June 26, 2008 Categorized under: Sembang - No Comment

Nama saya bukan Encik Adan…

Nama saya Hasnuddin dan saya adalah pengasas Adan Impresif yang membawa jenama Adan.

Selalu la jugak orang panggil saya Encik Adan. Kadang-kadang ada jugak yang panggil saya Encik Adnan atau Encik Adam. Kadang-kadang, tak sampai hati nak perbetulkan orang yang salah panggil nama saya tu. Jadi, adakalanya, saya iakan saja. Sedap jugak apa nama Encik Adan…

Sebelum ni, saya tak pernah terfikir bahawa ada orang bernama Adan. Nama Adan tu saya dapat dari Kamus Dewan. Semasa nak register company baru, saya tak ada idea nama apa nak bubuh. Jadi, saya bukak Kamus Dewan dan cari nama yang sedap dengan makna yang sedap. Memang selalulah orang tanya – “Adan tu nama siapa?” atau “Adan tu makna apa?”.

Adan tu maknanya syurga. Perkataan Adan ni berasal dari Bahasa Arab tetapi telah diterima sebagai Bahasa Melayu.

Orang memang selalu akan anggap nama syarikat itu adalah sama dengan nama pemilik syarikat. Adan dipunyai oleh Encik Adan. Saya juga pengasas fototeacher.com. Nasib baiklah belum ada orang panggil saya Encik fototeacher

Hasnuddin

No Responses to “Nama saya bukan Encik Adan…”

  1. ally says:

    Salam;
    Mula2 dulu (mase join AFD 2007) sy pon panggil Abg Din sbg “En.Adan”.
    Mase tu tak tau nama sebenar die. Suke hati je je panggil cam tuh hehe…
    Bila beliau perkenalkan diri, baru la tau “Ooooo namanye Hasnuddin Abu Samah”… hehehe…

    Nway, great to know u Sifoo…

    ALLY | 019.266.7271 | 017.712.7271
    allyfotografi@yahoo.com
    allyphotography.fotopages.com
    http://www.romantis-studio.com/lightbox/ally.html

  2. zahir says:

    salam…nampaknye cik Din kene pakai name tag la…lepas ni klu keluar.he..he..

  3. matjep says:

    assalamualaiikum mr din

    alamak….galamour la lu ni brader

    apa2 pun…adan ker…din ker…semuanya ok aper
    yg penting u dapat terus berkarya dan menjadi idola kepada ramai peminat tuan.

    syabasssss

Leave a Reply