Tag Archives: senang

Kursus Asas Fotografi Akan Datang!

Kursus Asas Fotografi Digital akan diadakan lagi pada 8-9 Februari 2014 bertempat di FOTOTEACHER Training Centre, Cheras, Kuala Lumpur. Yuran penyertaan hanya RM490 bagi peserta yang membuat bayaran awal (sebelum 28 Januari 2014). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di 03-91017155 atau layari:http://www.fototeacher.com/

Kelas untuk Anda yang Baru Membeli Kamera DSLR

Adakah anda baru membeli kamera DSLR dan masih belum mahir menggunakannya? Dengan yuran hanya RM68 seorang, anda boleh menyertai kelas ringkas dan padat anjuran FOTOTEACHER.COM. Jika anda adalah pengguna kamera Nikon, anda boleh hadiri KELAS KAMERA NIKON (KKN), manakala bagi pengguna kamera Canon pula, anda boleh menghadiri KELAS KAMERA CANON (KKC).

Di dalam kelas ini, anda akan ditunjukkan cara-cara asas yang boleh anda praktikkan terus agar kamera DSLR anda boleh digunakan dengan cara yang terbaik agar pelaburan anda membeli kamera ini mendapat pulangan yang berbaloi. Usah pening-pening lagi, sertai kelas ini, belajar secara ‘hands-on’ dan tanya soalan kepada jurulatih kami.

Kepada anda yang telah ada asas penggunaan kamera, kami cadangkan anda untuk menghadiri kursus yang lebih ‘advance’ dan terperinci, iaitu Kursus Asas Fotografi Digital (AFD).

Kerana harganya yang rendah, kami memerlukan minima 12 orang untuk menjalankan kelas ini. Bantu kami untuk hebahkan agar kelas ini dapat diadakan. Sila kongsikan maklumat ini di Facebook anda. SILA KLIK DI SINI.

KELAS KAMERA NIKON (KKN) akan diadakan pada 26 Oktober 2013 (Sabtu)
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, SILA KLIK DI SINI.

.

.

Kerana harganya yang rendah, kami memerlukan minima 12 orang untuk menjalankan kelas ini. Bantu kami untuk hebahkan agar kelas ini dapat diadakan. Sila kongsikan maklumat ini di Facebook anda. SILA KLIK DI SINI.

KELAS KAMERA CANON (KKC) akan diadakan pada 27 Oktober 2013 (Ahad)
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, SILA KLIK DI SINI.

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Buat Duit dari Microstock (Bahagian 1/3)

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Salah satu cara untuk buat duit dari fotografi ialah dengan menjual gambar anda melalui microstock agency. Jurufoto akan dibayar sejumlah komisen dari setiap keping gambar yang dijual. Gambar-gambar ini biasanya ialah gambar-gambar yang mempunyai nilai komersial bagi digunakan di laman web, buku, majalah, poster, billboard dan sebagainya.

Salah satu contoh foto yang dijual di microstock. Walaupun foto ini nampak ringkas, ianya mempunyai mesej yang jelas; sesuai digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan jualan murah, membeli belah, pasaraya, ekonomi dan sebagainya.

Microstock agency adalah sebuah agensi yang bertindak memasarkan dan ‘menjual’ gambar-gambar jurufoto yang berdaftar dengan mereka. Pelanggan yang ‘membeli’ gambar dari microstock agency biasanya terdiri dari individu yang terlibat di dalam bidang pengiklanan, penerbitan dan sebagainya. Golongan ini ‘membeli’ foto dari microstock agency kerana harga foto yang dijual adalah jauh lebih rendah berbanding jika mereka mengupah jurufoto untuk merakam gambar yang tertentu.

Sebagai contoh dan perbandingan, untuk ‘membeli’ sekeping gambar dari microstock agency, pelanggan cuma perlu membayar RM3 sekeping (bergantung kepada beberapa faktor). Tetapi sekiranya seseorang pelanggan ingin mengupah jurufoto bagi tugasan tertentu, seseorang pelanggan mungkin perlu membayar sehingga RM300 hanya untuk mendapat sekeping gambar. Oleh sebab itulah, ramai pengguna lebih cenderung untuk membeli gambar dari microstock agency kerana harganya yang jauh lebih murah. Lagi satu sebab mengapa pelanggan membeli dari microstock agency ialah kerana, foto yang diingini boleh didapati (dimuat turun) serta merta jika foto tersebut telah sedia ada di dalam koleksi microstock agency. Sebaliknya, jika pelanggan ingin merakam sendiri gambar tersebut, proses ini mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu dari proses mencari jurufoto, menyelaraskan keperluan rakaman, kerja post production dan sebagainya.

Tetapi, apabila membeli dari microstock agency, pelanggan terpaksa memilih dan berpuas hati dengan apa-apa sahaja gambar yang bersesuaian dengan apa yang dicari. Tidak semestinya mereka akan mendapat apa yang mereka kehendaki dengan tepat dan sempurna. Satu kelemahan lagi ialah, foto yang dibeli itu boleh dibeli juga oleh pihak lain (kecuali dengan status exclusive rights). Ini bermakna, foto yang digunakan itu tidak menjadi unik kerana foto yang sama mungkin digunakan oleh pihak lain untuk tujuan lain.

2 syarikat yang berbeza dan merupakan pesaing dalam industri, iaitu Dell dan Gateway dengan tidak sengaja telah menggunakan foto dari microstock yang memaparkan model yang sama di lokasi yang sama.

Foto dari asmp.org

Sesebuah microstock agency mempunyai koleksi foto yang amat banyak, mencakupi segala subjek untuk berbagai tujuan kegunaan. Ada microstock agency yang memiliki sehingga 20 juta foto, ilustrasi, vektor dan video! Bidang microstock adalah satu industri yang besar. Terdapat berpuluh syarikat microstock agency di seluruh dunia. Ada syarikat yang besar dan ada juga syarikat yang kecil yang mengkhusus kepada subjek atau negara tertentu sahaja. Antara syarikat microstock yang terkenal adalah Shutterstock, iStockphoto, Dreamstime, Fotolia dan 123RF.

Selain dari microstock, ada satu lagi bidang yang hampir sama iaitu macrostock atau turut dikenali dengan nama traditional photo stock. Beza utama diantara keduanya ialah, microstock menjual foto dengan harga yang amat rendah, tetapi, jumlah jualan gambar adalah banyak. Sekeping gambar boleh ‘dijual’ di seluruh dunia kepada ramai orang dan boleh ‘dijual’ berulang-ulang kali selama beberapa tahun, selagi ada permintaan terhadap gambar tersebut. Sementara itu, macrostock pula menjual gambar dengan harga yang lebih mahal dan lebih bersifat eksklusif. Koleksi foto yang ditawarkan oleh macrostock juga adalah lebih berkualiti tinggi. Antara syarikat macrostock yang terkenal adalah Getty Images, Corbis dan Alamy.

Gambar seperti di atas banyak terdapat di dalam microstock. Walaupun nampak tidak ada apa-apa yang menarik dari segi seninya, namum, foto ini amat berguna dan sangat dikehendaki oleh pelanggan tertentu untuk berbagai kegunaan.

Disebabkan menjual gambar dengan harga yang terlalu rendah, syarikat microstock pernah dikritik dan dilabel sebagai perosak kerjaya fotografi dimana karya seseorang jurufoto sudah menjadi seakan tidak bernilai. Namun, dalam masa yang sama, ada ramai juga jurufoto yang dapat menyara hidup hanya dengan merakam gambar untuk microstock secara sepenuh masa. Malah, ada jurufoto yang berjaya menjana pendapatan jutaan ringgit setiap tahun hasil dari jualan gambar melalui microstock.

Jadi, apakah sebenarnya kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang itu untuk menjual gambar di microstock? Bagaimanakah cara mudah untuk memohon dan diterima sebagai jurufoto yang berdaftar dengan microstock? Berapakah sebenarnya pendapatan yang boleh diperolehi hasil dari menjual gambar di microstock? Adakah berbaloi meluangkan masa, bersusah payah dan ‘melabur’ wang di dalam bidang microstock ini? InsyaAllah, kesemua persoalan ini akan cuba saya jawab di dalam bahagian kedua artikel ini.

Saya akan maklumkan kepada anda sebaik sahaja sambungan artikel ini disiarkan di blog ini nanti, SILA KLIK DI SINI.

Daftarkan diri anda dengan agensi microstock sekarang!

Beli buku berkenaan microstock dari Amazon.com

Kursus Asas Fotografi Digital RM690 sahaja!

Kursus Asas Fotografi Digital akan diadakan lagi pada 2-3 Februari 2013. Kami menawarkan harga diskaun early bird kepada peserta yang membuat bayaran sebelum 31 Januari 2013. Anda cuma perlu bayar RM690 jika membuat bayaran awal (harga biasa adalah RM850). Bayaran menggunakan kad kredit, PayPal dan berbagai cara lain boleh diterima. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, SILA KLIK DI SINI

Untuk peserta dari jabatan kerajaan, kami juga menerima bayaran melalui L.O. Syarikat kami adalah syarikat yang berdaftar dengan MOF dalam bidang latihan fotografi dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

Kepada bekas peserta kursus ini, anda juga dialu-alukan untuk hadir semula ke kursus ini tanpa sebarang bayaran sekiranya anda ingin menguatkan lagi kefahaman anda dalam pelajaran asas fotografi.

Untuk pertanyaan, sila hubungi kami di 03-91017155 (waktu pejabat) atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Pertandingan Fotografi oleh FOTOTEACHER.COM

“Lebih baik sertai pertandingan ini dari membiarkan foto-foto anda di dalam hard disk. Anda mungkin cuma perlukan 10 minit untuk sertai pertandingan ini. Pilih gambar yang telah anda rakam, ubahsuai jika perlu dan e-melkan kepada kami”

Anda tidak perlu risau, gambar yang dihantar tetap menjadi hak milik anda. Kami tidak akan menggunakan gambar anda untuk sebarang tujuan, kecuali untuk disiarkan di dalam blog ini atau di dalam laman Facebook FOTOTEACHER.COM.  Anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah seperti yang tertera di atas.

BAGAIMANA PERTANDINGAN INI BERJALAN?

  • E-melkan kepada kami foto rakaman anda yang bersesuaian dengan tema yang diberi, sebelum tarikh tutup pertandingan
  • Pihak kami akan memilih 5 keping foto terbaik yang akan dipaparkan di dalam blog ini untuk diundi oleh pembaca blog selama 3 hari
  • Pembaca blog akan mengundi foto yang paling diminati. Foto yang mendapat paling banyak undi akan dikira sebagai pemenang. Hanya ada seorang pemenang untuk setiap pusingan pertandingan.

 

LAIN-LAIN SYARAT DAN PERATURAN

  • Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia. Setiap peserta boleh menghantar maksima 3 keping foto.
  • Foto yang dihantar mestilah dalam saiz 600 pixel pada bahagian panjangnya. Jangan letakkan watermark atau nama anda di atas gambar yang dihantar.
  • Foto hendaklah dihantarkan melalui e-mel kepada sales@fototeacher.com. Sila nyatakan nama penuh anda beserta nombor telefon di dalam e-mel yang dihantar
  • Pihak FOTOTEACHER.COM berhak membuat keputusan muktamad dalam segala keputusan mengenai pertandingan ini.

 

Untuk melihat gambar-gambar yang telah dihantar oleh peserta-peserta pertandingan ini, sila ke – http://www.facebook.com/fototeacher

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di 03-91017155 (waktu pejabat) atau sila hantarkan e-mel kepada sales@fototeacher.com. Anda juga boleh bertanya soalan dengan menulis di ruangan komen di blog ini.

NOTA: Jika pertandingan ini mendapat sambutan baik, kami akan mengadakan pertandingan ini dengan lebih kerap dengan hadiah yang lebih lumayan. Harap mendapat sokongan dari anda. Sila sebarkan mengenai pertandingan ini. Terima kasih.