kelihatan tajam.

Lens Baby model Control Freak

Model Lens Baby Control Freak adalah model yang menawarkan kawalan yang paling terperinci terhadap Lens Baby anda. Model ini membolehkan pergerakan lensa dikunci. Selain dari itu, anda juga boleh membuat pelarasan terperinci untuk fokus dan posisi pergerakan lensa.

Kesan khas utama yang dihasilkan oleh Lens Baby ialah kesan kabur yang menarik yang dihasilkan di dalam foto yang dirakam. Tetapi, selain dari itu, Lens Baby juga boleh menghasilkan kesan khas lain apabila anda menggunakannya dengan aksesori tambahan yang ditawarkan. Antara kesan khas lain yang boleh dilakukan oleh Lens Baby ialah kesan imej pinhole, zone plate, soft focus dan fisheye

Foto yang dirakam menggunakan Lens Baby optik pinhole. Foto oleh Tina Louise

Foto yang dirakam menggunakan Lens Baby optik zone plate. Foto oleh Oliver Tudoras

Foto yang dirakam menggunakan Lens Baby optik soft focus. Foto oleh Kathleen Clemons

Foto yang dirakam menggunakan Lens Baby optik fisheye. Foto oleh Kathleen Clemons

Lens Baby asas yang didatangkan dengan focal length 50mm ini juga boleh ditukar jarak fokalnya dengan menggunakan aksesori tambahan yang disediakan. Aksesori tambahan yang ditawarkan adalah macro kit, wide angle lens, super wide angle dan telephoto.

Macro kit mengandungi 2 unit kanta, iaitu kanta +4 dan +10 yang membolehkan anda merakam foto dari jarak dekat (macro). Anda boleh menggunakan salah satu kanta atau menggunakan kedua-dua kanta ini sekaligus apabila merakam foto dari jarak dekat.  Dengan menggunakan kanta ini, anda boleh merakam foto dari jarak 2 inci hingga 13 inci! Kanta macro ini dipasang secara screw-in pada bahagian depan Lens Baby anda.

Foto dirakam dengan Lens Baby kanta macro +4. Foto oleh KathleenClemonsPhotography.com

Foto dirakam dengan Lens Baby kanta macro +10. Foto oleh LisaSmithStudios.com

Foto dirakam dengan Lens Baby kanta macro +4 digabungkan dengan kanta macro +10. Foto oleh Mick LeTourneaux

Aksesori  tambahan wide angle lens pula boleh memberikan anda kesan sudut luas dengan jarak fokal 30mm. Manakala aksesori super wide angle boleh memberikan jarak fokal  21mm. Dengan menggunakan aksesori Lens Baby telephoto, anda boleh mendapat focal length 80mm pada Lens Baby anda.  Selain dari itu, Lens Baby juga menawarkan aksesori bernama Creative Aperture Kit yang merupakan bukaan aperture yang mempunyai berbagai bentuk unik dan menghasilkan kesan bukaan aperture yang menarik pada foto anda. Kesemua aksesori ini boleh dipasang pada bahagian depan Lens Baby anda.

Lensa Super Wide Angle untuk Lens Baby dan kesan imej yang dihasilkan

Creative Aperture Kit dengan hasil fotonya. Dengan menggunakan aperture berbentuk bintang, highlight yang diluar medan fokus akan menghasilkan imej berbentuk bintang juga. Anda boleh mendapatkan berbagai bentuk lain mengikut kreativiti anda.

Antara barisan aksesori Lens Baby yang lengkap untuk berbagai tujuan penggambaran

Selain dari aksesori yang dinyatakan di atas, terdapat banyak lagi aksesori lain yang disediakan oleh Lens Baby bagi memenuhi keperluan kreativiti anda. Ringkasnya, Lens Baby adalah satu inovasi fotografi yang hebat dengan sistem aksesori yang sungguh lengkap.

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

MAKLUMAT TAMBAHAN:
FOTOTEACHER adalah penjual rasmi untuk kesemua produk Lens Baby. Anda boleh dapatkannya dari kami secara online di – http://www.fototeacher.com/shop.html

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Adam di 03-91017155 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

Oleh kerana Lens Baby adalah satu inovasi baru dan mempunyai sistem yang lengkap, agak sukar pada mulanya untuk memahami keseluruhan fungsi dan kelebihan produk ini. Kami cadangkan anda mencuba sendiri produk ini dengan hadir ke pejabat kami. Anda juga boleh bertanya apa jua soalan yang berkaitan dengan Lens Baby. Alamat kami:
FOTOTEACHER.COM,
C-1-9, Megan Phoenix,
Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur
SILA LIHAT PETA LOKASI DI SINI
Dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat)
Sila buat temujanji dengan Encik Adam sebelum hadir bagi memastikan kami bersedia untuk kehadiran anda.
Telefon:  03-91017155 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

Untuk melayari laman web rasmi Lens Baby, sila ke: http://www.lensbaby.com

Sila tonton video ini untuk gambaran lebih jelas mengenai Lens Baby:

SERTAI PROGRAM FOTO TOOLS CLASS (FTC) ANJURAN FOTOTEACHER JIKA ANDA BERMINAT UNTUK TAHU DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI LENS BABY. ANDA JUGA BOLEH MENCUBA SENDIRI PRODUK INI DENGAN MENGHADIRI PROGRAM INI. UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN, SILA KLIK DI SINI.

Report – Kursus Asas Videografi Digital (AVD)

Gambar peserta Kursus Asas Videografi Digital (AVD) anjuran FOTOTEACHER yang telah diadakan pada 22-23 Mei 2010.

Untuk mendapatkan foto di atas dalam saiz besar, sila muat turun di – http://www.fototeacher.com/GroupPhotoAVD22to23Mei2010Large.jpg

Untuk menyertai kursus ini, sila ke – http://www.fototeacher.com/videography.htm

Survey Jenis Kamera yang Anda Gunakan

Rakan-rakan yang dihormati sekelian,
FOTOTEACHER.COM sedang mengumpul maklumat tentang jenis kamera/jenama kamera yang digunakan oleh pengunjung blog ini. Maklumat yang diperolehi amat berguna untuk kami bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk anda. Kami amat berharap agar anda dapat meluangkan masa untuk mengisi borang poll di bawah:

Jenis atau jenama kamera yang anda gunakan:
Kamera Compact (Point and Shoot) sebarang jenama
Kamera DSLR Nikon
Kamera DSLR Canon
Kamera DSLR Sony
Kamera DSLR Olympus
Kamera DSLR Pentax
Lain-lain jenis kamera atau jenama
Belum memiliki kamera
  
pollcode.com free polls