April 25, 2007 Categorized under: Sembang, Tips - No Comment

Annie Leibovitz – Tak Pandai Bercakap


Annie Leibovitz

Saya amat mengagumi hasil karya Annie Leibovitz sejak awal penglibatan saya dalam fotografi.

Walaupun Annie Leibovitz merupakan seorang jurugambar selebriti yang terkenal, tapi dia mengaku bahawa dia seorang yang pemalu dan tidak pandai bercakap. Dia hanya pandai ‘melihat’. Sungguh menarik…

Ini menunjukkan bahawa, walaupun kita lemah dalam sesuatu perkara, kita tetap boleh berjaya sekiranya kita mempunyai kekuatan dalam perkara lain. Jadi, apa lagi yang menghalang kita semua untuk berjaya sebagai seorang jurugambar?

Sementara itu, saya nak promote sesuatu yang relevan dengan artikel ni:
Photo Talk – Fashion Photography by Bustamam Mokhtar, kini dibuka untuk pendaftaran! Dapatkan diskaun early bird. Maklumat lanjut di http://www.fototeacher.com/fashion.htm

Untuk membaca interview dengan Annie Leibovitz, sila klik di sini.

Hasnuddin


GAMBAR-GAMBAR OLEH ANNIE LEIBOVITZ

Apakah agaknya strategi atau kekuatan yang anda ada untuk jadi seorang jurugambar yang baik? Mari kita kongsi bersama…

No Responses to “Annie Leibovitz – Tak Pandai Bercakap”

  1. didiz says:

    banyak perkara yg boleh menjadi kekuatan / strategi kepada seorang jurugambar. Antaranya yg paling mudah utk diklasifikasikan ialah antara seorang full time atau part time. Berbeza dengan budaya masyarakat di luar malaysia, mungkin part time dianggap masih boleh dianggap sebagai “pro” tetapi tidak di Malaysia.

    Jurugambar “part-time” sering dikaitkan dengan freelance photographer atau sekadar mengisi masa terluang utk mencari pendapatan sampingan.

    Mungkin bro hasnudin boleh kupas isu antara full time dan part time photographer dalam blog ini. Juga banyak perkaitannya dengan :

    1. harga
    2. waktu berkerja dan cara bekerja
    3. pendapatan
    4. peralatan
    5. tatacara berniaga

    sekadar pendapat saya :)

  2. msma says:

    Salam bro din,

    Saya amat setuju dengan pertanyaan en didiz, apa yg boleh diklasifikasikan sebagai profesional photographer? siapa badan penilai dan adakah dia layak digelar profesional seperti peguam ada majlis peguam nya dan adakah jurugambar ada satu badan yg mengiktiraf seseorang photographer tu..

    sekian.

  3. rafirahman says:

    begitu dengan saya, saya bersetuju dgn pendapat kalian. bagaimana untuk kita mengiktiraf ssorg itu…dan bagaimanakah yang dikatakan profesional..adakah pensyarah atau guru dlm bidang ini dikatakan profesional…

Leave a Reply