April 22, 2007 Categorized under: Sembang - 3 Comments

fototeacher.com tidak diiktiraf???

Kalau anda datang ke program fototeacher.com, kami akan berikan anda sijil penyertaaan sebagai bukti penyertaan anda. Tapi, buat masa ini, sijil kami tidak diiktiraf oleh mana2 badan kerajaan.

Apa yang penting bagi saya adalah ILMU yang diperolehi. Bukan setakat ilmu sahaja, sebenarnya kehandalan jurugambar diukur dari hasil karyanya. Namun, saya faham, adakalanya seseorang itu perlukan SIJIL yang diiktiraf untuk menaikkan kerjayanya. Kami masih dalam proses untuk mendapat pengiktirafan yang sah yang mengambil sedikit masa… Nanti saya akan umumkan.

Buat masa ini, pengiktirafan datang dari peserta yang telah mengikuti program kami. Kebanyakan peserta amat berpuas hati dengan ilmu yang diperolehi. Untuk melihat testimoni para peserta, sila klik disini.

Saya ada diploma fotografi dari UiTM, tapi client2 saya tak pernah pulak mintak tengok diploma saya :-)

Sementara tu, jangan lupa klik fototeacher.com – ada program baru akan datang tak lama lagi. Daftar awal dan dapatkan diskaun istimewa! Sila klik di sini.

3 Responses to “fototeacher.com tidak diiktiraf???”

  1. laila says:

    bila cara kerja kita berkualiti, orang tak pandang dah pada sijil yang ada..! they would prefer pada quality instead of paper qualification..

  2. Ijam says:

    “fototeacher.com tidak diiktiraf???”

    Saya sudah menyertai Kursus AFD yang di anjurkan Fototeacher. Ilmu yang saya dapat amatlah bernilai tinggi untuk saya.

    Pada saya sijil xpenting. Diiktiraf ke tak diiktiraf ke….saya datang ke program untuk dapatkan ilmu, sijil belakang kira. Ini intensif namanye.

    Kalau saya nak sijil rasanye ambil Diploma/ Degree kat mana2 institusi di Malaysia ni.

    Maybe Abg Din ada plan untuk setup satu institusi photography…:)
    Saya sokong sgt klau Abg Din setup institusi photography….

  3. ruby says:

    nak tanya pasal DSLR camera. Macam mana nak snap shoot basic?

Leave a Reply