Lens Bag
Apa itu lens bag? Lens bag dicipta khas untuk membawa lens ketika anda merakam gambar. Kamera tidak sesuai dimasukkan dan dibawa dalam beg jenis ini. Beg jenis ini bersaiz kompak, ringan dan memudahkan pergerakan anda.
Lens bag ini amat sesuai digunakan oleh jurugambar perkahwinan dan jurugambar acara rasmi dimana jurugambar sentiasa bergerak cepat. Dengan menyandang beg yang kompak ini, anda boleh menyelit dan mencelah melalui orang ramai dengan lebih mudah. Beg ini juga direka sedemikian rupa bagi membolehkan anda untuk menukar lensa pada bila-bila masa dengan pantas.
Rekaan beg ini juga nampak sesuai dengan sebarang pakaian, walaupun dikenakan dengan pakaian formal seperti baju melayu atau kot.
Ketika artikel ini ditulis, beg jenis ini masih belum boleh didapati di Malaysia. Jika anda berminat, anda perlu membelinya melalui internet dari penjual antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web http://www.goboda.com/ dan http://www.shootsac.com/
- Hasnuddin




bagus adan.
baru terfikir pasal benda nie. thanks for good info
ermm..refering to the second pic tu… x jatuh ker lens kalo guna beg tu?
hmm..bagi saya yg agak clumsy ni, sungguh merbahaya…