Tag Archives: belajar fotografi

Report – Kursus Asas Fotografi Digital

Gambar peserta Kursus Asas Fotografi Digital yang telah diadakan pada 7-8 Disember 2013. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto ini di dalam saiz besar, sila ke: http://fototeacher.com/2GroupPhotoAFD7to8Disember2013Large.jpg

Kepada anda yang ingin menyertai kursus seperti ini pada masa akan datang, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran di – http://www.fototeacher.com/

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 (waktu pejabat) E-mel: sales@fototeacher.com atau sila layari laman web kami – http://www.fototeacher.com/

Buat Duit dari Microstock (Bahagian 2/3)

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Sebelum membaca artikel di bawah, anda disarankan untuk membaca Bahagian 1 artikel ini terlebih dahulu. SILA KLIK DI SINI.

Microstock memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjana pendapatan melalui penjualan foto di internet. Persoalannya, berapa banyakkan pendapatan yang boleh diperolehi? Adakah ianya cukup lumayan dan berbaloi untuk mengusahakannya?

Tiada jawapan tepat untuk persoalan ini. Semuanya bergantung kepada kemahiran dan kesungguhan seseorang individu itu sendiri. Yuri Arcurs, seorang jurufoto yang terkenal di dalam arena microstock, dikatakan memperolehi pendapatan sebanyak RM10 juta setahun hasil dari jualan gambar di microstock. Untuk situasi di Malaysia pula, dikhabarkan, ada jurufoto tempatan yang memperolehi pendapatan yang stabil sebanyak RM24,000 setahun hasil jualan foto di microstock. Mungkin ada juga jurufoto di Malaysia yang mendapat pendapatan yang lebih dari yang dinyatakan. Kita tidak tahu angka sebenar, kerana jurufoto jarang ingin berkongsi berapakah pendapatan beliau hasil dari microstock. Samalah seperti kita tidak mahu mendedahkan kepada orang lain, berapakah gaji kita sebulan.

Ini adalah di antara gambar saya yang agak laris dijual di microstock. Gambar yang diminati biasanya adalah gambar yang 'simple', 'straightforward', jelas dan terang.

Berapakah bayaran yang kita akan dapat hasil dari jualan sekeping gambar di microstock? Jumlah bayaran atau komisen yang diterima untuk sekeping gambar yang dijual adalah berbeza-beza diantara setiap agensi atau syarikat microstock. Ada agensi yang membayar mahal, ada agensi yang membayar dengan harga yang murah. Contohnya, syarikat Shutterstock membayar komisen (minima) sebanyak 25 sen (dalam matawang US Dollar, ini bersamaan dengan kira-kira 75 sen di dalam Ringgit Malaysia) untuk setiap foto yang berjaya dijual. Shutterstock membayar komisen dalam jumlah yang sangat kecil, tetapi, melalui Shutterstock, gambar anda akan dijual dengan lebih kerap. Ini bermakna, dalam jangka masa panjang, anda tetap akan mendapat bayaran yang tinggi, asalkan anda mempunyai banyak gambar yang boleh dijual dengan berulang kali.

Melihat kepada angka 25 sen ini, ramai jurufoto profesional merungut mengatakan harga yang dibayar tidak munasabah dan ianya menjejaskan nilai perkhidmatan seseorang jurufoto. Harga 25 sen ini juga membuatkan ramai orang yang tidak nampak jalan bagaimana boleh mendapat untung dari microstock ini. Hanya ada satu penyelesaian disini – anda mesti mempunyai gambar yang banyak untuk dijual bagi memperolehi pendapatan yang selesa. Banyak yang dimaksudkan di sini ialah mungkin sekitar 5,000 keping gambar!

Anda mungkin terkejut mendengar. Tetapi, anda tidak perlu risau, semua orang bermula dari kosong. Anda boleh merakam dan mengumpul gambar sedikit demi sedikit. Mungkin anda boleh mulakan dengan 10 keping gambar dahulu. Setelah beberapa ketika, mungkin anda boleh jadi lebih produktif dengan merakam 25 gambar setiap minggu. Ini bermakna, anda akan mendapat 100 gambar sebulan. Jika anda berusaha dengan konsisten, selepas 5 tahun, anda akan mendapat 6,000 keping gambar dalam koleksi anda di microstock! Jadi, setelah anda mempunyai 6,000 keping gambar, berapakah pendapatan yang boleh anda perolehi setiap bulan?

Bukan semua gambar boleh diterima untuk dijual di microstock. Gambar seperti ini tidak boleh dijual di microstock kerana isu hakcipta lukisan peta yang dipaparkan di dalam gambar.

Semakin banyak gambar yang anda miliki, tentulah semakin tinggi peluang anda untuk menjana pendapatan. Sebagai kiraan kasar, setiap keping gambar yang anda miliki akan menjana RM1 untuk anda pada setiap bulan. Ini bermakna, jika anda mempunyai 6,000 keping gambar yang berkualiti di microstock, anda akan memperolehi pendapatan sebanyak RM6,000 setiap bulan!

Kiraan di atas hanyalah kiraan kasar dan bergantung kepada kualiti gambar yang anda miliki. Contohnya, jika seseorang itu mempunyai 6,000 keping gambar, tetapi gambarnya tidak berkualiti dan kurang mempunyai nilai komersial, mungkin dia hanya boleh mendapat RM3,000 sahaja setiap bulan hasil dari jualan gambarnya. Kesimpulannya, jumlah pendapatan seseorang itu bukan sahaja bergantung kepada berapa banyak jumlah gambar yang dia miliki, tetapi juga amat bergantung kepada berapa lariskah gambar beliau dijual. Ini memerlukan perancangan, kajian, strategi, kemahiran dan kerja keras.

Sekarang anda sudah mendapat sedikit gambaran tentang pendapatan yang boleh anda perolehi dari microstock. Persoalannya, berapa banyak masakah yang perlu anda luangkan untuk memperolehi pendapatan sebanyak RM6,000 sebulan? Apakah proses-proses lain yang terlibat selain dari merakam gambar? Adakah semua ini berbaloi? Apakah cara yang lebih cepat dan mudah untuk berjaya dalam bidang ini? Tunggu sambungan artikel ini tidak lama lagi. InsyaAllah saya akan jelaskan persoalan di atas di dalam artikel seterusnya. Untuk tidak terlepas membaca sambungan artikel ini, SILA KLIK DI SINI

Daftarkan diri anda dengan agensi microstock sekarang!

Beli buku berkenaan microstock dari Amazon.com

TIPS DAN PANDUAN FOTOGRAFI PERCUMA – SILA KLIK DI SINI

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Report – Kursus Asas Fotografi Digital (14-15 Januari 2012)

Gambar peserta Kursus Asas Fotografi Digital yang telah diadakan pada 14-15 Januari 2012. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto ini dalam saiz besar, sila ke – http://fototeacher.com/GroupPhotoAFD14to15Jan2012Large.jpg

Kepada anda yang berminat untuk menyertai kursus ini pada masa akan datang, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran di – http://fototeacher.com/basicphotography.htm

Berikut ini adalah beberapa testimoni dari peserta yang hadir pada kursus kali ini:

“Apa yang saya pelajari di sini adalah 10 kali ganda lebih baik dari apa yang saya telah pelajari dari akademi lain sebelum ini”
– Muhammad Alwi

“Dengan ilmu yang dipelajari, saya bertambah yakin dengan dunia fotografi”
– M. Sharihin Ismail

“Kursus ini adalah bagus untuk orang yang baru menggunakan kamera DSLR. Mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman. Syabas untuk Fototeacher”
– Yaki bin Zakaria

“Penyampaian yang baik, berkesan dan mudah difahami”
– Mohd Iswandi bin Jime

“Modul pembelajaran sangat ‘detail’, mudah faham dan senang dipraktikkan”
– Zuraimee Anor

“Dari tidak tahu apa-apa tentang kamera digital, saya telah yakin untuk menggunakan ‘exposure mode manual’ sekarang yang saya rasakan lebih mudah dan efektif daripada ‘exposure mode’ yang lain”
– Mohd Kamal Nizam bin Karim

Report – Kursus Fotografi Perkahwinan & Asas Photoshop

Gambar peserta Kursus Fotografi Perkahwinan dan Asas Photoshop yang telah diadakan pada 29-30 Oktober 2011 untuk Kolej Komuniti Hulu Langat. Kursus dikendalikan oleh Fototeacher. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto ini di dalam saiz besar, sila ke – http://fototeacher.com/GroupPhotoKFPandBAPKolejKomuniti29to30Oktober2011Large.jpg

Kepada anda yang ingin menyertai berbagai kursus fotografi pada masa akan datang, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran di – http://fototeacher.com/index.htm

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 (waktu pejabat) E-mel: sales@fototeacher.com

Report – Kursus Asas Fotografi Digital (AFD)

Gambar peserta Kursus Asas Fotografi Digital oleh FOTOTEACHER.COM. Program ini telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Hulu Langat di bawah Program Latihan 1 Malaysia 2011.

Kepada peserta yang ingin mendapatkan gambar ini dalam saiz yang lebih besar, sila ke – http://fototeacher.com/GroupPhotoAFDKole?jKomunitiHuluLangatJun2011Large.jpg

Kepada anda yang ingin mengikuti kursus-kursus anjuran FOTOTEACHER.COM, sila ke – http://www.fototeacher.com/

Report – Kursus Asas Fotografi Digital (AFD)

Gambar peserta Kursus Asas Fotografi Digital oleh FOTOTEACHER.COM untuk Jabatan Penjara Malaysia. Program ini telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Hulu Langat di bawah Program Latihan 1 Malaysia 2011.

Kepada peserta yang ingin mendapatkan gambar ini dalam saiz yang lebih besar, sila ke – http://fototeacher.com/GroupPh​otoAFDJabatanPenjaraMalaysiaKo​lejKomunitiHuluLangatJun2011La​rge.jpg

Kepada anda yang ingin mengikuti kursus-kursus anjuran FOTOTEACHER.COM, sila ke – http://www.fototeacher.com/

Report – FOTOXPRESS

Foto peserta yang mengikuti program FOTOXPRESS (FEX) yang telah diadakan pada 9 April 2011 yang lalu. Kepada peserta yang ingin dapatkan foto ini di dalam saiz yang lebih besar, sila ke – http://fototeacher.com/GroupPhotoFEX9April2011Large.jpg

Kepada anda yang berminat untuk mengikuti kursus ini pada masa yang akan datang, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran di – http://fototeacher.com/fex.html

Report – Kursus Asas Fotografi Digital (AFD)

Gambar peserta Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) yang telah diadakan pada minggu lepas. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Diharap anda mendapat manfaat dari kursus ini. Jangan lupa teruskan latihan untuk memantapkan lagi ilmu yang telah dipelajari. Harap dapat berjumpa anda di kursus lain nanti.

Jika anda ingin mendapatkan foto ini di dalam saiz yang lebih besar, sila ke – http://fototeacher.com/GroupPhotoAFD5to6March2011Large.jpg

Kepada anda yang ingin mengikuti kursus ini pada masa yang akan datang, sila ke – http://fototeacher.com/basicphotography.htm

Report – Macro Photography Outing (MPO)

Foto peserta program MACRO PHOTOGRAPHY OUTING (MPO). Untuk dapatkan foto ini di dalam saiz yang lebih besar, sila ke – http://fototeacher.com/GroupPhotoMPO19Feb2011Large.jpg

Foto dirakam oleh Iskandar Ismail

Kepada anda yang berminat dalam bidang Macro Photography, sila ke – http://fototeacher.com/MacroPhotographyMiniWorkshop.html

Report – Street Photography Talk (SPT)

Gambar peserta semasa Street Photography Talk. Untuk dapatkan foto ini di dalam saiz besar, sila muat turun (save image as) di – http://fototeacher.com/GroupPhotoSPT12Feb2011Large.jpg

Kepada anda yang berminat untuk sertai program ini pada masa akan datang, sila buat pendaftaran di – http://fototeacher.com/Street%20Photography%20Talk.html

Report – Street Photography Outing (SPO)


Untuk dapatkan foto ini dalam saiz besar, sila muat turun (save image as) di – http://fototeacher.com/GroupPhotoStreetPhotographyOuting13Feb2011Large.jpg

Outing Street Photography anjuran FOTOTEACHER ini telah diadakan pada 13 Februari 2011 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Program yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 12.30 tenghari ini telah dihadiri oleh kira-kira 120 orang peminat street photography.

Outing dimulakan dengan taklimat oleh Hasnuddin (FOTOTEACHER.COM) dan seterusnya perkongsian tips street photography oleh Che’ Ahmad Azhar, yang merupakan seorang pakar dalam bidang street photography. Sesi diteruskan dengan sesi soal jawab.

Kemudian, aktiviti diteruskan dengan sesi merakam foto street photography di sekitar kawasan Bukit Bintang. Selain dari merakam foto, para peserta juga sempat berkenalan dengan rakan-rakan baru dan juga berkenalan dengan beberapa orang jurufoto senior yang turut hadir.

Pada jam 12.00 tengahari, para peserta berkumpul semula di hadapan Pavilion untuk sesi rumusan dan soal jawab. Ini diikuti dengan sesi lucky draw dimana 12 cabutan bertuah telah dibuat dan hadiah telah disampaikan oleh jurufoto-jurufoto senior yang hadir.

Program Street Photography Outing ini berakhir pada jam 12.30 tengahari. Namun ada juga peserta yang meneruskan lagi sesi ini secara berkumpulan dengan sesi teh tarik atau menyambung sesi rakaman foto.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih juga kepada Che’ Ahmad Azhar, jurufoto-jurufoto senior yang lain serta krew acara yang telah menjayakan program ini.

Kepada para peserta outing, jangan lupa untuk pilih foto terbaik yang anda telah rakam semasa aktiviti ini untuk menyertai pertandingan street photography yang akan kami adakan. Sekiranya anda tidak mendapat foto yang baik semasa outing ini, anda boleh rakam semula foto di Bukit Bintang atau mana-mana kawasan sehingga anda berpuas hati. Maklumat lanjut mengenai pertandingan akan kami umumkan tidak lama lagi.

Insyaallah, sekiranya ada permintaan, kami akan mengadakan lagi program sebegini pada masa akan datang. Sekiranya anda berminat untuk hadir ke program sebegini, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran di – http://fototeacher.com/

Report – Macro Photography Workshop (MPW)

Gambar peserta Macro Photography Workshop (MPW) yang telah disampaikan oleh Amir Ridhwan.

Untuk dapatkan foto ini dalam saiz besar, sila muat turun (save image as) di – http://fototeacher.com/GroupPhotoMPW12Feb2011Large.jpg

Untuk menyertai program ini pada masa akan datang, sila ke – http://fototeacher.com/MacroPhotographyMiniWorkshop.html

STREET PHOTOGRAPHY

STREET PHOTOGRAPHY
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Street Photography atau aktiviti merakam foto di sekitar jalan di bandar merupakan satu lagi cabang fotografi yang semakin popular di Malaysia ketika ini. Street Photography bukanlah satu bidang baru, ianya telah wujud sebagai satu cabang dalam fotografi sejak zaman awal fotografi lagi. Namun, Street Photography pada ketika ini telah telah diberi ‘nafas’ baru dengan penggabungan elemen lain dan gaya-gaya tertentu.

Di dalam Street Photography, selalunya jurufoto merakam dan menceritakan kehidupan masyarakat di sesuatu tempat (atau sekitar jalanan di sesuatu bandar) mengikut kacamata jurufoto. Biasanya, subjek utama yang dirakam adalah manusia, tetapi, sesuai dengan nama Street Photography, latar belakang atau elemen-elemen lain yang selalu ada di dalam foto itu adalah bangunan, kaki lima, jalanraya, gerai, jambatan dan seumpamanya.

Perkara yang menarik mengenai Street Photography ialah kita tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan subjek yang menarik. Kebanyakan dari kita tinggal berhampiran bandar atau tinggal di dalam bandar itu sendiri. Apa yang perlu dilakukan ialah ‘melihat’ sesuatu subjek itu dengan pandangan seorang jurufoto. Ada banyak subjek menarik yang selalu kita terlepas pandang. Dengan sedikit penghayatan, menunggu masa yang sesuai dan kreativiti, kita mampu menghasilkan imej-imej yang menarik dalam Street Photography. Kita mungkin dapat hasilkan foto yang luar biasa hanya dengan merakam subjek biasa yang jarang-jarang orang lain pernah hiraukan.

Salah seorang tokoh awal Street Photography ialah Henri Cartier-Bresson (1908-2004), seorang jurufoto lagenda yang hasil karyanya dikagumi sehingga kini. Namun, Henri Cartier-Bresson pada zamannya tidaklah digelar sebagai Street Photographer, tetapi lebih dikenali sebagai seorang jurufoto yang berkebolehan merakam foto tepat pada detik yang paling sukar atau lebih terkenal dengan istilah ‘the decisive moment‘. Pada zaman sekarang, istilah ini juga telah disama ertikan dengan nama candid atau moment.

Henri Cartier-Bresson juga merupakan perintis kepada bidang photojournalism atau  foto kewartawanan. Beliau merupakan salah seorang dari ahli pengasas Magnun Photo Agency, sebuah agensi foto kewartawanan yang disegani hingga kini. Oleh kerana banyak foto beliau dirakam dijalanan, maka, ada juga yang berpendapat bahawa beliau juga boleh dikategorikan sebagai seorang Street Photographer.

Antara hasil karya Henri Cartier-Bresson:


Foto oleh Henri Cartier-Bresson


Foto oleh Henri Cartier-Bresson


Foto oleh Henri Cartier-Bresson


Foto oleh Henri Cartier-Bresson


Foto oleh Henri Cartier-Bresson

Di Malaysia pada ketika ini, terdapat beberapa orang jurufoto yang serius merakam subjek dalam bidang Street Photography. Masing-masing mempunyai kecenderungan, citarasa, gaya dan pendapat yang tersendiri mengenai Street Photography.

Salah seorang Street Photographer yang mempunyai gayanya yang unik dan tersendiri ialah Che’ Ahmad Azhar – seorang yang berpengalaman luas dalam bidang komunikasi visual yang kini bertugas di Universiti Multimedia Malaysia. Selain dari aktif merakam foto Street Photography, beliau juga kini sedang giat membuat penyelidikan mengenai bidang Street Photography. Che’ Ahmad Azhar atau lebih dikenali dengan nama Che’ Mat dikalangan rakan-rakan jurufoto akan bersama-sama berkongsi hasil penyelidikan dan pengalaman beliau dalam satu program Photo Talk – Street Photography yang akan diadakan pada 12 Februari 2011.

Antara hasil karya Che’ Ahmad Azhar:


Foto oleh Che’ Ahmad Azhar


Foto oleh Che’ Ahmad Azhar


Foto oleh Che’ Ahmad Azhar


Foto oleh Che’ Ahmad Azhar


Foto oleh Che’ Ahmad Azhar

FOTOTEACHER akan mengadakan 2 program bertemakan Street Photography iaitu Photo Talk pada 12 Februari 2011 (yuran penyertaan minima dikenakan) dan diikuti program outing percuma pada 13 Februari 2011 di sekitar Kuala Lumpur. Che’ Ahmad Azhar sendiri akan mengendalikan kedua-dua program ini.

Maklumat lain adalah seperti di bawah ini:


Program: Photo Talk – Street Photography
Tarikh: 12 Februari 2011
Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: FOTOTEACHER Training Centre, Cheras, Kuala Lumpur
Yuran penyertaan: RM85 seorang (Harga istimewa RM50 seorang untuk bekas peserta kursus AFD FOTOTEACHER)
Untuk melihat maklumat lanjut dan pendaftaran, SILA KLIK DI SINI
(Sila buat pendaftaran dan bayaran segera, tempat terhad!)


Program: Photo Outing – Street Photography
Tarikh: 13 Februari 2011
Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat: Sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Yuran penyertaan: PERCUMA
Untuk melihat terma & syarat, maklumat lanjut dan pendaftaran, SILA KLIK DI SINI
(Sila buat pendaftaran segera, tempat terhad!)

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155 (waktu pejabat) atau hantarkan e-mel kepada sales@fototeacher.com

Untuk menyertai berbagai kursus fotografi, sila layari – www.fototeacher.com

TEAM FOTOTEACHER.COM

BLOG ARKIB – SISTEM FOUR THIRD

Sistem Four-Third
Oleh Amir Ridhwan untuk fotoeacher.com
(Telah disunting dari entry asal dari blog FOTOTEACHER – ‘SISTEM FOUR THIRD’ – 30 Julai 2008)

Baru-baru ini ada seorang rakan bertanya tentang sistem Four-Third. Mungkin kerana beliau melihat saya menggunakan DSLR Olympus. Saya agak tidak pasti bagaimana hendak mulakan namun setelah tahu beliau menggunakan Canon 40D dan Nikon D300, saya memberikan sedikit perbandingan dengan kamera yang dimilikinya. Sistem Four-Third dinamakan sedemikian kerana nisbah aspek imej ialah 4:3 iaitu sama dengan nisbah gambar yang dicetak di kedai gambar. Kebanyakan DSLR lain mempunyai nisbah 2:3 yang mana mengakibatkan sedikit hujung gambar tidak dapat dicetak.


Namum gagasan sistem Four-Third ialah untuk membina barisan sistem DSLR yang memanfaatkan teknologi digital sepenuhnya tanpa perlu mengikut evolusi SLR filem. Bermula dengan bayonet yang mempunya diameter dua kali ganda berbanding sensor, kaedah ini memastikan cahaya dari lensa akan sampai ke sensor pada sudut tegak. Kesannya ialah setiap lensa-mikro pada sensor akan menerima cahaya pada sudut yang sama, langsung memberikan imej yang lebih tepat dari segi warna dan kejituan. Imej yang dihasilkan lebih konsisten kualitinya pada sebarang bukaan aperture.

Antara perkara yang menjadi persoalan pada sistem Four-Third ialah saiz sensor yang lebih kecil berbanding dengan saiz pada sensor APS-C yang popular. Sebenarnya perbezaan saiz mereka tidaklah ketara dan boleh dilihat perbandingan seperti dalam rajah di atas. Adalah tidak tepat untuk mengatakan noise pada kamera Four-Third adalah lebih tinggi kerana saiz sensor yang kecil. Ini kerana faktor yang mempengaruhi noise adalah lebih bergantung kepada Sensor Fill Factor, Photosite Illumination dan algoritma membasmi noise.

Saiz sensor yang hanya separuh berbanding dengan saiz bukaan pada filem 35mm menyebabkan focal length digandakan dua. Depth of Field juga meningkat kira-kira sebanyak 2 stop.

Kelebihan pada sistem Four-Third ialah sistem ini membolehkan lensa direka lebih kecil dan ringan. Terdapat pelbagai lensa jenama Zuiko yang sangat kecil dan ringan namum mempunyai kualiti optik yang tinggi. Bagi mereka yang menghargai mobiliti, mungkin kamera sebegini akan memberikan lebih kebebasan untuk menggunakan DSLR di mana jua.

Pada ketika ini Olympus, Panasonic dan Leica mengeluarkan DSLR dan lensa berdasarkan sistem Four-Third sejak tahun 2005. Sigma turut menghasilkan beberapa lensa yang boleh digunakan pada kamera Four-Third.

Oleh Amir Ridhwan untuk fotoeacher.com

PELAJARI ASAS FOTOGRAFI DENGAN CEPAT DAN MUDAH.
Sertai kursus Asas Fotografi Digital (AFD) anjuran FOTOTEACHER. Untuk maklumat lanjut, sila ke – http://fototeacher.com/basicphotography.htm

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI fototeacher.com!
Anda akan diberitahu secara otomatik melalui e-mel sekiranya ada sebarang artikel baru, promosi, program baru, berita terkini dan sebagainya. Untuk melanggan newsletter percuma ini, sila ke – http://www.fototeacher.com/subscribe.htm