Tag Archives: potret

Kamera Paling ‘Sempoi’ dari Afghanistan

Kamera yang paling asas yang telah digunakan di Afghanistan untuk merakam foto potret di tepian jalan. Tidak perlu bateri, tidak perlu elektrik! Cuma menggunakan kamera kayu buatan sendiri, photographic paper dan bahan kimia untuk menghasilkan gambar. Kamera ini merupakan satu ciptaan yang unik dan semakin pupus atau mungkin telah pun pupus sekarang ini.

Jurufoto di Jepun yang Gila-Gila dan Selamba

Lihat telatah seorang jurufoto di Jepun yang merakam foto potret di tengah kesibukan orang ramai melintas jalan di Shibuya, Jepun. Shibuya Crossing (lintasan pejalan kaki di Shibuya) adalah lokasi yang amat terkenal dan dikatakan sebagai lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia!

Blog Arkib – Tips Penggunaan Flash

Tips Penggunaan Flash
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk “Tips Penggunaan Flash”– 11 Mei 2010)

Contoh foto potret dengan kawalan flash yang baik

Bila merakam foto menggunakan flash, biasanya hasil gambarnya akan kelihatan tidak natural. Saya selalu pesan kepada peserta kursus – kalau pakai flash, jangan bagi nampak macam pakai flash. Maksudnya, kita mesti kawal supaya cahaya flash tersebut nampak natural dan cantik. Untuk mendapatkan kesan cahaya flash yang menarik, anda boleh mengikuti beberapa tips ini:

1) Jadikan flash sebagai fill-in sahaja, bukan sebagai main light. Secara mudahnya, gunakan ISO yang agak tinggi, aperture yang besar dan shutter speed yang perlahan untuk mendapatkan kesan flash yang natural dan teradun dengan cahaya semulajadi. Jika anda menggunakan kawalan TTL pada flash, anda boleh letakkan flash compensation pada -1, -2 dan sebagainya, untuk menjadikan flash anda sebagai fill-in sahaja.

2) Lembutkan cahaya flash dengan cara memantulkan (bounce) flash tersebut ke siling atau ke dinding. Cuma pastikan sudut pantulan anda adalah betul dan menghasilkan kesan pencahayaan yang menarik. Anda juga perlu ingat agar elakkan bounce kepada siling atau permukaan yang terlalu tinggi atau berwarna gelap kerana kuasa flash anda tidak mampu memantulkan balik cahaya tersebut. Dengan memaksa flash bekerja kuat (bounce pada siling tinggi atau siling warna gelap), flash akan mengeluarkan kuasa yang maksima dan ini akan mengakibatkan flash anda jadi cepat panas, tempoh recycle bateri menjadi perlahan dan bateri cepat habis. Jika permukaan tersebut terlalu jauh atau berwarna terlalu gelap, gambar yang dihasilkan biasanya akan turut menjadi gelap (under exposed)

3) Untuk mengurangkan bayang yang dihasilkan oleh flash, anda boleh gunakan reflector untuk memantulkan kembali cahaya utama sekaligus mengurangkan bayang. Reflector adalah satu aksesori yang amat penting dan berguna untuk jurufoto perkahwinan atau jurufoto potret. Terdapat berbagai jenis reflector di pasaran, tetapi yang paling praktikal adalah reflector bernama TriGrip buatan Lastolite.

4) Anda juga boleh lembutkan cahaya flash dengan menggunakan diffuser dihadapan flash. Diffuser ini boleh dibuat dari sebarang objek yang lutcahaya. Setiap bahan akan memberikan kesan cahaya yang berlainan. Anda boleh gunakan kertas putih, kertas tisu atau plastik putih yang lutcahaya (seperti botol susu yang dibuat dari plastik) Untuk anda yang lebih serius, anda boleh gunakan aksesori seperti umbrella atau softbox. Antara jenama yang terkenal adalah Lumiquest dan Lastolite.

5) Untuk kesan yang lebih semualajadi, jangan pakai flash langsung jika keadaan mengizinkan. Anda perlu ada lensa dengan aperture yang besar seperti f/2.8 untuk tujuan ini. Anda juga mestilah boleh merakam foto dengan shutter yang perlahan seperti 1/15 saat serta ISO tinggi seperti ISO 800 (jika kamera anda membenarkannya tanpa noise ketara). Untuk merakam foto dengan shutter yang perlahan, anda perlu ada lensa dengan ciri VR (Vibration Reduction untuk lensa Nikon) atau IS (Image Stabilizer untuk lensa Canon). Atau anda boleh guna lensa biasa, tetapi perlu mempunyai tangan yang stabil. Anda juga boleh menstabilkan lagi kamera dengan menggunakan monopod atau tripod.

6) Selain dari cahaya lembut, cahaya direct flash juga boleh menghasilkan foto yang menarik jika kena dengan subjeknya. Cahaya direct flash lebih kasar dan menghasilkan bayang yang ketara. Untuk menjadikan direct flash lebih menarik, anda perlu pancarkan flash anda secara off-camera (flash tidak berada di atas kamera) Anda perlu mempunyai TTL cord untuk tujuan ini. Anda boleh pancarkan flash dari sudut tepi kamera anda dan sebagainya. Dengan pancaran flash secara off-camera, foto anda tidak akan kelihatan seperti foto biasa dimana flash dipancarkan dari atas kamera.

Diharap tips ringkas di atas dapat memberi manfaat kepada anda. Jika anda berminat untuk mempelajari teknik flash dengan lebih mendalam,  anda boleh menghadiri Bengkel Portable Flash anjuran FOTOTEACHER.COM


Report – Bengkel Lanjutan Fotografi di Gold Coast Morib Resort

Gambar peserta Bengkel Lanjutan Fotografi (BLF) yang telah diadakan pada 26-28 Mei 2012 bertempat di Gold Coast Morib Resort. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto ini di dalam saiz besar, SILA KLIK DI SINI

Kepada anda yang ingin menyertai kursus ini pada masa akan datang, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran DI SINI

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 (waktu pejabat) E-mel: sales@fototeacher.com atau sila layari laman web kami – www.fototeacher.com

BLOG ARKIB – Potret di Lokasi Luar

BLOG ARKIB – Potret di Lokasi Luar
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk “Potret di Lokasi Luar”– 7 April 2009)

Gambar ini saya rakam di sebuah sungai di Kuala Selangor. Gambar ini tidaklah sehebat mana. Namun, di sini, saya ingin kongsikan sedikit cerita di sebalik pembikinan gambar ini.

Sebenarnya, saya tidak dapat 100% apa yang saya inginkan dari sesi fotografi ini. Namun, inilah gambar terbaik yang saya terpaksa pilih. Sebenarnya, gambar ini dirakam jauh di tengah sungai. Namun, saya kesal kerana hasil gambar ini tidak menunjukkan sedemikian.

Masalah utama saya di sini ialah arus sungai yang agak deras yang menyebabkan sampan yang dinaiki pasangan ini sering dibawa arus ke tempat yang tidak sepatutnya. Sebenarnya, krew yang terlibat untuk sesi fotografi ini terdiri dari 7 orang. Krew yang terlibat ialah: Saya sebagai jurugambar, seorang koordinator (menyelaras lokasi, makanan, props, tatarias dan sebagainya), seorang pembantu jurugambar, seorang Lighting Man, seorang Assistant Lighting Man, seorang pendayung sampan dan seorang pemandu bot enjin. Kami menggunakan 2 buah sampan dan sebuah bot enjin. Saya memerlukan Lighting Man kerana pada asalnya, saya bercadang untuk merakam gambar menggunakan flash di waktu gelap senja, tapi, arus sungai terlalu deras pada waktu itu, lalu rancangan tersebut dibatalkan.

Sehari sebelum penggambaran, kami terlebih dahulu membuat tinjauan atau recce di sekitar Kuala Selangor. Kami mencari lokasi sungai yang sesuai, jeti, bot untuk disewa dan yang paling penting sekali – sampan tradisional! Setelah puas mencari, kami berjaya juga menjumpai tuan punya sampan yang sudi menyewakan sampannya.  Kemudian, kami mencari beberapa props yang sesuai seperti lampu minyak tanah dan mangkuk tingkat di pekan berhampiran.

Beberapa minggu sebelum itu, saya telah memcari idea konsep penggambaran dan membuat lakaran idea mengenai sesi fotografi ini. Setelah berbincang dengan subjek saya, mereka bersetuju dengan idea tersebut. Kemudian, kami berbincang pula tentang pakaian yang sesuai untuk penggambaran ini.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan gambar yang kita inginkan, kadangkala memerlukan perancangan dan persediaan yang  rapi. Untuk tugasan ini, 80% masa terlibat adalah untuk persediaan, cuma 20% masa digunakan untuk penggambaran dan suntingan gambar.

Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Dapatkan berbagai artikel dan tips fotografi – dihantar terus ke e-mel anda. Langgan newsletter percuma dari FOTOTEACHER di – http://fototeacher.com/subscribe.htm

Patung Burung dan Kamera

Patung Burung dan Kamera
Oleh Adam Ariff untuk FOTOTEACHER.COM

Pada sekitar tahun 1920an, jurufoto potret selalunya menggunakan satu alat berupa patung burung yang diperbuat dari loyang bagi menarik perhatian kanak-kanak yang ingin dirakam gambarnya.

Patung burung ini kebiasaannya dipegang oleh pembantu jurufoto ataupun ibubapa. Satu salur getah dan squeeze bulb (satu bahgian yang perlu dipicit untuk membolehkan alat ini berfungsi) disambungkan pada patung burung tersebut. Di bawah patung burung tersebut terdapat dua bahagian, dimana satu bahagian itu akan diisi dengan air. Dengan memicit ‘squeeze bulb’, patung burung tersebut akan bersiul lalu menarik perhatian kanak-kanak untuk memandang kearah kamera.

Dapatkan artikel dan tips fotografi dihantar terus ke e-mel anda dengan melanggan newsletter percuma dari FOTOTEACHER.COM. Untuk melanggan, sila ke – http://fototeacher.com/subscribe.htm

Sejarah Fotografi – Proses Daguerreotype

Sejarah Fotografi – Proses Daguerreotype
(sumber asal dari Neatorama, diterjemahkan secara bebas oleh Adam Ariff untuk FOTOTEACHER.COM)


Louis Daguerre pencipta proses ‘daguerreotype’

Walaupun ‘daguerreotype’ bukanlah teknik memproses foto (proses menjadikan imej dalam kamera dirakam sebagai foto yang kekal) yang pertama dicipta, namun ia adalah proses pertama yang dikomersialkan. Teknik yang digunakan sebelum  ini memerlukan masa yang terlalu lama untuk mendapatkan dedahan (exposure) yang baik dan kerana itu teknik yang digunakan sebelum ini tidak sesuai untuk merakam foto manusia.

Teknik ‘daguerreotype’ direkacipta oleh ahli kimia Louis Daguerre yang berbangsa Perancis dengan usahasama dengan Niepce. Foto ‘daguerreotype’ yang dirakam (seperti contoh di atas) mungkin adalah ‘daguerreotype’ yang pertama dirakam di dunia pada tahun 1837.
Pada tahun 1839, kerajaan Perancis telah mengambil rekaan Daguerre dan telah mengumumkan rekaan beliau sebagai ‘hadiah percuma kepada dunia’ tetapi dalam masa yang sama, Daguerre sebenarnya telah mendapat hak paten beliau di luar negara dan beliau telah mengawal penggunaan ‘daguerreotype’ dengan ketat.

Untuk merakam foto potret manusia dengan teknik ‘daguerreotype’ sebenarnya agak mencabar. Proses ini memerlukan masa dedahan (exposure) selama 15 minit dan kepala subjek tidak boleh bergerak walau sedikit pun bagi memastikan foto yang dihasilkan tajam (sharp) tanpa kesan gegaran. Untuk memastikan kepala subjek benar-benar kaku, kepala subjek ‘dipegang’ menggunakan sejenis pengapit kepala. (seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas)

Wanita di dalam foto ini bernama Dorothy Catherine Draper, adik kepada Profesor John W. Draper, Universiti New York yang telah menjadi model wanita untuk ‘daguerreotype portrait’ yang pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1839. Beliau juga telah menjadi wanita pertama yang dirakam foto dengan matanya terbuka. Wanita di dalam foto ini juga terpaksa menyapu tepung di mukanya bagi menampakkan kontras.

Profesor John W. Draper adalah orang terawal Amerika yang cuba meniru eksperimen fotografi yang telah dijalankan oleh Louis Daguerre di Universiti New York pada tahun 1839. Beliau telah membina kameranya sendiri dan telah mengambil foto potret manusia yang pertama dalam 65 saat masa dedahan (exposure) di Amerika Syarikat.

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI fototeacher.com!
Anda akan diberitahu secara otomatik melalui e-mel sekiranya ada sebarang artikel baru, promosi, program baru, berita terkini dan sebagainya. Untuk melanggan newsletter percuma ini, sila ke – http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

DISKAUN PENGHABISAN STOK LASTOLITE EZYBOX 38CMX38CM

TAWARAN PENGHABISAN STOK
LASTOLITE EZYBOX 38CMX38CM (2438)
HARGA BIASA – RM434.00
HARGA DISKAUN – RM299.00 (JIMAT RM135)

(Tawaran sah sehingga 1 Disember 2010 atau sehingga stok masih ada)

Produk inovatif dan berkualiti tinggi dari United Kingdom untuk digunakan dengan portable flash. Berguna untuk melembutkan cahaya flash. Sesuai digunakan untuk jurufoto perkahwinan untuk rakaman foto potret dan jurufoto produk atau still life. Produk yang ringan, tahan lasak, boleh dilipat ke saiz yang lebih kecil dan boleh dipasang dengan pantas.

Untuk melihat atau membeli produk ini dan lain-lain produk jenama Lastolite, sila ke laman web kami:
http://www.fototeacher.com/shop.html
Untuk pertanyaan, sila hubungi Adam di 03-91017155/012-3937155
atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

Bilik pameran: C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang
(Dengan temujanji sahaja)

Kisah Rakaman Potret Perkahwinan Jimmy Shanley

Kisah Rakaman Potret Perkahwinan Jimmy Shanley
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Baru-baru ini, saya dan team Adan Cameraworks telah dilantik sebagai jurufoto rasmi untuk majlis perkahwinan selebriti pengacara TV – Jimmy Shanley. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya –  Baha selaku wedding planner yang telah memilih kami. Saya juga amat gembira kerana foto yang saya rakam telah dipilih untuk digunakan sebagai gambar cover untuk majalah Keluarga Harmoni edisi 15-31 Oktober 2010 terbitan Utusan Malaysia. Terima kasih kepada penulis, editor dan semua yang terlibat.

Sesi outdoor portrait pasangan ini telah diadakan di sekitar Cameron Highlands. Team fotografi terdiri dari 6 orang kesemuanya iaitu koordinator, jurufoto, pembantu jurufoto,  jurukamera video, make-up artist dan hair stylist. Penggambaran bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 6 petang untuk 5 lokasi penggambaran. Memang cabaran utama untuk sesi fotografi ini adalah masa yang agak suntuk ditambah pula keadaan cuaca yang tidak menentu di Cameron Highlands yang menyukarkan lagi proses penggambaran. Tetapi, dengan kerjasama dari semua yang terlibat, kami berjaya juga mencapai apa yang dikehendaki.

Secara semulajadinya, Cameron Highlands memang merupakan lokasi yang baik untuk rakaman foto sebegini. Dikelilingi kehijauan hutan, pokok-pokok pine dan beberapa bangunan lama menjadikan lokasi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.  Cuaca sejuk juga pada pendapat saya dapat memberikan mood yang lebih relaks kepada pasangan pengantin. Tambah beruntung lagi, kami berpeluang menggunakan sebuah kereta antik berwarna merah sebagai props untuk penggambaran ini. Ketampanan Jimmy serta kecantikan pasangannya pula makin menjadikan sesi ini lebih menarik.

Oleh kerana cuaca panas, mendung dan hujan yang tidak menentu di Cameron Highlands, kami menggunakan peralatan pencahayaan portable serta reflector apabila keadaan memerlukan. Pencahayaan tambahan ini amat penting ketika penggambaran di waktu mendung atau apabila sudut pencahayaan matahari yang baik tidak diperolehi. Tanpa pencahayaan yang terkawal, wajah subjek tidak dapat diserlahkan dari latar belakang serta bentuk muka subjek tidak dapat digambarkan dengan baik. Di dalam penggambaran sebegini, tugas mestilah disiapkan di dalam masa yang telah diperuntukkan tidak kira apa jua masalah pencahayaan atau masalah teknikal yang dihadapi. Inilah salah satu cabaran yang perlu kami tangani. Namun, syukur alhamdulillah semuanya telah berakhir dengan baik dan kami yakin telah dapat memuaskan hati pelanggan kami setelah mencuba yang terbaik.