December 30, 2008 Categorized under: Review - 5 Comments

Kamera DSLR Di Bawah RM3,000

Artikel oleh: Kirosaki

Ini adalah ‘verdict’ yang dipetik daripada “Digital Camera Megazine” isu 35 November 2008 pada muka surat 115. Apa yang saya dapati disini dan berdasarkan pendapat sendiri, Nikon mendahului Canon dan Sony dari segi kualiti gambar. Walaupun saya pengguna Canon namun saya tidak berpihak kepada Canon semata-mata. Barang baik haruslah dipuji dan barang baik tak semestinya mahal. Harga DSLR Canon EOS 1000D = RM 1999, DSLR Nikon D60 = RM 2588 dan DSLR Sony Alpha = RM 2999.

Mungkin padanlah dengan harga yang ditawarkan oleh Canon kerana Kualiti gambar kurang sedikit daripada Sony dan Nikon. Dari segi teknologi untuk budget DSLR ini, Canon mendahului dari segi Live View. Dari segi nilai (Value for money) Nikon dan Sony menpunyai nilai yang lebih tinggi daripada Canon walupun canon mempunyai harga yang lebih berpatutan.

Sekarang penilaian kepada Kit Lens pula. Nikon dan Canon mempunyai anti gegaran pada lens dan Sony menpunyai anti gegaran pada Body. Dalam menilai kualiti untuk ketiga-tiga jenama ini dengan merujuk nota pada gambar di atas Nikon mempuyai kualiti yang lebih baik daripada Canon dan Sony.

Kesimpulanya dalam memilih DSLR kita haruslah mengkaji dari setiap aspek. memanglah setiap jenama ada kelebihan dan kelemahan, apa yang paling penting, jika kita mahir maka tak mustahil kelemahan yang ada pada kamera dapat ditutup dengan kemahiran kita.

Hak cipta terpelihara oleh :Velocity Media (www.my-dcm.com), FotoTakLaku (www.fototaklaku.blogspot.com) dan photozone (www.photozone.de).

Artikel oleh: Kirosaki

5 Responses to “Kamera DSLR Di Bawah RM3,000”

  1. Mamborazzi says:

    Oktu, pendapat yang diperlukan oleh beginner2 luarsana.
    Satu lagi mintak fototaklaku bagi pendapat tentang apakah harga lens baru ditentukan melalui f/**-f/** contoh 28-300mm f/3.5-6.3 lebih murah dari 28-300mm f/1.8-6.3. kenapa tu??

  2. brandon says:

    Right now, camera users can make rational judgments on which camera sensors are better using lab data from http://www.dxomark.com/. Of course; its more than just camera sensors; build quality, the range of lenses and supporting products (flashes, battery grips, etc) all come to play in this aspect.

    The most important thing as noted by other authors in this blog is that it doesn’t matter what camera body you’re using; the quality of the images speak for themselves.

    As to answer Mamborazzi ‘s question, there is no such thing as a 28-300mm f/1.8-6.3 lens. the larger aperture the lens is, the more expensive it will be, generally (because its more expensive to manufacture)

  3. everaina says:

    saya hendak tanya, yang mana lebih baik antara dslr jenama Olympus E-P1, Canon, Sony dan Nikon. Olympus mengeluarkan dslr hibridnya baru2 ini. tq

  4. red says:

    E-P1 bukannya dslr. model dslr terkini olympus ialah E-620.

    cuba lihat perbandingan E-620, D5000, 1000D dan A330 untuk melihat model mana lebih menepati keperluan anda. semua brand ni bagus tetapi ada model yg lebih sesuai untuk sesetengah jenis kegunaan.

    faktor kualiti sensor, lens, harga, saiz, berat, stabilizer, anti-dust dan fungsi2 lain berbeza ikut model.

  5. shah says:

    saya baru berjinak dgn kamera dslr nie.saya tengok sony slt a 33y cantik juga.apa pandangan,tengok nikon d3100 pun ok juga

Leave a Reply