MENJADI PENGGANAS DI TOKYO?
Lagi kisah saya di Tokyo. Terlalu banyak pengalaman menarik untuk saya kongsikan dengan anda. Tapi, kisah kali ini bukan mengenai fotografi.
Ketika tiba di Narita International Airport, Tokyo, saya dan isteri disambut oleh rakan lama saya, Acoi yang kini menetap di Tokyo. Sebaik saja kami bersalaman, tiba-tiba 2 orang lelaki Jepun yang segak dengan kot hitam menghampiri kami. Sambil bercakap dalam bahasa Jepun, salah seorang dari lelaki itu memperkenalkan dirinya sambil menunjukkan lencana Polis Jepun!
Dalam hati saya terdetik, “Apa benda yang Polis Jepun ni nak dari kami?” Mereka ni tak fasih berbahasa Inggeris, jadi mereka bercakap dalam bahasa Jepun dengan rakan saya, Acoi. Acoi ni pun bukannya faham sangat, dia main angguk-angguk saja. Polis Jepun ni mintak paspot saya dan isteri dan terus menyoal rakan saya berbagai-bagai soalan mengenai kami.
Rupa-rupanya, polis Jepun ni suspek saya dan isteri ada kaitan dengan kumpulan pengganas. Jadi, mereka perlu pastikan yang kami ni betul-betul pelancong yang tidak membahayakan! Saya pun tak tau kenapa polis ni nak suspek kami ni sebagai pengganas. Mungkin kerana nama saya HASNUDDIN BIN ABU SAMAH ada iras nama OSAMA BIN LADIN. Ada la jugak sikit persamaan pada DIN, BIN dan SAMA. Mungkin jugak sebab dia nampak kami ni orang islam sebab isteri saya bertudung. Nasib baik la, beg kami tak digeledah. Tapi apa pun, saya tak marah sangat sebab polis ni berdiplomasi dengan baik, mengucapkan terima kasih dan minta maaf sebelum meninggalkan kami dalam keadaan terpinga-pinga.
Kesimpulannya? Islam amatlah telah disalah ertikan di negara bukan islam. Mereka amat berwaspada dengan melabel semua orang islam sebagai berpotensi untuk melakukan keganasan. Jadi, dalam kebijaksanaan orang di negara maju, ada jugak kekurangan mereka. Mereka tidak boleh bezakan orang islam yang tak berbahaya dan orang islam pengganas. Bayangkanlah kalau 2 orang polis ni datang ke KLIA, saya rasa, separuh dari pengunjung KLIA kena soal siasat sebab ada BIN pada nama nama mereka. Perempuan bertudung akan kena soal. Boleh jadi, benggali yang berjambang dan berturban pun kena soal siasat jugak!
Hasnuddin


Sabar ja la abg..apa blh buat.fenomena dunia skrg.apapun keep steady..
memang kita sekarang susah nak masuk mana mana negera bukan islam ni. nak ambik gambar pun susah.
hehe…apa ker hai cikgu…kenapa tak kuarkan jer D200 tu…shot jer muka dia org…mesti terkejut giler dia org….anyway…sayonara…
Din, aku rasa bukan sama macam osama bin ladin, tapi aku rasalah kan, Abu Samah tu diaorg ingat Abu Sayaff..kot.
Semasa saya bersama famili ke Jepun pada tahun 2006,kami tidak pernah menghadapi sebarang masalah .,cuma masalah paling utama ialah di segi bahasa.Apabila kita bertanya sesuatu kepada penduduk tempatan…mereka seboleh-boleh ingin membantu….
Nazri63, memang betul, orang Jepun ni, walau dia tak reti cakap omputih, dia akan bersungguh-sungguh jugak nak tolong, kalau kita tanya apa2 kat dia.
apa boleh buat, bersabar ajer lah.. kan dah dilabel ngan insiden2 tempat lain tu. tak boleh nak salahkan kat dorang tu, dorang kan menjalankan tugas jer. tak silap2 kene marah kitorang, dorang tak buat kerja ngan baik, betul2 ade pengganas nak bom tempat tu?