Tag Archives: facebook

Pertandingan Fotografi Perkahwinan Anjuran MWPPM

Sertai Photo Contest MWPPM bulan April ini. 12 juara bulanan akan berentap merebut gelaran ‘Photographer of The Year MWPPM’ !

Terjemahkan ‘happiness’ atau ‘kebahagiaan’ dalam cara yang paling kreatif melalui foto anda dan menangi hadiah tajaan MWPPMserta sijil penghargaan. Pemenang pada setiap bulan ( 12 pemenang bulanan ) akan berpeluang bertanding merebut gelaran ‘Photographer of The Year’ MWPPM pada bulan Mac 2015.

Contest submission: 1 April – 23 April 2014

Emelkan maksima 2 gambar ke: contest@mwppmalaysia.org

Sertakan info anda:
Nama penuh :
Alamat lengkap :
No keahlian MWPPM :
No telefon :
Facebook :

Keputusan contest: 29/30 April 2014

Terma & Syarat:

1. Pertandingan dibuka untuk para ahli MWPPM sahaja.
2. Penyertaan adalah terhad kepada 2 foto bagi setiap ahli dan hendaklah dihantar ke emel yang telah ditetapkan. Saiz tidak boleh melebihi 1MB bagi setiap foto.
3. Foto yang dihantar mestilah karya asli jurugambar tersebut dan bukan hasil karya orang lain.
4. Efek khas / manipulasi gambar sekiranya ada hendaklah pada kadar yang minima.
5. Keputusan panel juri adalah muktamad.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI FB PAGE RASMI MWPPM DI SINI

Tips Membeli Kamera dan Lensa Terpakai

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Samada anda belum cukup bajet atau sekadar ingin berjimat – membeli kamera dan lensa terpakai adalah satu langkah bijak jika anda tahu caranya. Peralatan terpakai adalah lebih murah; mungkin rupanya tidak berkilat dan secantik peralatan baru, tetapi ianya tetap mampu berfungsi sama seperti peralatan baru yang lebih mahal. Lebih menarik lagi, jika kena caranya, peralatan terpakai yang telah dibeli boleh dijual semula dengan harga yang sama nilai tanpa anda rugi sedikit pun!

Berapa murahkah dan berapa banyakkah anda boleh berjimat? Sebagai contoh, lensa Canon EF 70-200mm f/4L IS USM baru dijual dengan harga RM4,000. Lensa yang sama, tetapi terpakai, dijual dengan harga RM3,000 sahaja (pengurangan harga sebanyak 25%). Jika item yang sama berada dalam keadaan yang lebih lusuh (tetapi masih boleh berfungsi dengan baik), harganya boleh jadi serendah RM2,500 sahaja.

Lensa Canon EF 70-200mm f/4L IS USM. Foto dari - www.thedigitalpicture.com

Ini juga bermaksud, dengan bajet RM10,000 anda mungkin cuma boleh membeli satu kamera dan satu lensa baru. Tetapi, dengan bajet yang sama, anda boleh membeli satu kamera dan dua lensa terpakai.

Apabila ingin membeli peralatan terpakai, anda perlu tahu beberapa perkara agar anda tidak mengalami masalah atau kerugian. Anda perlu tahu cara untuk memeriksa dan menilai peralatan terpakai yang akan anda beli. Berikut ini adalah panduan ringkas untuk anda:

1) Ketahui berapakah harga terendah untuk peralatan tersebut jika dibeli baru. Dengan ini, anda boleh anggarkan nilai peralatan terpakai yang ingin anda beli. Biasanya, saya akan menyemak harga peralatan kamera di sini

2) Nilai sesuatu peralatan terpakai adalah berdasarkan keadaannya samada kelihatan masih baru atau sebaliknya. Biasanya penjual meletakkan ‘score’ per sepuluh untuk menggambarkan kondisi peralatan yang dijual. Contohnya, kondisi 9/10 menggambarkan peralatan tersebut masih kelihatan seperti baru. Manakala sekiranya kondisi 5/10 menandakan peralatan tersebut telah kelihatan agak buruk, tetapi masih boleh berfungsi.

3) Peralatan model lama atau model yang telah diganti dengan model yang lebih baru (dan lebih baik) biasanya akan bernilai lebih rendah, walaupun ianya masih dalam keadaan baik. Manakala peralatan yang popular atau yang menjadi rebutan, biasanya akan dijual dengan harga yang lebih tinggi.

4) Jika dilihat dari segi usia sesuatu kamera dan lensa, kamera yang berusia lama biasanya lebih rendah nilainya berbanding lensa yang berusia lama. Ini kerana, perkembangan dan perubahan teknologi kamera adalah lebih cepat berbanding perkembangan teknologi lensa. Jadi, harga kamera akan jatuh lebih cepat berbanding dengan harga lensa.

5) Apabila membeli kamera terpakai, faktor penting yang perlu diberi perhatian adalah jumlah shutter count kamera tersebut. Kamera dengan jumlah shutter count yang tinggi, sepatutnya dijual dengan harga yang lebih rendah. Secara umumnya, mekanisma shutter sesuatu kamera perlu ditukar apabila ianya mencecah sekitar 200,000 cycle (shutter count). Jadi, apabila membeli kamera terpakai dengan shutter count 180,000 misalnya, anda perlu menukar mekanisma shutter baru tidak lama kemudian. Ini akan meningkatkan kos sebenar kamera tersebut. Untuk menukar mekanisma shutter baru, anda perlu belanjakan sekitar RM700 (bergantung kepada jenis kamera)

6) Apabila membeli lensa terpakai, antara faktor penting yang perlu diberi perhatian adalah keadaan dalaman lensa tersebut. Pastikan tiada calar, yang biasa terdapat pada bahagian luar lensa dan pastikan juga tiada habuk di dalam lensa. Anda juga perlu pastikan tiada fungus yang biasanya akan terbentuk di dalam bahagian lensa. Salah satu cara untuk membuat pemeriksaan adalah dengan menyuluh lampu ke dalam lensa tersebut.

Cara mengesan dan melihat fungus, habuk atau kesan calar pada lensa

7) Untuk lensa terpakai, anda juga perlu memeriksa samada AF (auto focus) berfungsi dengan baik. Anda juga perlu memeriksa perkara lain seperti ketajaman gambar dan sebagainya. Caranya ialah, rakam sekeping foto menggunakan lensa tersebut dan lihat hasilnya pada LCD screen. Enlarge view pada LCD screen dan perhatikan dengan teliti jika terdapat sebarang kecacatan pada imej yang dirakam yang berpunca dari masalah lensa.

Petunjuk umum dan mudah samada sesuatu peralatan itu masih elok atau sebaliknya ialah dengan melihat dan meneliti keadaan fizikal luaran sesuatu peralatan itu. Jika terdapat kesan calar, kemek dan sebagainya, itu menggambarkan peralatan itu telah diguna dengan lasak secara kerap dan besar kemungkinan bahagian dalaman sesuatu peralatan itu juga turut terjejas. Perhatikan juga skru-skru, untuk membuat andaian samada sesuatu peralatan itu pernah dibuka dan diperbaiki bahagian dalamannya.

Jika anda berminat untuk membeli peralatan kamera dan lensa terpakai, saya ingin cadangkan 3 cara/tempat untuk anda:

1) Beli dari KL Used Camera and Lenses. Anda boleh lihat senarai stok peralatan terpakai  di Facebook page mereka. Mereka tidak mempunyai kedai, jadi, tanpa kos overhead ini, mereka boleh menawarkan harga yang lebih rendah berbanding peniaga yang mempunyai premis tetap. Untuk membeli dan mengambil peralatan yang dibeli, anda perlu membuat temujanji untuk berjumpa mereka di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di Tropicana Mall dan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Mereka boleh juga membuat penghantaran barang melalui Poslaju. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook page KL Used Camera and Lenses di sini.

2) Beli dari kedai YL Camera. Selain dari menjual peralatan baru, mereka juga mempunyai banyak peralatan kamera dan lensa terpakai untuk dijual. Walaupun pada pendapat saya, harganya mahal sedikit, tetapi, anda boleh mendapat banyak pilihan dan mendapat jaminan tertentu terhadap barangan yang dibeli. Mereka juga boleh menerima trade-in atau membeli peralatan kamera yang ingin anda jual. Tetapi, tentu sekali mereka akan membeli dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran kerana mereka juga perlu membuat untung untuk menjual semula peralatan yang dibeli. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web YL Camera di sini.

3) Layari laman web Free Trade Zone. Di sini terdapat banyak iklan kamera dan lensa terpakai untuk dijual. Anda boleh cuba tawar menawar dengan penjual di sini. Tetapi, berhati-hati dengan penipuan. Untuk keselamatan, jangan beli atau buat bayaran secara online.  Jumpa penjual secara bersemuka, periksa betul-betul barangan yang ingin dibeli. Anda boleh layari laman web Free Trade Zone di sini

Saya sendiri pernah beberapa kali menggunakan ketiga-tiga cara/tempat di atas untuk menjual atau membeli peralatan kamera dan lensa. Oleh sebab itulah saya ingin mencadangkannya kepada anda semua. Namun, sila berhati-hati dan buat keputusan dengan bijak ketika berurus niaga. Saya tidak akan bertanggung jawab di atas sebarang masalah yang mungkin timbul. Semua maklumat di atas adalah betul pada masa artikel ini ditulis dan ianya mungkin berubah mengikut masa. Sila semak dan pastikan maklumat terbaru.

Kelemahan membeli peralatan terpakai adalah ianya tidak mempunyai jaminan setahun dari pengilang. Tetapi, penjual peralatan terpakai boleh memberi jaminan juga, tetapi tempohnya adalah pendek. Mungkin sekitar 7 hari atau sebulan, bergantung kepada penjual.

Selain dari peralatan terpakai, anda juga boleh beli peralatan baru dengan harga yang kompetitif di sini

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN

Survey – Page FOTOTEACHER di Facebook

Mohon jasa baik anda untuk menandakan borang di bawah:

Berapa kerapkah anda melayari page FOTOTEACHER di Facebook?
Hampir setiap hari
2-4 kali seminggu
Seminggu sekali
2-3 minggu sekali
Sebulan sekali
Beberapa kali dalam 6 bulan
Saya tidak tahu mengenai page FOTOTEACHER di Facebook
pollcode.com free polls

Apakah Page FOTOTEACHER di Facebook?
Ianya adalah satu page atau laman khas FOTOTEACHER di dalam Facebook yang diwujudkan bertujuan untuk mendekatkan lagi FOTOTEACHER dengan peminat fotografi di Malaysia. Laman kami di Facebook dikemaskini dengan lebih kerap dengan berbagai tips fotografi dan info terbaru dari FOTOTEACHER. Laman ini juga lebih interaktif dimana pembaca lebih mudah memberikan komen dalam setiap entry yang dihantar.

Sertai kami di Facebook sekarang – http://www.facebook.com/fototeacher

Report – Program JPP

jpp001
Seminar anjuran FOTOTEACHER.COM disampaikan oleh Min dari Pretty Peektures.

jpp002
Min Dari Pretty Peektures

jpp003
BONUS! Penceramah Jemputan – Bustamam Mokhtar dari White Studio.

jpp004
Sesi soal jawab

jpp005
Jualan T-shirt jenama FOTOTEACHER.COM

jpp006
T-shirt FOTOTEACHER.COM sedang laris dijual!

jpp007
Jualan album oleh IMPRESSIVE ALBUMS. Sister company FOTOTEACHER.COM. Untuk membeli album album ini, sila ke – http://impressivealbums.com/

jpp008
Suasana ketika minum pagi tajaan Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya

jpp009
Hasnuddin, Pengarah Program FOTOTEACHER.COM (Berjaket biru), Affandi, selaku pengacara majlis (Kiri sekali) bersama rakan-rakan yang hadir ke program JPP.

jpp010
Pass peserta program JPP dan Baucer Tunai RM100 oleh FOTOTEACHER.COM
Rakaman Gambar oleh Nasir Roli

Seminar Fotografi – Panduan Jurugambar Perkahwinan Profesional (JPP) telah diadakan pada 28 Mac lepas di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Seminar ini telah disampaikan oleh Min dari Pretty Peektures. Min juga merupakan pengasas kumpulan jurugambar perkahwinan profesional CLICK COUTURE.

Pada hujung seminar, kami telah menampilkan seorang jurugambar fesyen tersohor tanahair iaitu Bustamam Mokhtar untuk berkongsi sedikit tips dalam fotografi. Bustamam Mokhtar turut akan tampil dalam program FOTOINSPIRASI pada 11 April 2009 ini di Hotel Cititel Mid Valley.

Program JPP ini telah diadakan sempena Pesta Perkahwinan Putrajaya 2009 yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya dengan kerjasama FOTOTEACHER.COM

Seramai 250 orang peserta telah hadir ke program JPP ini. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda semua! Kami harap, anda mendapat sedikit sebanyak informasi berguna di dalam seminar ini.

Gambar kumpulan peserta (Group Photo) akan disiarkan di dalam blog ini tidak lama lagi. Anda boleh muat turun gambar ini nanti dalam saiz besar. Nantikan kemunculannya!

Oleh: Hasnuddin Abu Samah
FOTOTEACHER.COM

SERTAI KAMI DI FACEBOOK!
Sertailah GROUP PHOTOTEACHER di Facebook untuk mendapat beberapa keistimewaan dari FOTOTEACHER.COM. Sila klik di sini.